P1250801

*Penonton sedang khusyuk mendengar gesekan rebab dari ‘Abe Awe’..

Dunia Mak Yong..dunia yang baru hamba ceburi demi melengkapkan sifat dan tanggungjawab dilahirkan sebagai seorang yang terbenih minat pada kesenian tradisional peninggalan nenek moyang hamba ini.

Mak Yong..merupakan abang yang jauh lebih tua dari dikir barat ini mempunyai keunikan yang tersendiri bila diselami dengan lebih teliti. Pemahaman yang halus dan tinggi ini menuntut lebih banyak kesabaran untuk mendalaminya. Kalau setakat untuk melepaskan kahak di serambi…rasanya lebih baik undur saja. Dunia ini juga tidak menjanjikan kilauan bintang glamour..apalah sangat yang ada pada seni tradisional..kan?kan?kan?

P1250807

*Anak murid tua sedang memerhati alunan lagu utk memulakan paluan…

Mengikut pemerhatian hamba, yang baru berusia seminggu jagung mendekati Mak Yong, telah tercambah sedikit percikan buah akal yang membuktikan bahawa mengapa Mak Yong ini makin menjelang kepupusan tenaga pakar dalam setiap komponennya. Salah satu yang terdetik di minda benak ini ialah tenaga pengajar @ mahaguru tidak mengajar generasi baru dengan cara yang sistematik.

P1250809

*Tengok pada gaya perhati..nampak macam paham..tp sah tak tahu apa pun…

Mengajar dengan cara ‘see and play’ bukan tidak boleh membantu tapi memerlukan masa yang lebih panjang untuk memahami satu persatu sedangkan seni sesukar ini perlu difahami dengan lebih tepat samada dari segi pengucapan, irama, tempo lagu dan gaya lakonan kerana semua ini mempunyai kaitan.

10 orang guru, 10 jenis cara dan pendekatan mengajar…ini cukup menguji seorang murid yang buas untuk memahami. Buas yang hamba maksudkan di sini…murid yang suka mengembara mencari ilmu dalam masa yang singkat dan pergi melompat kepada guru lain pula..entah spesis apa yang hamba mahu kelaskan untuk bahasa yang lebih sopan..ahaks..

P1250813 P1250814

*Pak Jeng..tuan panggung..                 *Bakal jong serunai ASWARA..

Walaubagaimanapun, hamba bersyukur…dilahirkan dan ditakdirkan celik mata dalam padang yang tepat untuk seekor belalang mengenal anak-anak pacat. Terima kasih Ayahanda..

abeyie@arjunasukma

Tags: , ,

12 Responses


  1. Lokanbertepuk on 03 Feb 2009

    Sebagai seorang pencinta seni tradisi mak yong, tak dapat tidak kita akan melalui berbagai proses pembelajaran yg berbentuk tradisional dan sistematik. Anggaplah itu semua sebagai medium utk memberikan pendedahan seni dan maklumat bercorak pembelajaran kpd kalian. Disamping itu kalianlah antaranya yg akan menjadi pemangkin kpd usaha utk memperkenalkan serta mengenengahkan satu lagi genre cabang muzik tradisional ke persada antarabangsa mudah-mudahan.

    Teruskan minat kalian untuk mengangkat muzik tempatan dan memelihara muzik tradisional kita sebagai warisan budaya kesenian bangsa yg wajar dikekalkan.

  2. mafaka on 03 Feb 2009

    ambo akan igt sampai bila2 hok Pak Lokan pesan…”..’peliharalah’ sebaik mungkin kesenian kita…satu hari nanti mungkin dia pulak akan ‘pelihara’ kita…”

  3. arjunasukma on 03 Feb 2009

    Insyaallah…akan kukandung sampai ke akhir hayat…

  4. datuk d on 03 Feb 2009

    terima kasih tidak terhingga kepada semua terutamanya Pak Lokan, Arjunasukma dan Mafaka yang turut memberi peluang kepada diri ambo mendekati seni warisan orang Kelantan… tanpa kalian siapalah ambo dalam mak yong…segala jasa dan ilmu ambo kenang serta genggam selagi hayat dikandung badan..

    terima kasih sekali lagi..

  5. muslih@sutrapawana on 05 Feb 2009

    ooooo kalu baso sungguh nik kasih dan nik sayeeeee….
    ssako ayoh dan jugok zuriat bondaaaaa…

    oooooo ni sipe mmolek,ambik bubuh dalm peti geweeeeeee,
    biar masuk mresap dalam jiwa dalam ragaaaa…

    ooooooo nik jange buang capok tohok balik blakeeeee….
    junjung biar baik biar buleh jadi pusakaaaa

  6. arjunasukma on 05 Feb 2009

    yooowwww lahhhh..(nada pak adik mat lobo)..

  7. cenDawan on 05 Feb 2009

    jolo doh hok oyak belako tue,, ambo jgk rasa bangga dapat bersama Ayahda, arjunasukma, n antum sekalian,,bleh ilmu cket sebanyak wat bekal ore kata..tima kasih seme,,

    Ambo jong serunai aswara lpas a.mascob jd tenaga pengajar aswara dulu..baru bleh nak tiup pom.. haha..molek nya letak gmbar teh..hehehe

  8. Blake Pare on 09 Feb 2009

    Salam belako…
    peminat seni budayo kelate…
    ambo budak baru sini…
    nak join belajar set set demo…
    buleh ko
    ore mudo minat budayo jare loni..
    ambo minat gi istano budayo jah..

  9. arjunasukma on 10 Feb 2009

    dialu-alukan blake parang..ada sejarah membuktikan belakang pare pernah tajam bila diasah..hiks..

  10. mafaka on 11 Feb 2009

    tp gak nak bulih ko tajam tu dan habih dulu batu ngasah..yo lo ko demo minat gi istana budaya…ko duduk di putrajayo??hehehe

  11. datuk d on 11 Feb 2009

    habih batu ngasah wat petung tuan pare… betak.. pah tu sokmo sesat barat..

    p/s: kata ko diri sdiri nih… eheheh ;D

  12. arjunasukma on 11 Feb 2009

    hahaha…dugaan tok guru..pahala banyak bulih kerana ngaja kita..


Leave your comment