P1160777

* Sedang memerah idea ke arah penambahbaikan berterusan..5S..hehe

Proses menghasilkan sesebuah siri cerita atau rencana dalam bentuk vcd tidaklah semudah yang dijangka. Apatah lagi VCD yang berbentuk proses pembelajaran yang mana satu persatu perlu disampaikan agar difahami oleh pelanggan nanti. Jika tidak pernah terlibat secara langsung, hal ini tak mampu untuk kita fikir rupanya sampai tahap ini kesukaran sesebuah pembikinan itu. Kesukaran ini jauh berbeza dengan mengeluarkan rm5 pergi ke pasar malam berdekatan dan memilih judul-judul yang kita gemari untuk ditonton di rumah sambil mengunyah kuaci melayan gelek sendu rosalinda dan adik wani..hiks..

P1170778

* Air dh nak abis sebotol, idea tak datang-datang juga..

Hari ini, barulah sampai tusukan kata-kata rayuan artis yang bermohon agar lagu-lagu tidak dicetak rompak, rupanya ini yang dimaksudkan. Lepas ni, mungkin berat hati hamba untuk mencetak cd-cd dari kawan seharian tanpa membeli yang original. (Nak bagitau tlg beli cd ni, jgn copy..hehe)

P1170779

*Pengurus studio sedang tekun mengemaskini jalan cerita.Lawati munky.com

Setelah melalui berbagai peringkat yang memakan masa hampir 8 bulan, kini vcd telah melalui proses suntingan akhir malam tadi yang bertempat di Luna Ilham Studio, Subang, Selangor. Proses penyuntingan ini telah digembeling tenaga oleh beberapa orang tenaga pakar yang berbagai bidang kepakarannya. Kalau ada kelemahan lagi dalam rakaman ini, adalah kelemahan diri hamba sendiri semata-mata, tidak boleh nak libatkan orang lain sama sekali.

P1170782

*Saat-saat akhir, tinggal 3 orang saja yang menyiapkan hasil kerja tersebut.

Sekalung ucapan terima kasih kepada semua pakar yang memberi kerjasama semalam terutama Tuan Yang Terutama Ayah Mat @ Lokan Bertepuk yang datang semata-sama untuk proses suntingan ini (ada kijo di ASWARA getek hok besarnya), Jazimin @ Munky G merangkap Pakar Bedah Story Board, Korie Wal To’ Deh @ Moka sebagai Pakar Tulang Sum Sum, Dyan Nice @ Datuk D sebagai Pakar Tatabahasa merangkap penaja makanan yang diorder khas dari Pakistan, Yusran @ Senok sebagai Pakar Tatarias Prop dan Publisiti. Tanpa jasa kalian, hamba tak boleh berdiri seperti hari ini.

abeyie@arjunasukma

15 Responses


  1. muslih2sutrapawana on 18 Jan 2009

    comey studio tepat wat cd pom…oghe kkijo buleh paka kaen sarong tuh..

  2. Lokanbertepuk on 19 Jan 2009

    Hok paka kain sarong tu arjuna kata dia amik dari Bangladesh..

  3. adleenn on 19 Jan 2009

    ggomo doh 2 ni…………….

  4. muslih@sutrapawana on 19 Jan 2009

    hehehe…santaiiiii…takpo..jjadi kijo sokmo kaen sarong pommm

  5. datuk d on 19 Jan 2009

    dyan nice…

    biru butier mato aii..

  6. arjunasukma on 20 Jan 2009

    muslih -> krew yg sakit perut dilonggarkan etika berpakaian.hehe.kita pakai kepakaran dale ppalo, bukan dale kain..jd xdok masalah nk pakai ggapo pung..

    adleen->bgomo xsakit loh g la leen..

    datuk D -> Pakar order slovakia tuh..

  7. datuk d on 20 Jan 2009

    slovakia dekat doh ngan Gaza heheh.. takut hok isroel.. kena boycott lama ken ambo nih!

  8. Ned on 20 Jan 2009

    Tabik spring ar ko semo….usaha tangga kejayaan…

  9. arjunasukma on 20 Jan 2009

    slovakia tempat dia dilahirkan..dibesakan di Uganda..jgn boikot la..hehe

  10. moka on 23 Jan 2009

    betapa susahnya nk menyiapkan sesebuah projek…. untuk pengetahuan semua sebuah filem berkait dengan dikir barat akan difilemkan tak lama nanti…sebuah arahan afdlin shauki

  11. cikgu isma on 27 Jan 2009

    askum…dah baca web ni puas2 tak sabar nak tunggu vcd tu n akan dibeli yang original tapi nak contact sapa yeee

  12. arjunasukma on 28 Jan 2009

    boleh hubungi saya terus di talian 013-3394000…agen rasmi akan dilantik selepas pelancaran kelak..

  13. kudi on 12 Feb 2009

    bilonyo tarikh sebenar pelancaran…
    tok sabar doh ni…

  14. arjunasukma on 12 Feb 2009

    bulih dh nak order tu..cuma pelancaran rasmi blm lagi..rujuk arjunasukma.com pah g ko page vcd akademi


Leave your comment