Pictureolimpus 106

*Ab Rajab bin Latif @ Pak Jab…(tukang tersohor) letih dah loni..

Penderitaan insan lain kekadang tidak sempat untuk kita ambil peduli dek kerana kesibukan kita mengolah hidup kita yang tidak kurang juga episod deritanya. Namun dalam kesibukan seharian, indah juga bila kita meruangkan sedikit masa untuk cuba memahami penderitaan orang lain. Sekurang-kurangnya si penderita itu dapat meluah dan berkongsi akan beban yang ditanggungnya..walau pun kita hanya sekadar pendengar setia.

Dalam skop pandangan dikir barat contohnya…jarang juga dilihat seorang pemain rebana berfikir betapa sukarnya seorang tukang menghasilkan sebuah rebana. Artikel berkaitan hal ini pernah hamba lontarkan dalam ruangan dikirbarat.net.

PB150357

*Longgokan peralatan muzik dikir barat…proses pelarasan bunyi.

Kepayahan dari bermulanya niat untuk membuat rebana sehingga siap sebuah rebana untuk dipalu amat memeritkan. Bagi generasi yang celik dalam beras seperti kita semua mungkin tak terganggung sukarnya jika nak melalui proses kerja sebagaimana tukang itu sendiri.

Seperti salah seorang yang hamba kenali..Pak Jab Banggol Pak Esah, seorang tukang yang agak lama dalam dunia pembikinan alat muzik dikir barat ini. Dengan berbekalkan batuk yang bersambung-sambung nadanya, digagahnya urat-urat antiknya untuk menarah kayu sebagai langkah permulaan. Kemudian diikuti proses menebuk. Proses menebuk ini kalau dikira sudah jauh senang dari dulu yang menggunakan alat manual tidak sebagaimana sekarang yang menggunakan mesin pelarik khas. Proses membelah rotan untuk mengikat (ghambir) tidak kurang penatnya. Jarang seorang tukang rebana tidak menggerutu tangannya, pecah-pecah celah jemarinya…tetapi alah bisa tegal biasa. Hamba lebih suka mencadangkan kalau syarikat pengeluar losyen mengambil mereka ini untuk dijadikan testimoni untuk syarikatnya, mungkin lebih tercapai objektif syarikat-syarikat ini.

PB150356

*Gendang silat pun ada jgk..

Setelah selesai semuanya…kita baru dua hari belajar palu rebana..boleh pula dengan sekali palu bisa bertutur….”tak sedap la rebana ini”…bayangkan adakah berbaloi ungkapan itu sebagai balasan tanda terima kasih pada seorang tukang. Moral disebalik karangan ini ialah…hargailah alat muzik tradisional kita.

IKLAN : Untuk mendapatkan bekalan seperti di atas, sila hubungi agen-agen yang dilantik khas seperti arjunasukma.com & mafaka.org..hehe..

abeyie@arjunasukma

Tags: ,

19 Responses


  1. tuyyut ija on 26 Nov 2008

    salam….
    dah 2 hari…..
    tak dok ore masuk komen lagi
    biar tuyyut ija la komen dulu…
    patah tumbih hilang berganti..
    jgn bia hak patah tak tumbuh
    geerasi baru kena sokongla…..

  2. Datuk D on 26 Nov 2008

    hok ni kita belaga angin dengan ttuyut ija..
    dok sokong dah ni…. huhu

  3. TuYYut iJa on 26 Nov 2008

    beres la gitu la kito ni datok d
    tak dok hak tua maka tak dok hak mudo
    hak tuo kata dia make gare dulu…
    betul la tu dia lama dah rasa perit idup
    hak mudo gak dok sambunbg perjuange hak tuo…
    tu pun kadang kadang terbabas….

    kena bawa la anak anak gi tgk dikir ko..teri ko…wayang kulit ko…
    jgn dok adap tb jah…

  4. arjunasukma on 27 Nov 2008

    sbb tu ore tua kna darah tinggi..garam bnyk..hahaha

  5. TuYYut iJa on 27 Nov 2008

    ORE MUDO LANI MUDAH KENA HIDRATION….
    TUAN ARJUNA TAU KO HIDRATION….
    KERING AIR DALAM BADAN…
    MUNGKIN KEJA LAMA TENGAH PANAS….
    KENa banyak minum soya…

  6. Datuk D on 28 Nov 2008

    arjuna bukan setakat hidration dia tahu…
    sudden hypervolaemic nose bleed syndrome pun buleh sebut ngan jelas doh tu..
    ambo pun tak tahu gapo..
    hahaha

  7. datuk d on 28 Nov 2008

    hidration ke Dehydration?
    sebut mmolek Ttuyut Ija.. lama kan oghe kata “bodo tok leh nok ajar.. cidik tokleh nok tupang”…hehe

  8. tuyyut ija on 29 Nov 2008

    minta maaf la tuan arjuna
    ambo sekolah pondok jah…

  9. arjunasukma on 01 Dec 2008

    haha..skoloh pondok loni ngajar sains blako doh..Universiti Dikir Barat pun ngajar subjek sains..xkan pondok nk ketinggalan dari unibarsiti dk..hehe

  10. TuYYut iJa on 01 Dec 2008

    ambo sekolah pondok labu, jakarta..
    baru balik sini 5 tahun lepas jah…
    datuk d nama kejap huruf besar kejap huruf kecik…ore lain lain ko

  11. arjunasukma on 01 Dec 2008

    datuk D ada pasport antarabangsa…bleh blako huruf besar huruf kecik..huruf jawi pun blh tu..dia malas wat jah

  12. abejo on 10 Dec 2008

    kalu sesekali kito wat lawate sambil belajar sambil make angin pong molek jugok. barulah buleh tahu setaro mano jerih peritnyo kijo seore tuke nok menyiapkan sesebuah alat. manolah tahu dengan pertemuan pertama itu membibitkan perasaan ingin belajar, tidaklah hilang seni budaya kita dimamah dek masa…

  13. muslih@sutrapawana on 17 Dec 2008

    molek tuh..tapi gak,kalu hok sokong 30 oghe,skalo ninggal 5 oghe jah hok buleh gi sungguhnya.

  14. arjunasukma on 18 Dec 2008

    hahaha..penyakit tu lah sokmo pun dok menular dalam masyarakat kita hari ni..nak wak guano, jong sokong akat tangan jah..xmelibatkan masa dan pitis mah..stakat akat tangan sokong, slagi tak kena angin akhmar, bulih akat sokmo la..hehe

  15. abejo on 09 Jan 2009

    abe lih, buleh lekat 5 ore pon mujur sangat doh daripado pupuh tok meninggalkan baka. ibarat kata arwah tok ngoh kito, buah doh tuo kalu saye gak, ambik butir taruh wak baka…

  16. arjunasukma on 09 Jan 2009

    semangat lagu nih lah kita nak..mcm abe jo

  17. abejo on 03 Mar 2009

    ambo nok gi eh rumoh pok jab nih kalu ado keizinanNya. Alik mano tu tepatnyo abe yie weh? Bo molek cuti skoloh pon tok lamo doh nih.

  18. ADIK NA on 26 Jul 2010

    meme sohor buke main namo abe jab nie.

  19. MAT MERAH on 14 Sep 2010

    letih dah leni pok jak, lamo tak jengok dio kampung


Leave your comment