PB090336

*Tari dihayun..suara dialun..

Dikir Barat…perlu cetusan kreativiti untuk terus mengangkat martabat dan mutu persembahan. Inilah yang dimahukan oleh para juri pada pertandingan yang paling kemuncak ukurannya di bumi Singapura berbanding berpuluh lagi pertandingan-pertandingan lain yang kerap kali diadakan.

Jika dirangkak mengenali apa itu kreativiti, sudah pasti batasan menghasilkan perkara baru ini menjadi garis yang amat kabur pada penglihatan. Kekaburan ini akan menimbulkan kekhilafan kepada pengguna dan pengkarya seni dikir ini dalam mengolah bentuk seni ini. Lantas percanggahan idea menular pada setiap insan yang berada di paras agak tinggi hierakinya.

PB090337

*Berbagai gaya dan ragam memukau penonton

Di Mega Perdana 2008 yang lepas, hamba perhatikan tahap kreativiti yang dibenarkan amat luas ruang legarnya berbanding dikir barat di Malaysia. Walau dipisahkan oleh selat seluas jengkal anak jin, namun perbezaan syaratnya jauh tersasar.

Keputusan hakim langsung memeningkan kepala hamba yang berputar-putar mencari apa yang sebenarnya dicari oleh mereka semua. Apa yang paling berat ditekankan dalam dikir barat? Suara? Gaya? kreativiti? Irama Paluan? dari alat muzik dikir boleh menghasilkan bunyi gitar? Drum atau seruling… keliru oh aku keliru…Mungkin aku terlalu mentah di alam Dikir Singapura…

PB080269

*Azam sedang bertimbuk rebana mengiringi latihan Andika

Lagu Jogho…Lagu-lagu yang dipertandingkan hampir keseluruhannya direka cipta iramanya sendiri, berdasarkan lagu-lagu yang sedia ada namun gubahan itu berjaya diselindungkan peniruannya dek kerana bijaksana mengolah. Perihal ini harus dibanggakan. Cuma dikir barat di Malaysia penghakimannya tidak berapa menerima lagu-lagu dikir yang terlalu memanjangkan setiap sebutan yang sama perkataan..contohnya seperti..oooooooo…laaaaaaaaaa dan seumpamanya.

PB090281

*Penulis bersama pendikir @ndika sebelum pertandingan

Tukang karut…Karut yengkinya sudah berpecah kepada berbagai irama sehingga hamba sendiri tidak boleh mengenali yengki atau matang kerana iramanya berbagai bentuk. Jika hamba diberi ruang untuk bertanya pada hakim pada hari itu, hamba ingin bertanya ‘apakah yang dikategorikan dalam lagu yengki? Pantun 2 kerat atau 4 kerat?…Berbeza di Malaysia yang hanya dibenarkan mengalunkan yengki yang pernah dibuat oleh orang dulu-dulu. Hanya pembaharuan lirik dibenarkan, tidak pada irama. Lagu matang boleh diterima di Malaysia kerana hampir keseluruhan mempunyai syarat di sini iaitu pantun 2 baris diselangi sahutan awak-awak. Irama juga patut dipuji. Karut Patani juga agak pelik kerana masa tukang karut bercakap melebihi maksima 8 patah perkataan sebagaimana lazimnya di Malaysia. Perkataan berjela-jela ayatnya jika di sini telah menyalahi etika pataninya. Wau bulan pula dilajukan tempo baris pertama tapi ditarik balik kelajuannya pada baris hujung semasa sahutan awak-awak. Jika di Malaysia, hal ini dikira rosak akan penguasaan wau bulan. Namun di sana tidak menjadi kesalahan kerana semua kumpulan wau bulannya memang begitu.

Sahutan awak-awak amat baik dari segi lantunan vokal, lapan kumpulan yang bertanding tiada satu pun yang tidak sampai nada sahutannya. Walau lagu joghonya agak tinggi, tapi tetap sampai sahutannya. Hal ini patut dikagumi. Gerak tari juga harus mendapat pujian dari pendikir Malaysia kerana bisa menguasai minat penonton melayani lagu yang dialunkan.

PB080270

*Tok Jogho sedang membuai perasaan menghayati bait lagu

Pemuzik…bagi hamba, terlalu kreatif sehingga meninggalkan apa sebenar muzik dikir barat walau yang dimainkan semua itu alat muzik dikir barat. Dalam lagu dikir barat boleh menghasilkan rentak latin, salsa, twist dan sebagainya tidak menjadi kesalahan, tetapi sampai menghilangkan muzik sebenar dikir itu mungkin sukar diterima. Di mana Cak, Duh, Ceng, Dow dan Douknya? Hanya bingkai berbicara?apa itu rebana dikir barat? Bertepuk tabuh juga diselang gong dengan meninggalkan satu kiraan itu juga dikira songsang di Malaysia ini yang pendikir keseluruhannya menjaga kesenian dikir yang diiktiraf sepenuhnya oleh lapisan pendikir di sini.

Dalam pada itu pun, masih ada kumpulan yang masih mengekalkan paluan berasaskan asli Malaysia, namun tetap gagal menarik perhatian juri. Juri di sana lebih suka dihidang dengan sesuatu yang baru. Sampai bila yang baru itu mampu dihidangkan?..

PB090341

*Semangat Jiwa @ndika dizahirkan dengan fesyen rambut..meriahhh..fuhh..

Secara keseluruhannya, setiap kumpulan yang bertanding mempunyai kelebihan dan keunikan sendiri. Kelunakan suara tok jogho dan tukang karut masih banyak pilihan di sana. Gerak tari berbagai ragam juga mampu menjadikan dikir singapura satu persembahan yang menarik. Tahniah pendikir singapura.

Satu lagi yang harus mendapat pujian…semua artis yang telah popular tetap turun berjuang dalam arena dikir. Seni dikir bukan seni murahan di sana. Itu harus menjadi kebanggaan pada semua pendikir dunia.

abeyie@arjunasukma

Tags: , ,

11 Responses


  1. Azam on 11 Nov 2008

    Yie, ni bukan seni dikir barat….ni seni dikir commersial

  2. arjunasukma on 12 Nov 2008

    ya..ya..ya…dikir yang boleh dikategorikan untuk persembahan. memang menepati skima persembahan kerana boleh menarik minat penonton..

  3. kertawila on 12 Nov 2008

    A yei ada sebut pasal sahutan suara awak-awak dan lantunan vokal pendikir s’pore amat baik sekali dan harus dipuji. Mungkin mereka ada mempunyai teknik dan sistem yg tersendiri untuk melatih suara supaya serata antara satu dgn lain. Soalan saya, adakah antara kelapan2 kumpulan yg bertanding itu yang menggunakan teknik “Suara kepit” sebagaimana yg diamalkan oleh sesetengah awak-awak dikirbarat di M’sia?.

  4. arjunasukma on 13 Nov 2008

    Kertawila -> Tidak..keseluruhan peserta hari itu semuanya menggunakan suara buka (bass). Mengikut sumber lisan dari teman-teman di sana, trend suara kepit sudah diketepikan dari perkembangan semasa dikir di sana. Dulu ada juga menggunakan teknik ‘kepit’itu..

  5. munkyG on 13 Nov 2008

    jadi, bolehkah kita menganggap dikir barat malaysia adalah lebih tradisional daripada di singapura? kalau tradisional pula, adakah kita telah ketinggalan zaman?

  6. MindGame on 13 Nov 2008

    Terima kasih kerana memberi pendapat anda mengenai dikir singapura.. Bagi pendapat saya dikir singapura sudah jauh hilang asas nya sedemekian dikatakan beliau.. Bagi pendikir di singapura mereka memuatkan kreativity dalam dikir barat kerana ia di sini lebih mempertengahkan kepada kesenian (Arts). Di sini lah mulanya di mana dikir barat tidak akan nampak bosan di tonton dari sikap yng terbuka. Oleh itu dikir di singapura di terima jugak oleh bilangan orang berbangsa lain. Sebab nya kerana kreativity beliau.. Kesenian (Arts) itu luas kalau kita pandai membentukkan nya ia kan menjadi menarik dan orang akan tertanya sendiri ‘ar2 eh tak pernah terfikir pulak nak buat macam gini’.Kerana mencipta sesusatu yang unique ialah satu pencapaiian bagi orang disini. Saya tidak nafikan bahawa dikir barat di kelantan lebih hebat semangatnya memperjuang dan mendirikan asas dikir barat dari di singapura. Salute. Hidup dikir barat di kelantan. Salam hormat

  7. arjunasukma on 14 Nov 2008

    munky G -> Persoalan G ini biar org lain yg akan huraikan dlu..a yie dok tepi dlu..

    mindgame -> Saya setuju dgn pandangan saudara.itu juga satu bidang tugas yg mgkin blh dianggap satu amanah utk memajukan dikir barat di spore.dgn cara itu mmg akan menarik lbih minat org utk menarik prhatian kpd dikir. Rasanya sudah sesuailah jika mmbentuk sudut komersil, di sini menjaga keaslian sepenuhnya. Cuma sedikit saranan saya yg membesar ditgh2 alam ini, elok juga yg mana kelebihan di spore yg tidak mnjejaskan keaslian sebenar dikir barat juga diterapkan dalam dikir barat di Malaysia ini.Contohnya lantunan suara awak2, gerak ragam tari..bagi saya tidak menjejaskan keaslian dari kacamata dikir kelantan..kcuali tari yg tepukannya menjadi ‘sumbang gong’..(dlm bahasa org klantan)..trima kasih saudara mindgame ;.)

  8. MindGame on 14 Nov 2008

    Terima kasih arjunasukma.. saya kagum dengan pendirian pendikir di kelantan.. semoga kami di singapura dan juga di malaysia dapat menjalinkan hubungan yng akrab dan berkongsi pegalaman masing2.

  9. Azam on 14 Nov 2008

    Maaf kalau ingin menambah..hehe..

    MindGame kata : Sebab nya kerana kreativity beliau.. Kesenian (Arts) itu luas kalau kita pandai membentukkan nya

    Kreativity itu memang luas tapi pada pendapat saya, harus mengenali dengan lebih mendalam aper tu kesenian DIKIR BARAT. kalau seseorang itu faham akan kesenian dikir barat ini,dia akan tahu bagaimana nak inject kreativity yg betul pada kesenian dikir barat agar tidak melanggar/tinggalkan asas2.

    Se-kreatif maner pun… mesti ader had nyer. Dikir barat ni permainan tradisional, boleh ke kita tukar cara permainan-nya kerana pada sesetengah golongan berpendapat ianya boring or not eye-catching. Golongan tersebut lah pada saya yg tak nampak dan tak faham keindahan kesenian dikir barat ini.

    Terima kasih…kalau ader yg salah tolong diperbetulkan…hehe

  10. amerhuzairy on 15 Aug 2009

    assalamualaikum abe yie,betul kah dikir singapura menambah alat muzik dikir selain rebana,rebana anak ,canang,marakas dan gong?

  11. arjunasukma on 20 Aug 2009

    wsalam…singapura juga terbelah kepada dua golongan dikirnya..yg masih mengekalkan keaslian sebagaimana dikir barat pun masih ada..cuma tetap juga wujud kumpulan dikir yang memasukkan elemen2 muzik moden dalam dikirnya..bukan semua kumpulan menggunakan muzik moden..ada juga yg menjaga keaslian sama ngan kita di Malaysia..


Leave your comment