28 OKT 2011 pukul 8.30 malam di Komplek Kejiranan Presint 11 PUTRAJAYA, datanglah menyaksikan persembahan dikir barat istimewa oleh kumpulan dikir orang asli kaum Batek Pos Lebir Gua Musang Kelantan, serta 3 kumpulan dikir terhebat Lembah Kelang – juga persembahan Halim Yazid – Datanglah untuk menghayati dan mengaprisiasikannnya !! PERCUMA..
-
Malam ini, sementara mata masih tidak mahu mengalah, hamba ingin berkongsi sedikit pandangan mengenai ramuan pentas dalam dikir barat.
Kali ini hamba ingin menyentuh bab cara berkomunikasi di kalangan tok jogho/tukang karut/tukang nyanyi bila berada di pentas persembahan. Begitu ramai hamba perhatikan, antara kelemahan ketara artis dikir barat di pentas terbuka ialah cara berkomunikasi dengan penonton diantara tamatnya sesebuah lagu yang dinyanyikan. Ilmu cara berkomunikasi ini haruslah diberi penekanan oleh setiap artis kita jika mahu dikir barat terus dihormati.
Kerap kali hamba perhatikan, seseorang artis dikir barat bangun menyanyikan lagu demi lagu tanpa bercakap walau sepatah kata, seolah diri itu hanya makhluk yang bergerak dan berbunyi menggunakan kuasa bateri. Robot pun boleh bercakap, juga pakai bateri. Segan la skit derrr.. Mungkin sebelum ini sesetengah orang tidak perasan tapi cuba anda sama perhatikan terutamanya dikalangan tok jogho.
Cubalah perhatikan juga bagaimana artis dikir barat yang memang tertera nama dalam dunia dikir seperti Halim Yazid, Zaidi Buluh Perindu, Megat Nordin dan lain lain lagi..cara mereka berkomunikasi dalam bersahaja itu adalah salah satu sumber kekuatan seorang penghibur.
Ingatlah, sebagai seorang penghibur di pentas terbuka, anda bukanlah sekadar seorang penyanyi, tapi medium penyampaian dalam berbagai bentuk dalam sudut yang menarik untuk diresapi zatnya oleh minda penonton.
Ini hanya sekadar kanta pandangan seorang pemain rebana..hamba bukan penyanyi dikir barat..tak biasa pakai skirt singkat, sarung kaki carik di lutut..apatah lagi bergoyang inul..ahaks..
Filed under - Umum 2 Comments so far. Add yours now
-
Assalamualaikum..
Di kesempatan merehatkan anggota badan, menenangkan minda usang ini, hamba mendapat makluman dari beberapa orang yang agak aktif dalam bidang kejurulatihan dikir barat bahawa ada satu pertandingan terbuka anjuran satu intitusi pengajian di Malaysia.
Mengikut kefahaman hamba, pertandingan ini akan diadakan dalam bentuk berperingkat hampir searas dengan pertandingan dikir barat peringkat kebangsaan, yang mana pendikir akan diuji dalam beberapa peringkat seperti saringan, separuh akhir dan akhir. Cara ini agak menarik dan mencabar para pendikir yang menyertainya.
Hamba menyokong dengan sepenuh hati pertandingan sebegini, kerana ianya sedikit sebanyak membantu memeriahkan suasana dikir barat Malaysia. Tahniah kepada penganjur.
Di sebalik kebanggaan itu, ada sesuatu yang terkilan pada hemat hamba. Pertandingan itu akan diadakan dalam masa yang agak singkat, dan setiap peringkat peserta akan diberi tajuk yang berlainan. Di sini timbul sedikit masalah dengan persediaan setiap kumpulan. Jika dilihat pada situasi di atas kertas, setiap kumpulan perlu bersedia dengan latihan yang cukup padu serta bersedia bertarung dengan tiga tajuk yang berbeza.
Apa yang menjadi sedikit masalah pada pandangan hamba ialah, soal persediaan dengan tiga tajuk berlainan. Jika diperhatikan dengan situasi sebelum ini, untuk melatih pendikir dengan satu tajuk pun belum tentu dapat memantapkan sesebuah kumpulan, apatah lagi dengan tiga tajuk berbeza.
Mencabar peserta biarlah ada sempadannya. Seeloknya sedarilah realiti dan kemampuan pendikir. Bukan semua intitusi pendidikan mempunyai bakat seseorang yang layak profesional. Hal ini sedikit sebanyak memberi beban kepada semua jurulatih. Bukan itu saja, malah kualiti sebenar dikir barat mungkin tidak boleh diukur dengan pertandingan sebegini.
Kami sebagai penggiat serta jurulatih bukan takut untuk menyahut cabaran, tapi hal ini perlu realistik dengan keadaan serta kemampuan pendikir keseluruhan ipta/s. Semoga kita boleh memikirkan bagaimana pendekatan yang lebih relevan.
Fahamilah perasaan kami sebagai jurulatih, beban dan tekanan kepada peserta dan daya usaha untuk menghasilkan yang terbaiki untuk dunia dikir barat.
Filed under - Pertandingan 2 Comments so far. Add yours now
Previous Posts
-
Sep 26, 2011
5 CommentsAkulah Artis…
Assalamualaikum.. Malam ini, mengambil sedikit ruang untuk menulis setelah sekian lama blog hamba ini tidak berpenghuni. Sebagai ‘wat ggori’ atau pembuka musim, hamba ingin berkongsi rasa dengan pembaca sekalian tentang golongan artis dikir barat. Gelaran ‘artis’ adalah satu gelaran yang agak tinggi nilainya di dalam pasaran sesetengah orang yang ingin mengejar populariti. Hal ini juga...
-
Sep 25, 2011
No CommentsSalam penghubung bicara…
Assalamualaikum.. Sudah sekian lama blog hamba tergantung tanpa kata, bak tikar mengkuang lapuk dek hujan..insyaallah, bermula malam ini hamba akan menyambung diari maya ini untuk perkongsian bersama pengetahuan dunia terkini dikir barat dari pemandangan kanta...
-
Nov 02, 2010
13 CommentsUlasan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan RTM 2010
Alhamdulillah, segala persiapan dan perjalanan pertandingan telah berlalu dengan lancarnya di Auditorium RTM Kuantan, Pahang. Di sini hamba ingin mengulas sedikit sebanyak berdasarkan pemerhatian dan merupakan pendapat peribadi semata-mata. Tidak mewakili sebarang pertubuhan dan organisasi. Perlawanan peringkat akhir tahun ini merupakan pertembungan di antara Kumpulan Seri Gedombak, Pasir Puteh, Kelantan bertemu dengan Titih Pusaka UITM...
-
Oct 21, 2010
4 CommentsMini Dikir TV1
Dikir barat tidaklah sebesar mana di mata masyarakat umum dunia. Begitu juga di Malaysia sendiri. Ini realiti. Namun ianya tetap ada pengikut dan peminatnya tersendiri. Walau dalam kelompok yang tidak berapa besar, ianya tetap berkembang secara beransur-ansur dalam caranya yang tersendiri. Perkembangan ini juga cukup membanggakan hamba. Walau dalam skala yang perlahan dan suam-suam telinga,...
-
Sep 23, 2010
8 CommentsJaguh Pesona 9
Petang semalam, keluar minum-minum bersama teman dari Kelantan. Teman dari kampung perlu dilayan sebagai tetamu bila berkunjung ke Kuala Lumpur, walaupun Kuala Lumpur bukan kita tuan rumah yang hakiki. Dalam perbualan memenuhi agenda perjumpaan itu, dia telah memaklumkan pada hamba bahawa album terkini ‘Jaguh 9′ sedang hangat di pasaran. Lantas hamba bertanya, apa kaitannya dengan...
-
Sep 16, 2010
4 CommentsDikir Hari Raya 2010
Dalam kesibukan menyambut lebaran, sempat jua hamba meluangkan sedikit masa untuk bersama dengan adik-adik Titih Pusaka UITM Shah Alam. Masa yang diluangkan ini amat berharga kerana sempat mengisi jadual dikir barat silaturrahim bersama adik-adik ini. Pertembungan Dikir Barat ini menemukan Kumpulan Titih Pusaka UITM Shah Alam melawan Sri Istana, Tumpat, Kelantan. Setelah mendapat jemputan dari...
-
Sep 06, 2010
10 CommentsSyahdu Si Ibu Tua
Di mana lagi anakku saye Lama sudah ibu tunggu Sapa loni tak napok lagi baye Pikiran ibu terganggu… Nasi gulai ibu telah hidang Kerabu putik pauh muda.. Nak tunggu kita sama likung makan Ibu rindu kisah kita mula… Dulu..kita susah sengoti Nak bbesar anak seorang senyawa Kais pagi hanya bulih makan pagi Asalkan anak bahagia…...