Minggu lepas..penulis sempat mengadakan sessi silaturrahim dengan salah satu tonggak teras sahabat empat dikir yang masih ada..iaitu Abe Daud Bukit Abal. Kesempatan ini tidak dipersiakan oleh hamba untuk mendekati dan mendalami naluri adi jagat dikir ini.
Renunglah dalam mata ini…Daud Bukit Abal
Setelah lama bergilir patah kata bersahut hamba dan beliau, banyak juga cerita-cerita yang dapat kukendong balik ke Kuala Lumpur sebagai bekal untuk disimpan dan dilabur sedikit demi sedikit ke bakal pewaris yang masih kental semangat untuk menyuburkan seni dikir ini.
Nak meluah perasaan pun xlih feel..dok serabut nga ore ggoreng telur..
Tidak dapat dinafikan, hanya Pak Daud yang masih ada diantara sabahat teras empat tok jogho yang telah berlalu bersama sejarah tersendiri. Kekuatan beliau tiada siapa berhak memperkecilkan kerana beliau boleh menterjemah dikir barat dalam dunianya yang tersendiri.
Perjalanannya dalam dunia dikir cukup tragis..segala yang manis sudah dikecapi, segala yang pahit sudah ditelan..larut bersama suka duka kehidupan seorang penggerak seni yang patut dikagumi. Bermula dari tapak pertama yang penuh kedhaifan..melangkah dan terus melangkah sehingga berjaya membina nama dan identiti sendiri tanpa dibayangi insan-insan istimewa lain.
Dalam pertemuan itu, sempat juga dia mengamanatkan pesan kepada hamba sebagai seekor semut kerdil mengangkut sisa-sisa gula untuk membina gunungan dikir ini. Dengan nada penuh syahdu dia berpesan…jagalah keaslian dikir barat ini. Walau mahu kejar kemodenan dunia yang rancak menuju globalisasi pun, ingatlah…keaslian janganlah diabaikan dari zat sebenar dikir. Tidak lapuk permata di mamah pancaran matahari dan rintisan hujan andai keaslian ditatang penuh terhormat…kedua..kita sebagai penggiat seni, kesabaran paling penting untuk teruskan perjalanan dalam bidang ini. Bidang yang luas bergaul dengan segala pe’el perangai manusia untuk dijadikan satu hala amat sukar. Maka tahap kesabaran yang amat tinggi dituntut untuk jadi benteng penghalang kepada kerapuhan iman dan jatidiri mengawal dugaan berbagai jenis karenah semujadi.
Abe Jak..arjunasukma dan Abe daud..
Secara ringkasnya disimpulkan di sini…Pertama, pertahankan keaslian..kedua sabar yang tinggi..Kedua –dua perkara itu menjadi amanat penting yang dapat hamba jadikan sebagai harta pusaka untuk generasi seterusnya…
setinggi gunung jasaku sanjung,
buat pusaka zaman mendatang,
selagi bernyawa seni ku sanjung,
biar patah aral melintang..
kalu buleh dipanjangkan lagi cerita Pak Daud ni… tak puah baco abe arjuna dia ..
nie baru intro…artikel penuh dale proses tue..akan di publish dalam majalah..hehehe…
gaya bwk laptop g kedai kopi..meme supo skuad cakna Sinar Harian doh tue..hehe..meme kemah la skuad cakna Db.net ..
Tahniah atas usaha mendokumentasikan mengenai dikir barat ini….
kisah abe daud ni…dia ore lama….tahun 90 lagi kawe dibesarkan dengan lagu dia….gini la blaka set set mudo diir barat…pakat satulah blaka…jgn dok pecah…nak persatuan 2 3….pilih pala hak molek pakat tubuh persatuan,,perjuang sungguh nasib pedikir….ni dok do klate ada 2 3 puak…lagu mana dikir nak kembe…hak ngaji pandai pandai mace halim yazid ko…hak pakai lap top dale gambar dgn abe daud tu ko…nampak mace celik it….sepakat blako….persatuan kuat…bui cadangan ko istana setahun skali bagi la datok ko ore tuo hak lama dok juana dikir ni..abe seme mati gitu jah…ripin ana….serupo jgk….ni dok bui ko sarukhan..gapo jaso dia….bersatulah puak dikir…tgk mata abe daud tu…umur stara tu patut dan pencen dan make elaun jual album….nama gapo hak dok taip lap top dgn abe daud tu…ARJUNASUKMA KO….demo nampak mace ngaji…jadi kepala la…bela ore dikir….terima kasih
Muslih–>
Awan berbayang berarak mendung
Corak bersusun tidak bercanggah
Budaya dijulang seni dijunjung
Nafas dihalkum jadi penoktah
datuk D –> cerita sebenar panjang lagi, tapi dalam proses editing dan akan disiarkan ditempat yang lebik eksklusif..hehe
senok –> tuan kedai kopi kira harga double..pasal kes bawak laptop..haha
ggini uncle tuyyut ija..
kami selaku pendikir lembah klang ni dalam proses merangka satu pembaharuan dalam arena dikir ni..bersatu tu dah bersatu dah,cuma tiada diwarta secara sah lagi. Kami di lembah klang telah melangkah ke arah yang lebih terhormat dan profesional dan boleh diterima oleh khalayak lain. Bila orang lain betul2 kenal dikir maka lebih luaslah langkah dikir dan lebih mudah mendapat perhatian di peringkat global..klau dalam bahasa ibunda disebut ‘kkemah akar’.
hamba sndiri mgkin belum layak sepenuhnya untuk berada di dalam kandungan tanggapan uncle tu, masih ramai yang lebih layak..laptop ni budak skolah kelas 6 bulih bimbit ggoni…hehe..beragah jah..bare xlah mana..pesen ore tua bbini muda..
Stakat ni, sebelum sampai hasrat kita, sesambil kita sama2 tgk apa Persatuan Pendikir Kelantan dan Koperasi Dikir Kelantan boleh buat dengan perihal ini…mereka tu King Of The Dikir dah tu..kita ni anak kecil bayi kemerahan lagi..tpi jangan sampai bayi berlari bersama atuknya di pinggiran kali..
Apa pun, terima kasih di atas saranan uncle tuyyut ija ni..ija mewakili apa ni?bulan mengambang ko?hehe..
tapinamapak ko gayo dok petit lap top tu ada gaya….dok ambil tahu masalah ore lain…..lani hak tuo kena sekali dgn hak mudo….hak tuo nak beranak idea pun dah kure…kecuali haka mano makai buleh la….hak muda pateng silau sikit buleh idea….pakat sepakat la belako…mula dengan group kecik kecik dulu…lama lama ko banyak…nabi dulu pun start dengan 3 4 orang dulu…lama lama boleh kuasai 2/3 dunia…puak puak demo start molek dalam kumpulan…buat contoh baik ko hak kelate tu…dia terbuka butir mata…2 tahun lagi uncle nak tgk abe daud dapat datuk la…..selamat berjuang semua….tuyyut ija dok blake…kaler gapo pun kito…kita tetap ore kelate..manusia berubah kalu dia nak berubah….
kemas weh asignmet dia..asignment kita tak bekas lagi…dekan dok tya sokmo doh tu..blh nyakit nati..
kalu dok siap gak…kena drop paper doh tue moka…
tuyyut ija -> doa demo kawe aminkan..minta berkat lah ore lebai mace demo ni skalo mulut masin..hehe
moka -> beringat korie..dekan nak nati bedal nga ggesek rebab tu..bjalur la atah blake tu..
senok -> dia nak nati fotostat dah tu..hahaha
walau lebai mana pun ore…ada lagi hak lebih lebai…
walau hebat mana pun ore…ada lagi hak lebih hebat
walau kaya mana pun ore..ada lagi hak lebih kaya…
walu pakai honda sekalipun….ada lagi kah dok kg pakai muto honda….
he…he….
tinggi tinggi burung terbang, mati tetap di tanah jua..
rendah rendah pacat merangkak, badan berisi darah manusia..
kena paham btul2 tu Mr Tuyyut..hehe
PACAT KALU HISAP DARAH..KENYE DIA JATUH….DEMO KALU MAKE TU,,BEKAS KENA BASUH
terima kasih banyak2 kerana ada jugak orng sudi gi jumpa dengan ore tua kita yang banyak jasa dalam mengiatkan seni dikir…. semoga dengan pertemuan ini banyak lagi rahsia dikir dapat kita ketahui dan dapat dijejaki pengiat seni yang masih ada terutama kak faridah bobby kerana lokasinya dgn rumah abe daud tak jauh ….