DSC_7352

* Penulis bersama Penyelaras Fotografi DK.net, Datuk D..

Minggu ini, hamba berkesempatan menghadirkan diri ke Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan RTM 2008 yang telah berlangsung di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.

DSC_7300

* Kumpulan DK Merkang…berdebar dalam kesamaran..

Dalam peluang yang agak keemasan ini, sedikit kekecewaan juga berputik dari lubuk sanubari lantaran hajat dan keinginan hati untuk mengecap yang terbaik dari Pendikir tidak kesampaian.

DSC_7301

* Kumpulan Sri Budi…Konflik dalam kegelapan..

Namun apa daya ku…hanya unggas kerdil menghurung ‘sejergup’ gunung. Mungkin kesilapan hamba..lebih suka mengharap yang terlalu indah dalam sesuatu penghasilan mutu oleh orang lain.

DSC_7303

* Mie Gajah Putih bergading sembilan..@ Mie Puchong

Tapi, kesimpulan secara kasarnya..rasa malu pada diri sendiri membuak-buak bila segala yang kita banggakan pada jiran dan orang sekeliling kita, diranapkan oleh ahli keluarga kita sendiri. Pada siapa lagi harus hamba berdiri mengharungi badai dan gelora ini? Adakah hamba keseorangan terkontang-kanting mempertahankan prinsip ini.

DSC_7304

* Zahari Kotaraya..@ Mat Yie susu..

Demi sebuah perjuangan ini, walau seorang diri meredah gelombang..layar hamba tetap didepang jua, sauh tetap tarik, kemudi tetap mengawal arah. Angin bertiup ke barat, ke timur jaga arus ku hala..jika tiada lagi handai taulan mahu berdiri seiringan memperjuangkan semua ini, hamba masih bisa berkayuh walau dalam lautan air mata ku sendiri…

DSC_7338 DSC_7340

* Ganjaran jatuh ke riba…sukar diimpikan oleh pendikir terdahulu..

Mungkin luahan ini sukar untuk difahami oleh orang lain, namun segalanya pasti terjawab bila anda mengunjungi… http://dikirbarat.net/forum/bual-bicara/ulasan-pertandingan-dikir-barat-kebangsaan-rtm-2008/

DSC_7265

abeyie@arjunasukma

14 Responses


  1. datuk d on 09 Dec 2008

    Wahhhhhhh…….
    Besttttttttttttttt!!!!

    Tahniah Abe Yie.. Pengolahan Grafik yang Professional!

  2. arjunasukma on 09 Dec 2008

    trima kasih..tanpa tukang grafik yang profesional, pengolahan juga hambar..tahniah untuk Datuk D juga..

  3. moka on 10 Dec 2008

    guano pakat tahniah 2 ore nih..

  4. john on 10 Dec 2008

    tahniah

  5. mafaka on 12 Dec 2008

    tahniah tahniah..

    aaii…toksoh dekki kokre la moka…

  6. arjunasukma on 13 Dec 2008

    Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa, orang beli kita nak juga, orang tak bagi kita tgk saja…

  7. Abeming on 15 Dec 2008

    lamo x singgah sini…abe yie nga datuk d jah hok g dop?

  8. arjunasukma on 16 Dec 2008

    ore lain ramai lagi ming..tp kita tak kenal la..penuh dewan jgk..hehe

  9. muslih@sutrapawana on 17 Dec 2008

    kemah2…wakil forum kita dimana saja..

  10. mahsan on 21 Dec 2008

    tahniah abe mie…kencana putra

  11. mahsan on 23 Dec 2008

    kump merkang ni..jok dulu2 lg..tok tukar tukar ore…
    tukang karut yah..bertukar,,nok wat guano..legenda sudah pergi

  12. arjunasukma on 25 Dec 2008

    haha..yg penting misai jelir jilat tetap ada..teras dalam kumpulan..di mana ada merkang..disitu ada dia..hehe

  13. muslih@sutrapawana on 16 Jan 2009

    ambo kecik2 lagi ingat doh hok mmisai tu ada..ambo masuk dewasa ni ada lagi dia…setia sungguh dia…

  14. arjunasukma on 16 Jan 2009

    dia pencen nati cetum ppalo ekor..hehe


Leave your comment