*Chief Ali Baba sedang mendengar taklimat ringkas dari Mafaka…
Setelah hampir seminggu bercuti sempena Tahun Baru Cina..maka pengisian dalam blog ini juga turut bercuti. Maklumlah dengan tekanan masa dan proses kejar kejaran sering membaluti diri maka tersepitlah hamba di celah-celah reranting waktu.
*Barisan tentera berkuda Basa Diwana…
Hari ini baru boleh mengecap hidup seorang ‘aku’ secara normal kembali. Pagi ini seawal 6.00 pagi berkejar ke Sri Pentas, untuk membantu rangka promosi Festival Seni Universiti Malaya 2009. Festival ini merupakan acara tahunan yang mengumpulkan berbagai pertandingan kebudayaan. Salah satu acara yang hangat menjadi rebutan para idaman sang juara ialah Pertandingan Dikir Barat.
* Antara pemain import…selaku staff UM..Tok Scoby Doo..
Sebagaimana tahun-tahun yang lepas, acara ini mendapat sambutan hebat samada dari segi penyertaan dan kemeriahan penonton memberi sokongan pada kumpulan masing-masing. Diharap tahun ini akan lebih meriah dengan kemasukan para jurulatih import profesional untuk melihat bagaimana setiap jurulatih ini menghamburkan kepakaran dalam mendidik anak buah masing-masing.
* Foto ini demi untuk tidak mengecilkan hati pemain gong..biasa jerr..
Perjuangan hamba di medan Juri selaku meluah kritikan setiap kali pertandingan yang lepas juga nampaknya telah berjaya menampakkan hasil. Selalunya dikir barat menjadi salah seorang anak tiri, tidak dipedulikan akan kualitinya…dalam masa yang sama seni lain berupaya mencari jurulatih yang juga ribuan kos upahnya..dikir barat tidak mengapa tidak ada jurulatih pun..senang..hahahaha…itulah selalunya pendapat bebas para yang berkuasa.
* Barisan penggempur nasi lemak…Terima kasih TV3@Media Prima
Semoga tahun ini perubahan dari segi format dan struktur lagu dalam sudut kualiti yang tinggi dapat dicapai. Walaupun hampir kesemua kolej menyediakan peserta junior…namun itu sebagai cabaran kepada para jurulatih untuk mengolah kepakaran dan seterusnya menyediakan yang terbaik untuk Juri dan penonton…
comel dio sengih..sengih2 lalat gtu..ekeke…slamat kembali ke bumi tercinta…ekeke
lagu mano palo besar pade tubuh tuh..
sapa gitu mo nah kesan tindakbalas graviti..
hehehe
[...] kaitan : angkasawan arjunasukma [...]
cikgu yie > masuk lingkungan atmosfera dia jadi kembang abis anggota….tu hok napok..hok tok napok..kekeke.Kalu tahu rahsia ni..abis pakat nak gi angkasa..tak caya tanya dr syeikh..
pemain import terkenal…toliban halim yazid…h ehe
xde video tym ni ke?
hahaha… gaya tu kena ada… biar berdebar tersalah sebut buoh kreceng pung! kihkihkih
mahsan -> import dari Republic Of Changgal tu.
nam -> video tym?? enggak faham sih..
kasmara -> Sib baik tak sebut ‘buah kocak’..ilir kan tuh..
hahahaha… mujur benar tuh. kalu tersebut gak, habih haram satu malaysia muka abe yie tow! nok tubik TV kena gam…
kalu sebut buoh kocok gak, kita ppakat kocok ppalo dia…
hahaha..malu tauke company..hahaha
comel awok2 demo.pah ni amerika wak team dikir barat kto lawe lah.hahahaha.biso demo….
UM dia audition dlu nak jadi ore dikir..kna smart, jalan tak ngekeng..baru blh jadi ore ddikir..sebab tu comel blako tu..hahaha..bbual jah..selonre
Hahahahaha..
sedap abe yi selonre pon..
time ni xdop video ko??
ambo nok tengok jugok..
gane dale gamba tuke karut dok alek blakang tow??
hahhahahhaha..