PB150360

*Penonton mempunyai dua pilihan..duduk di kerusi atau bersila di atas tikar.

Dalam sessi sirih pulang ke gagang minggu lepas, hamba telah dijemput oleh Encik Zu Wisma dan Encik Hadi dari Koperasi Dikir Barat Kelantan untuk melawat pentas baru siap yang dikendalikan oleh Koperasi tersebut.

Dengan bermodal belanja lebih kurang rm15 ribu maka lengkaplah sudah pembinaan sebuah pentas dikir yang begitu hebat, teguh dan selesa. Tujuan pentas ini dibina adalah untuk menjadikan sebuah ‘hub centre dikir’ di negeri kelantan amnya dan di sekitar jajahan kota bharu khususnya. Ianya terletak di Depan Sekolah Kebangsaan Long Ghaffar, Jalan Kota Bharu-Pasir Putih. Pentas ini dibina bersebelahan dengan Restoran milik King Of Koperasi tersebut yang menyediakan berbagai jenis masakan panas dan roti canai untuk dinikmati oleh para peminat dikir barat sambil bersantai menjamu mata dan halwa telinga melayan alunan dikir barat.

PB150363

*Kumpulan Sri Sador dalam persembahan…

Pada malam itu hamba dihidangkan persembahan dari Kumpulan Sri Sador berlaga dengan Kumpulan Pauh Lima, Bachok, Kelantan. Kedua-dua kumpulan menunjukkan persembahan dalam kelasnya yang tersendiri. Masing-masing mempunyai kelebihan.

PB150365

*Masa berehat Kumpulan Pauh Lima..sementara menunggu giliran prsmbahan

Malam itu juga Encik Zu Wisma selaku Presiden Koperasi tersebut telah mengumumkan bahawa satu pertandingan Dikir Barat akan diadakan pada 28 November 2008 di pentas tersebut. Pertandingan ini agak berlainan sedikit kerana hanya lagu jogho saja yang dipertandingkan, tanpa tukang karut. Pertandingan ini lebih mementingkan keaslian sebenar lagu jogho dikir barat sepenuhnya. Ianya akan dinilai dari sudut kelendikan suara awak-awak, kemampuan menguasai nada dan kemerduan tok jogho sebagaimana dikir barat bermula penghujung tahun 40-an dulu.

PB150367

*Alunan lagu dari Tuan Presiden…Zu Wisma..

Pertandingan ini merupakan satu pembaharuan dalam konsep pertandingan yang mana arkib serta sejarah dikir perlu dicari gali oleh para peserta untuk mencari apa itu dikir barat asli.Oleh itu, jika antara kita berminat mengenali bagaimana dikir barat lagu jogho asli ini dari olahan dan gambaran generasi baru, silalah berkunjung ke Pentas Penilaian, Restoran Zu Wisma, Jalan Kota Bharu Pasir Putih (Depan Sekolah Kebangsaan Long Ghaffar) pada 28 November 2008.

abeyie@arjunasukma 17112008

Tags: , ,

9 Responses


  1. tuyyut ija on 18 Nov 2008

    HARAP ABE ARJUNA DAPAT LA SATUKAN BALIK PUAK PUAK DIKIR DI KELATE….DAH BALIK KG TU….JUPO JUPO LA DGN PENGIAT UNTUK NANYA KABAR…

  2. arjunasukma on 18 Nov 2008

    insyaallah…akan ku kayuh setakat mampu…patah handle bertongkat ekzos (pepatah pegangan mat rempit)

  3. datuk d on 18 Nov 2008

    logiknya kalu kayuh soghe diri bahtera besar berlayar guni carik memang tok mampu… kena ajak adik2 lain jadi awak tulung perhidup enjin 40 kuasa kuda hehehe getek.. baru dia gi derah!
    awak2 setakat dok bersorak sorai’ di tebing jah tok jadi khija jugak.. kena naik kayus gentek laa.. ko guana abe ttuyut ija?

  4. moka on 18 Nov 2008

    comel pentas tu..sapo dio jong buat eh..

  5. TUYYUT IJA on 18 Nov 2008

    benar sekali datuk d…..kecek lepong lepong tak jadi gapo skara…lirik dikir jgk tu datuk d…try cari lagu sapa tu….

    tuan arjuna dia tau la lagu sapa….dia master dah bak gini….

    tuan arjuna tu tak po…patah tukut ada tukat spare…cuma tak tau dia letak mana….
    kena bagi getek kalu….
    lama kena buka atap sore…..he…he…

  6. datuk d on 19 Nov 2008

    ambo tok pandai langsung bab dikir ni..ambo ni kalu dalam bab dikir ni supa tikuh makmal la.. (mengaku awal2)
    maksudnya bidang ambo lain… (bidang nyo Henyek kokghe)

    Kemasteran tuan arjuna ambo tak nafi.. Mujur doh ambo lahir zaman loni. kerana dia, masih dok galah dikir ni, walaupun ‘aruh’ PAPA JAHAT dengan “Seluar cawat labuh” berleluasa masa kini…

    cuma ambo berasa sesal dengan banyak benda… zaman loni “tok lebai bucu” banyok terlajok.. dok bucu dinding masa tok guru ratib….. masa tok guru ratib dia sahut derah.. tapi suruh baca doa.. amin jah hok derah….

    pasal bukak atap tu takpola tukat sore pun.. sebab taraf dia tu… kira dia niat jah.. pah ramai laa ‘kontraktor’ cilik supa ambo ni tulung persudah khija dia..

    p/s: jalan dia tebah, bubuh tar comel bedooh doh.. tapi lori bawak balok banyak jugak hok tulung wat lubang semula… pah guana kita tak penaik tol?

  7. TuYYut iJa on 19 Nov 2008

    molek skali

  8. arjunasukma on 19 Nov 2008

    hehe..padan nga hok ni jah kalu..stakat ngaji kelas 3..kelik buka kamus skali lagi lah..semak apa makna dengan erti biar nyata lagi bersuluh..

  9. TuYYut iJa on 19 Nov 2008

    molek … molek sungguh dato d
    kito hidup hari ni…
    ibarat dok ambat rusa
    ko kito dok ambat makin jauh dia dok lari
    ko lamo ko jauh….

    ko guano dato d dan tuan arjuna

    kito hidup ni kalu tak leh jadi gare untuk masinkan daging
    jgn kita jadi langau hak wat busuk daging….


Leave your comment