*Amran…Daud Bukit Abal Junior…muncul Johan pada malam itu.
Beberapa minggu lepas, hamba mendapat jemputan bersama Halim Yazid untuk menjadi juri Pertandingan Dikir Barat sempena Karnival Ilmu di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak. Kami pergi membawa dua tugas iaitu Juri dan Artis untuk membuat persembahan.
* Antara kumpulan yang menyertai..gaya mengancam..
Mungkin seni dikir barat adalah seni yang baru di kalangan warga UPSI kerana penyertaannya sangat rendah. Hanya 5 pasukan sahaja menghantar wakil. Begitu juga dengan taraf persembahan. Jika dilagakan dengan universiti-universiti lain, sudah tentu agak sedikit ketinggalan.
* Satu satunya kumpulan dianggotai oleh tok imam dan tok siak..hehe
Dengan berbekal semangat peserta semata-mata tidak cukup untuk meletuskan satu bentuk dikir sebagaimana yang diharapkan oleh para juri yang mahu dikir barat yang sebaiknya. Kedaifan dari segi peralatan muzik amat ketara. Dalam satu pertandingan hanya satu set alat muzik yang disediakan oleh penganjur…semua kumpulan yang bertanding menggunakan alat muzik yang sama. Keuzuran tidak perlu dinyatakanlah.
* Halim Yazid membuat persembahan..diiringi Kump Kolej Ungku Omar.
Harapan hamba sebagai penggiat dikir, semoga pihak yang bertanggungjawab dapat membuka mata melunaskan satu peruntukan khas untuk perkembangan seni dikir ini memandangkan UPSI bukan ketandusan bakat dalam bidang ini, tapi persekitaran yang memenjarakan kebolehan semulajadi ini untuk mencambahkan benih-benih baru di ladang asing.
* Barisan Juri Adil lagi berlagak bagus..hakhakhak..
Apapun hamba amat berterima kasih kepada peminat Halim Yazid dan peminat dikir barat di UPSI. Hampir dua ribu orang membanjiri perkarangan menonton persembahan selingan kami. Jiwa seni dikir barat masih segar di sanubari generasi muda jika kena gaya olahannya.
rapok molek..
dok ehh…kawe dok tunggu gambar2 anak murid hok dale um nih…bakpo tok mmasuk lagi heh??
hehe..kuat nyo ppanas teh..nati kawe zoom sore2 kawe bubuh..hehe..sobar2..tggu layak perikat zon sepatutnya dlu..demo nk tgk hok mana agak2..beraso rindu ko hok mana..hok baris blake dok di hujung skali tu ko?
hok makan ajinamoto byk ko…hahahah jgn dok ngata gak… x baik..nati semula kita gi amik gbr tiap2 kolej hok training…ko guano abeyie…dgn jurulatih dio sekali…heheheh idea bagus tu..
mesti sedap tok guru arjunasukma ngajar tuu…
keno jago tk.gendang dio.. xblh lawe kolej lain..
jgnlah marah.. cikgu yie ni garang sgt tau.. heee hee
hehe..mu jgn perli aku pull…kali ni aku btul surrender la..haha
xpercayalah aku… heee..
pahhh…nak lawe kolej 1 lagu mano nih??
ayat ni bbunyi spatah rasa nak bsugguh slalu..jago la..kena press sunggh dh skali ni..xlih main ni..nyo wat banding nga ore tino..aaiii
kabar2 jurulatih sediri naik dikir atas pentas…hahahha
hajat nak panggil ddikir ttino abe lah tok deh nak hatuk nga puok2 kolej 1..tok pade weh nak hatuk nga puok2 dk dale um nih..gomo yie!!!!
haha..beratuk nga awak2 burung lebar botok kawe gak..pakai kalah puak demo slalu..dok ghalik suko xlih ddikir..
hahaha…ado sekor tuh burung lebar botok ppalo..kena tipah ko tok guru sokmo, luruh rambut2…hahaha
jamung umpan gggapo tuh sapa luruh rambut…tok guru kena paka telekung lah nok join anok murid gak…
jgn dok kato kokre gak..tak baik…esok2 pon kita palo botok jgk..
tak payah tunggu esok…arini pon bulih botok kalu gi cukur gak..
hahaha..cari puting towww..
biarnya bekekoh mafaka dgn dia tu…pndai sangat cri buku baloh…