Minggu ini, sempat hamba menyelitkan ruang jengahan ku ke Kuala Kangsar…sebelum ini hanya mengenal Bandar Diraja ini melalui tv3, itu pun nasib baik cuaca politik negara membuat satu lawak jenaka yang boleh menarik krew tv ke bandar itu. Indah sungguh Masjid Ubudiah..Sehebat Istana Iskandariah..

P2220897

Tapi kali ini, hamba bukan ke sana untuk menyentuh pasal iklim politik, tapi membawa tugas untuk menyentuh produk baru dikir barat dari bandar itu. Mengikut hikayat cerita sekolah ini sempat juga merasa johan daerah tiga kali berturut-turut. Boleh dikira hebat dalam kategorinya. Akan tetapi baru dikejutkan oleh sedara terdekat dalam keputusan tahun lepas. Jadi para pendokongnya lantas mengambil jalan pintas untuk memintas kebangkitan jiran tersebut dengan cara sihat. Maka sampailah hamba ke sana.

P2220898

Apa yang dapat hamba perhatikan, sepanjang hampir sepuluh tahun hamba mengikuti Dikir Barat Anti Dadah peringkat sekolah menengah ini, Negeri Perak agak kebelakang sedikit sebaya dengan Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Hamba berkata begitu kerana setiap tahun wakil ke Kebangsaan tidak pernah memberi saingan sebagaimana negeri-negeri lain yang telah berubah jauh dan hampir sebaya tahapnya.

P2220900

Sekolah ini ada potensi. Dari segi minat yang mendalam pelajarnya, kesungguhan guru-guru penyelia dan jurulatih senior, tidak mustahil sekolah ini boleh pergi jauh dalam arena ini. Cuma perlu sentuhan untuk menggilap permata yang bakal bersinar. Jika kena caranya, mereka akan menjadi pelopor perubahan iklim dikir Negeri Perak. Hamba berkata begitu kerana syarat asas untuk menjadi pendikir yang baik sudah pun dipenuhi…yakni gabungan antara ciri2 yang sedia ada di sekolah tersebut.

P2220903

Apapun, itu baru langkah pertama..masih jauh yang perlu jika menyelusur..banyak langkah lagi yang perlu diatur..kita hanya merancang yang terbaik bagi kita…selebihnya…takdir sudah tertulis..samada menyebelahi kita atau sebaliknya..usaha lift kejayaan…

arjunasukma@abe yie

Tags: , , ,

35 Responses


  1. [...] pertama bergambar ngan artis tv nie.sesungguhnya mek salam pantai timur nie kurus seperti mano yg di-gembar gemburkan. salute ah kat mek bleh kurus staro nie. sebelah mek tue [...]

  2. moka on 23 Feb 2009

    napoknya….bahang untuk pertandingan dikir barat anti dadah kian mula terasa…jadi mana lagi jaguh2 sekolah lain…adakah anda bersedia membeli vcd akademi arjunasukma? ops! silap terpromosi pulak… adakah anda sedia untuk bergelajr juara..? tepuk dada tanya sakit ke tak?…

  3. arjunasukma on 23 Feb 2009

    hahaha…cekap editor pung.

  4. datuk d on 23 Feb 2009

    Setinggi tinggi Penghargaan kepada penganjur yang menganjurkan pertandingan dikir barat anti dadah sama ada diperingkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. Kalian telah menempa nama di dalam warta sejarah Dikir Barat Dunia hari ini sebagai penobat di kala rakyat Malaysia leka mengundi suara siapa paling sumbang dan air mata siapa paling deras mengalir…

    semoga kalian penganjur dapat meneruskan warisan ini untuk disuburkan nadi seni dalam tunas-tunas muda pewaris bangsa negara melalui nilai murni yang luhur dalam kendiri mereka..

    tahniah sekali lagi dari hamba..
    ;)

  5. arjunasukma on 23 Feb 2009

    Tamadun tidak akan menilai manusia yang bangga dibuai khayalan…pertandingan mempengaruhi emosi begitu menjadi kebanggan para pedagangnya saja, manakala pemangsa adalah si penghabis kredit..huhuhu..

  6. cikgu isma on 23 Feb 2009

    terima kasih banyak2 pada abe yie atas penghargaan yang diberikan..budak2cukup teruja sgt2,,,apapun pengorbanan abe yie andai berjaya menjulang kami menjejak kaki ke kebangsaan akan kami kenang hingga hujung nyawa itu

  7. moka on 23 Feb 2009

    ada haraPAN nak menang kalu kena sentuhan abe yie arjunasukma… jrg hok xleh nombor sekala la dok perati…pLING LEKEH PON NO 3 TENTU..

  8. arjunasukma on 23 Feb 2009

    haha..sama2 cikgu..

    sedap tukang support pun..hahahaha

  9. muslih@sutrapawana on 24 Feb 2009

    bertuah sungguh sekolah ni dapat pengajar yang berwawasan..ambo pon anak buah arjunasukma jugoks…kalu cikgu panda memasak,anak2 buah mesti buleh makanan sedap2 punya….apapun.semoga kemercu kejayaan..giatkan usaha,kalu trainer jah bisa,tapi toksey usaha,payah jugok,tapi napok ko dok training tuh,usaha kemah doh..teruskan usaha,tanya jika tak paham,mesti berjaya didalam peperiksaan…hahaha..

    maksud ambo dlam dikir barat.

  10. cekmek on 24 Feb 2009

    kawe setuju dgn cikgu isma tu..timokasih byk2 ko abe yie…bdk2 sek cni memey minat sgt ddikir. dgn adonya sentuhei idea n tunjuk ajar drp abe yie sekurang2nya byk hok demo buleh blaja. kawe napok betamboh semangat lg blako budok2 tu:) nok2 lg lepas tgk gambar demo duk ddikir tubik dale blog abe yie.. ssohor tu gak blako :) huhu

    nk ajok sumuo pembaca blog arjunasukma jom rama2 mari kualo kangsar kito beli labu sayong :D

  11. moka on 24 Feb 2009

    blh nk gi..kena cadang bas la sebutir sponser

  12. cikgu isma on 24 Feb 2009

    meh la datang kuala kangsar…tak cukup tapak tangan masjid ubudiah kami tadahkan…he he he
    kami dah maklum bulan 4 ni peringkat ppd….aduh berdebar ni semakin memuncak…..

  13. Abe@PendikirDiraja on 24 Feb 2009

    Timo kaseh pado abe yie sebab sudi date jauh2 dari KL ke Kualo Kangsar.. Kawe amat banggo bilo abe yie sanggup mari untuk ajar anok2 buoh kawe tntg dikir barat yang sebenarnyo.. Kami ake cubo sedayo upayo untuk menjejokke kaki ke peringkat kebangsoe 2009.. Pado hok baco komen kawe neh samo2 ar kito memperjueke seni dikir barat neh..

  14. JurulatihMu... on 24 Feb 2009

    Kepada Pasukan Pendikir Bandar Diraja SMK Raja Muda Musa,teruskan berusaha sehingga ke peringkat kebangsaan di Kedah tahun ni…

  15. arjunasukma on 25 Feb 2009

    cmana moka..org dh pelawa tido kat masjid tu..air banyak senang nk mandi..hahahaha

    sama-sama..saya amat berharap dan menaruh harapan yg tinggi pd awak untuk membantu jayakan cita-cita dorang…

  16. datuk d on 25 Feb 2009

    stahu ambo moka alahan ngan masjid..
    dok dekat gak beraso panah kulit selalu lah..
    taktahu bakpo gak eh ni..
    eheheh

  17. moka on 25 Feb 2009

    aloh…ambo kalu ddk kg gak..ore panggil gapo dh hok nyapu2 dlm masjid tu…tok siak ko gapo…blh kata gak masjid rumah kedua la…. ko guano datuk die…nk suko teringat kisah sore ore kg ambo tangga masjid pon xtau mana….

    kena dgn gaya..kena gi tu kuala kangsar…ko guano abeyie…hahahaha

  18. cikgu isma on 26 Feb 2009

    datangla….makan ngan minum serta katil free aje…kat asrama kami banyak katil kosong he he he…tak sampai ati nak bagi tido kat masjid

  19. moka on 26 Feb 2009

    wah..free tu…tu best tu….satu pakej la kiranya

  20. Cikgu Adham on 26 Feb 2009

    slm sheikh.. tahniah la deh.. mmg benar di kuala kangsar agak ketinggalan benar semenjak tahun 2001 lagi semasa zaman kawe bersekolah disana… masa tu MCKK penah juara dan lepas kawe tamat belajar di mckk, dikir barat terus berkubur d MCKK.. kawe frust jugak tu pasal SBP tak banyak ada team dikir yg mantap selain dari SBP di kelantan..

    pon bagaimana walau heh heh heh… demo teruskan lah popularkan dikir nih. nk mintak demo offer la ckit ilmu demo ke MCKK pasal ramai tu budak kelantan yg minat dikir di MCKK tu.. tp xdak org nk ajar… kawe nih just bagi idea jah… pasal kawe skrg tiada kaitan langsung dah dgn MCKK. kawe bukan cikgu yg ngajar d MCKK.. kalo kawe ajar d sana… senang la kawe popularkan smula dikir di mckk heh heh hhe

  21. cikgu isma on 28 Feb 2009

    cikgu idham bagi la can kami jejak kaki ke kebangsaan dulu…dah 3 tahun juara daerah 1 sekali naib juara…impian nak ke kebangsaan blum padam…tapi dah jejak esok kami bagi la pluang kat org lain plak…apa2 pun 2009 ni abe yie tetap SMK RMM punya….sori

  22. Abe@PendikirDiraja on 01 Mar 2009

    Kepado cikgu adham,kalu MCKK nok cari jurulatih,kawe buleh usahoke tapi keno pado caro le.. kawe pun baru 5tahun berkecimpung dale arena dikir barat nie.. diharap samo2 kito memajuke seni dikir barat di serato malaysia.. kepado abe yie,kito jumpo kat sungai buluh 8hb neh..

  23. MEY@PENDIKIR DIRAJA on 12 May 2009

    jom2..kawe pun dah x sabar nak tgk dikir barat bandar diraja neh..

  24. dodocak!gung..boy on 01 Jun 2009

    napoknya krisis d perak bkn anyo politik malah krisis kroni yang beleluasa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  25. cikgu isma on 08 Jun 2009

    entah la sampai bila pun tak tau ,klu kami usaha bawak jurulatih dari langit pun,.hok yang ado tu buto belako,,sampai kiamat tak selesai krisis kroni ni….slagi hok otak kering masih menetap di kuala kangsar ni makin keringla dikir negeri perak,,tgkla perak di kebangsaan nanti bukan setakat hakim isap rokok pi toilet pun buleh

  26. arjunasukma on 08 Jun 2009

    hehe..nnti lepas ni saya hurai panjang..khas satu tajuk untuk bab itu..

  27. juka on 08 Jun 2009

    ambo pon nok ajok abe yie mari pahang ngajar budok2 ambo la kalu buleh.
    nok tra bice nga koselor, pengetua skali.
    kalu demo tu stuju, nok wak kiro la ajat nyo.
    ko guano abe yie, beres ko?
    ko nyo tepoh ddemo doh tahun depe?

  28. datuk D on 09 Jun 2009

    lepah ni doh tahu lagu tu.. tok soh tebing dok masuk la.. parok modal jah..
    pakai lok puak kroni dia betanding sediri menang sediri..
    tapi gi kelih..

  29. cikgu isma on 11 Jun 2009

    tapi abe yie pesan kami jangan putus asa….kami akan ikut apa abe yie cakap…dia suh boikot kami boikot..dia suh lawan kami lawan….sbb bebudok yakin sgt ngan abe yie ni tgk keputusan kebangsaan cukup top ten smua asuhan dia

  30. din prongo on 12 Aug 2009

    hehe.support dikir barat SMKRMM.
    terusakn berusaha.

  31. umir yasha on 07 Feb 2010

    salam ziarah..semoga rmm terus maju..=)

  32. cikgu isma on 10 Oct 2010

    dikir rmm akan bergema smula 2010 ni dengan muka baru ,jrulatih baru,azam baru ermmmmmmmmm

  33. arjunasukma on 11 Oct 2010

    sekalung tahniah dari akademi arjunasukma

  34. malik on 20 Feb 2011

    mana saya nak dpt jurulatih dikir barat dkt dgn uitm perak di uitm sri iskandar

  35. Tok Wan on 05 Aug 2011

    Tahniah atas kejayaan..Majulah seni Budaya Bangsa…Keno cari pelapis tu..Agar Budayo kito xilang sapa bilo-bilo


Leave your comment