Sebagaimana teguhnya A Famosa berdiri di tanah air kita, begitulah lambang keteguhan ini terus menjadi pembakar semangat diri hamba untuk lebih menghargai seni kita sendiri. Walau hanya tinggal pintu utamanya saja, sudah cukup untuk mentafsirkan pada kita semua akan bukti kewujudan sebuah kerajaan yang kuat dan pernah menjajah kita.
Pintu Kota ini dipelihara…untuk menjadi bukti peninggalan sejarah bahawa bangsa kita pernah dijajah. Pintu kota yang menjadi lambang kita dijajah ini dijaga rapi, tapi mengapa budaya kita merupakan hak milik kita dianaktirikan?Mahukah kita dijajah lagi?? Oleh itu bangunlah kita dengan cara dan kelebihan sendiri untuk memperkasakan agama, bangsa dan negara. Dengan adanya kelebihan tersendiri anugerah tuhan, berjuanglah kita dalam bidang masing-masing.
Seperti hamba dan sekelompok kecil dalam aliran seni tradisional, akan berjuang habis-habisan untuk membuka mata generasi baru untuk tidak meminggir dan melupakan budaya asal usul bangsa. Memperkasa seni budaya melayu bukanlah satu tanggungjawab yang kecil. Dengan dugaan dan cabaran masakini yang terlalu hebat, aliran muzik canggih terus bermaharajalela menusuk kalbu anak muda kita, tidak mustahil penjajah sekali lagi membeli jiwa remaja kita untuk dijajah kembali.
Oleh itu, janganlah memulaukan kami para pencinta dan penggiat seni tradisional ini, kerana suatu hari nanti kalian akan tahu apa hasilnya perjuangan kami ini. Jangan setelah kehilangan segalanya baru kita nak meratapi. Air mata penyesalan hanya mampu membasahkan pipi yang berjerawat, tiada lebih dari itu.
awal abeyie buh kuah di nasi tehh..nasi tokdey kering air didih lg tuh..hehe
owh kalu ado video rakam baru comel nie…nak tgk kekuitan ank abe yie main gende staro mano…hehehe.
bleh wak show di ostolia etek nie..ekeke
oloh la lok..come nyo
teringat pulok ambo ko anok sedaro kampung..
lambat weh nak kelik rayo pon…
jolo doh hok a.yie kato tuh..
pah kalu anok abe yie bule palu gende apo salohnyo..
lg pun susoh nok cr ore tino hok biso gende
hmm…kuah abah abe yie tu tumpah ko ambo dh kot…ambo jak budak agi brehi bena buat gok aye…ado sekali tu buat abih besar nga tuan2 sekali buleh masok…oleh kerana sehari duk buat gok aye…keno hambat tido dalam gok aye sekali tu…isk isk isk….
ambo berehi lesek roti dengan peanut butter..
minum teh british dan kopi starbux ™
pakai baju putih cap hush puppes ™
cuma tido jah dakap gendang..
terjajohkah ambo?
dok ingat apek baju orange mana sakni..
nak kena ghembah sengoti nih..ore pakai jangok2 nyo buwi apek..sluar pendek pong lepas lutut tu zip tak tutup pong..hahaha
adow..meh2 oghe amareka doh nih…
Sekalonyo kalu baso zip seluar tak tutup ni pesen jenis ore berehi kecing koksey….
yakk..nyo polek jgk nk wi kena alik dia..hehe
Betul supo lih royak tu..ada la dua tiga ore mari tegur kok ore putih, tp a yie wat xtahu jah la..wat mahal..hehe