Sekali sekala menjenguk kampung halaman, hamba mengambil kesempatan untuk menjenguk tunas-tunas baru bercambah di kampung sendiri. Setakat ini, perkembangan masih di tahap yang sihat.
*Bangsal yang seadanya begini pernah memulakan sesuatu sejarah pada hamba…
Sementara Cuti Raya Haji masih berbaki, dengan sokongan para perantau dari bandar pulang ke desa menyahut panggilan ibadat qurban, maka terbentuklah satu persembahan persahabatan diantara Pendikir Padang Lalang bertemu dengan Dikir Sri Murni Kg Buloh, Ipoh, Tanah Merah, Kelantan.
* Mamat Ular dan Mamat Thailand…tukang karut yang senior pd malam itu..
Persembahan ini juga dikenali sebagai dikir bihun kerana tiap-tiap kumpulan saling berkunjung dengan hanya dibayar kos pengangkutan dan jamuan bihun disediakan sebagai jamuan selepas berdikir.
* Padang Lalang dalam persembahan..gagah awe gagah..
Dikir ini juga bertujuan untuk saling mempelajari kelebihan dan mengetahui kekurangan masing-masing dalam setiap perlawanan. Di sinilah setiap pendikir akan cuba merasakan samada ‘dikir’ itu sudah sampai atau belum kepada tahap dikir sebenar secara beransur-ansur.
* Sri Murni Kg Buloh..penuh semangat mengungguli diri..
Pada malam itu, persembahan agak seimbang kerana tunas-tunas baru Padang Lalang sedang mendekati apa itu ketulusan sebagai pendikir. Walaupun bilangan ahli lebih kecil berbanding regu lawan yang tahap kematangan dari segi usia lahir dan lamanya berdikir, namun situasi yang seimbang ini pun sudah berjaya memberi semangat dan keyakinan untuk dikir Padang Lalang merangkak dalam keadaan yang agak memberansangkan.
* Pendikir sedang menjamu selera..bihun yang cukup simbolik..
Pada malam itu kemunculan tukang karut yang agak senior menghidupkan suasana dikir yang lama telah kutinggalkan dan sudah lama ku tidak merasai suasana sebegitu rupa..
Gelora tunas baru…sedang beralun..
owh kalu ado video tue sedak jgk bubuh dale nie abe yie..try ejah eh ngan HO tue..mano tahu ado..pr pembaca dekat n jauh nk tgk nie..hehe
video semua hakmilik terpelihara astro la re…susah nak ambil..ada 30 episod tu..bersama 30 orang artis..usaha jgk dulu nak minta..payah ler…dia takut kita jual..hehe
patut laa raso srupo tgk jah abe yie sebelum nih..mugo kawe minat benar tgk HO live tuuu
cerita jaman muda mula tu..hehe
eh.. ni kg sy nie abe yie..huhu..
hok dok dikir tu jire2 jah blako..haha.. promot skit…
ye ke..awak asal kg buloh inn jgk ko?hahaha
sy kg ipoh.. simpang tiga nk msk kg buluh inn tu je umah sy…haha.. sy kt kg xdikir lah mn.. klu jire th sy dikir d u nie.. mkn kanyak bsr..hahaha.. yo la jak kecik lg dok dgr lagu dikir nie.. traso nk jugop la join dikir.. dok d u ni la ble join skit2..
oo..a yie lama dok main kok kg ipoh tu..dulu dam dikir nga puak kg chermin..dan la kenal2 nga puak pendikir sekitar kg ipoh, kuala tiga, jelakong sapa ko kulim hingga terasil tuh..tapi masa tu kecik lagi. nga gende tinggi gende masa tu..
saing sobat ambo jugok tu awok ddikir kampung buluh…
kena ko tepat hok Lih g ari tu kg buloh inn tu..waris bokali..
tapi gak gi ssoghe nih oghe tok perati mana..kena gi nga oghe hok puok tu kenal..kg buluh ni kawasan perderatan ambo menggendong gewe masa skoloh mulo..beso bedooh nga kg buluh inn ni…lata hujan jadi mangsa sokmo tempat merendek…lamo doh puok kg buluh ni…ambo kecik2 lagi dia ada dok aktif doh..
untuk pengetahuan semua adik kakak….kumpulan padang lalang dari akademi arjuna bukan hok ori,,dia abik dari nama kump padang lalang dari tanah merah kelate…..diketuai oleh rakan seperguruan dari demo la…yb tok dalang
acu royak mmolek teh..ambo tak pehe ayat demo ni..kok mana?