mhi-arjunasukma-dikir-barat

Penulis dalam rangka promosi ‘Budak Kelantan’ di MHI TV3…bersama Halim Yazid

Hari ini…hamba dengan ria gumbira dapat membantu sekadar mampu dengan kudrat seberapa yang ada membantu mempromosi filem Budak Kelantan yang diterajui oleh rakan hamba iaitu Asrul Faizal Kamaruzaman @ mafaka yang akan ditayangkan pada 30 Oktober 2008. Walaupun pertolongan secara tak langsung dan cukup kerdil akan maknanya, namun disudut hati hamba, suatu kebanggaan yang cukup besar diiringi satu naluri tulusku ingin melihat sahabat seperjuanganku melangkah setapak lagi ke arah pengembangan seni berlendaskan pendidikan masyarakat.

Filem ini, jika disingkap pandangan selapis mata kasar, mungkin membawa persepsi negatif pada si pemalas fikir, tapi selaras dengan zaman canggih dan moden serta bertamadun tinggi ini, eloklah kiranya kita melihat dari sudut yang lebih positif.

Filem ini juga akan mengukur sejauh manakah masyarakat kelantan mengawal emosi dalam membuat satu-satu pertimbangan. Selama ini masyarakat luar Kelantan selalu mendekatkan anak negeri kita terkenal dengan panas baran tak tentu hala, dengan filem ini akan terujilah kewarasan kita, akan tertimbanglah tahap ukuran emosi kita…

Sesungguhnya, pengajaran keseluruhan filem ini akan dapat disimpulkan dipenghujungnya….

abeyie@arjunasukma

Tags: , , ,

22 Responses


  1. senok on 17 Oct 2008

    adoowww…baru siap upgrade blog sari dua..masok tv slaluh….

    kena promote la arjunasukma.com dale tv tue…ekan ejah bubuh stiker kow..cat kow di bano tue..biar napok so malaysia nama arjunasukma.com..

    hehe..pakat2 g tgk BUDAK KELANTAN la pahnie..

  2. munkyG on 17 Oct 2008

    Tahniah kerana menjadi artis juga, walau tidak setahap saudara mafaka, bawah dia sikit pun tak apa dah.. ehehe…

  3. datuk d on 17 Oct 2008

    tahniah abe yie..
    heheh..
    bisa sungguh nama arjunasukma nih..

  4. pok se on 17 Oct 2008

    comel sungguh blog akademi abe yie niii

  5. mafaka on 17 Oct 2008

    ganah puok ddikir kita…timo kasih kerana promosi filem kito..nanti kita wak konsert budkkelantan pulok..demo kena nyanyi la Yie, lagu cinta saye tuh..

  6. moka on 17 Oct 2008

    kemas

  7. delyla on 17 Oct 2008

    urm.. uh ah-ha.. erk.. hmm.. ternyata berbeda.. syabas!

  8. delyla on 17 Oct 2008

    jom p tgk.. ada bran?

  9. seni_proton on 18 Oct 2008

    Alhamdullilah dan tahniah pada yie…
    Semoga dengan adanya film sedemikian
    boleh membuka mata dan minda pada
    dari masyarakat malaysia kepada anak2
    kelante.

    Semoga akan muncul pula cerita “Gadis Kelantan”
    pula.

  10. muslih@sutrapawana on 19 Oct 2008

    ahhhhaaaa..maen2,masuk tibi key tuh..kelas puok2 forum kito nih

  11. Lokanbertepuk on 20 Oct 2008

    Demo kena ejah nga kamarul nu getek biar masuk dlm
    “Nasi Lemak Kopi O” ko pulak sekali….

  12. arjunasukma on 20 Oct 2008

    mitak doh..adik-adik dia ramai lagi tu..nati adik dia bleh kijo lain baru ada jawatan kosong..hahaha..

  13. delyla on 24 Oct 2008

    kalu turum tgk ado special gift dok dr leading actor tuh?

  14. pok se on 24 Oct 2008

    pakak gomo belako

  15. D-zack on 19 Apr 2009

    ho…
    ado 1 ni jah ko abe yie weh??
    kalu bulih ambo nok..
    lamo doh dok cari gamba ni..
    smart² sajo dale gamba..
    hahhahahahha..

  16. ularsuei on 03 May 2009

    bangkitkan keagungan orang kelate

  17. pokmak on 05 Apr 2010

    ado sapo2 tahu ko soundtrack dikir barat halim yazid dale budok kelate tajuk gapo gak..puah cari doh ambo ni

  18. arjunasukma on 07 Apr 2010

    lagu pertama tajuk anak tupai…kedua…aku nak ke seberang..

  19. Budak Setiu on 13 May 2010

    koho naik ‘ra’ ikuti perkembange abe yie & puok2 dikir lain.. seni muzik paling biso stakat nih.. biso tuh buleh tgk kat palu bano lah banyoknyo.. caro palu, kawalan lutut, goreng hjung rangkap, & variasi bunyi yg dihasilkan.. tahniah! brsamo memartabatkan seni dikir barat di Malaysia..

  20. arjunasukma on 13 May 2010

    rumah demo alik mana setiu..kena kelik belanja mee celup skali ni..hehe

  21. Budak Setiu on 14 May 2010

    hahaha.. molek jgk tuh.. mari la skali derak kat Kampung Rhu Sepuluh, Penarik… kenal x eh?? hehehe

  22. arjunasukma on 14 May 2010

    buliih la..haha


Leave your comment