Pictureolimpus 009

Hari ini, lantaran terlalu penat berkejaran memenuhi jadual yang padat hampir setiap detik, hamba cuba meluangkan sedikit masa untuk berceloteh dua tiga patah kata di sini sebagai menambah bahan baru sebagai mewarnai suasana. Dikir barat saja pun tak bagus juga untuk kesihatan…sesekali kita masukkan ulam raja bersalut budu sebagai penambah perisa..ahaks..

Pictureolimpus 011

Apa yang hamba perhatikan, gejala mewujudkan blog ini sudah menjadi satu gelora baru para pelayar alam cyber ini..sudah tentu personel yang menjadi tuan milik merangkap pelayar dan pengkritik ini mempunyai asas ilmu yang agak boleh dihormati, kalau tidak manakan bisa mengarang dan berkarya jika tanpa sesudu ilmu dan kenal huruf serta angka. Namun kekecewaan hamba sedikit terbenih dek kerana pengomen di blog-blog yang diwujudkan tidak menggunakan akal yang waras untuk memberi pendapat serta kritikan. Banyak juga ditemui lontaran kata yang dipandu oleh hawa nafsu seolah-olah orang lain amat rendah tarafnya hingga dipalu tanpa usul periksa..

Inikah kita sebagai makhluk berakal? Berpelajaran? Cerdik Pandai? Intelek…

Oleh itu, seandainya kita gagal menghayati apa itu ‘penulisan berhemah’ lebih elok juga hamba sarankan agar kita sekolahkan diri kita semula…seganlah pada makhluk lain yang masih tahu menghormati sesama mereka, walau tidak sebulu…

abeyie@arjunasukma

12 Responses


  1. senok on 29 Oct 2008

    hahaha..gomomen pn g skoloh deh….

  2. delyla on 30 Oct 2008

    holla sapa yg wajin blaja.. dia la wajin g skolah.. ahaks

  3. moka on 30 Oct 2008

    nk masuk gambar gomo man hok sungguh ko

  4. mafaka on 30 Oct 2008

    dok laa…bakpo la nyo gi tuah beruk ppitu pagar skoloh heh?? pelik2 la ore kelate gak…hahahaha

  5. delyla on 30 Oct 2008

    ore klate meme pelik dok? tgk jah pada abe yie tuh.. kui kui kui

  6. Lokanbertepuk on 30 Oct 2008

    Sebenarnya beruk tu ganti tuan dia jadi jaga sekolah,
    tuan dia mc bakali ari tu…paka wokil ko beruk jah lah..

  7. pok se on 30 Oct 2008

    kah kah…ummm…bertuah berok sataro ni…

  8. datuk d on 31 Oct 2008

    Tuan Arjunasukma,

    blog pada hari ini merupakan satu laman di mana penulis2 amatur (dan barangkali lebih hebat dari penulis professional) untuk mencurahkan luahan dan pendapat seseorang kepada perkara yang berlaku disekitarnya…

    p/s: beruk tu ada sijil SRP bakalih!

  9. arjunasukma on 31 Oct 2008

    test

  10. muslih@sutrapawana on 04 Nov 2008

    parok sekaklos…kalu beruk ngaji skoloh,tuan dia mesti profesor nih

  11. tuyyut ija on 10 Nov 2008

    BERUK LANI PANDAI….KALU BOWOK ATAS MUTO TAK SIR DOK DEPE…..TUAN ARJUNA TAU DOK BAKPO…..SEBAB MUTO LANI PASANG LAPU….PANAS DIA NAK PEGE….

  12. arjunasukma on 10 Nov 2008

    nati kita test eksperimen tuyyut ija ni..lpas ni ambo nak ppakai sarung tange ko beruk..nk tgk, dia nk dok ddepe ko dok?


Leave your comment