Archive for October, 2008
-
Oct 29, 2008
12 CommentsBeruk pun sekolah…
Hari ini, lantaran terlalu penat berkejaran memenuhi jadual yang padat hampir setiap detik, hamba cuba meluangkan sedikit masa untuk berceloteh dua tiga patah kata di sini sebagai menambah bahan baru sebagai mewarnai suasana. Dikir barat saja pun tak bagus juga untuk kesihatan…sesekali kita masukkan ulam raja bersalut budu sebagai penambah perisa..ahaks.. Apa yang hamba perhatikan,...
-
Oct 28, 2008
7 CommentsTunas baru berputik…
*Tabuh buka panggung sebagai permulaan… Sempena melengkapkan edisi jadual balik kampung, sempat aku menjenguk seketika bakat-bakat baru kumpulan dikir yang baru di kampung halamanku sendiri. Kumpulan ini…Gajah Mina Gading Hijau..masih dalam proses pematangan untuk menjengah keluar ruang lingkupnya. Namun kesungguhan yang ditampilkan oleh mereka semua amat membanggakan. Di bawah naungan dan tunjuk ajar rakan seperguruanku,...
-
Oct 24, 2008
22 CommentsBUDAK KELANTAN lagi….
Penulis bersama Jaha Amerika @ Asrul @ Mafaka Tatkala ini baru ada kelapangan untuk menulis dengan agak selesa berkaitan desas desus wayang Budak Kelantan ini. Sehari dua ini, hanya sempat membelek-belek laman orang lain yang begitu ghairah memperkatakan bayangan sulung perihal filem ini. Walaubagaimana pun, sebagaimana lumrah..jika cerita sampai penyampai antara mulut ke mulut ini...
-
Oct 22, 2008
5 CommentsKelemahan Sang Juara…
Barisan juara dan tenaga pengajar serta bintang-bintang lagenda.Daud Bukit Abal, Megat Nordin, Pok Su Agel dan Pok Jeng Chawas. Mungkin sudah begitu terlambat bagi hamba mengucapkan tahniah buat anak didikku sendiri SMK SANZAC, Kota Kinabalu, Sabah kerana telah berjaya mengungguli carta dikir barat anti dadah kebangsaan 2008 pada ogos yang lepas. Seperti yang telah sedia...
-
Oct 19, 2008
31 CommentsInstitut Dikir Kementerian Sumber Asli
Sembah bukan sebarang sembah,Sembah susun jari sepuluh, Lelah memang penyakit lelah, Diubat dengan rebana bertabuh..hehe Dalam kesibukan dan keghairahan masyarakat sekeliling menyambut kemeriahan syawal, hamba sudah memulakan pengisian tugas seperti biasa. Demi melancarkan jadual sebagaimana diatur, menjelang hari yang telah ditetapkan untuk menyediakan sebuah pasukan dikir barat yang mantap dan disertai oleh warga jabatan, hamba...
-
Oct 16, 2008
22 CommentsAura BUDAK KELANTAN
Penulis dalam rangka promosi ‘Budak Kelantan’ di MHI TV3…bersama Halim Yazid Hari ini…hamba dengan ria gumbira dapat membantu sekadar mampu dengan kudrat seberapa yang ada membantu mempromosi filem Budak Kelantan yang diterajui oleh rakan hamba iaitu Asrul Faizal Kamaruzaman @ mafaka yang akan ditayangkan pada 30 Oktober 2008. Walaupun pertolongan secara tak langsung dan cukup...
-
Oct 14, 2008
13 CommentsDunia Gerbang Maya Daku…
Alhamdulillah..setelah bertungkus lumus selama beberapa abad yang lepas, hari ini berjayalah daku menyambung tugas hakikiku dalam melengkapkan sebuah perjalanan di alam ketenanganku. Suatu waktu dulu aku pernah berkelana di alam yang sama, namun dek kerana takdir yang tidak dipinta mengunjungi suratan…aku terpaksa menangguhkan atur tapak ini untuk ke destinasi seterusnya. Dalam proses menjayakan pengembaraan ku...