*Barisan kabinet yang turut membantu…
Sudah terlalu lewat bingkisan ini dilakarkan, namun sebagai satu ruang untuk hamba berterima kasih kepada para sahabat yang memberi kerjasama menjayakan program ringkas ini.
*Awak-awak enam orang…larat ke ni??hehe
Kunjungan pendikir Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa, Kuala Kangsar ke Universiti Malaya baru-baru ini adalah untuk melihat sendiri bagaimana dikir Kuala Lumpur beroperasi dengan jentera yang ada. Sekurang-kurangnya para adik-adik dalam dunia dikir dapat mengenali dan merasai cuaca berada sepentas dengan pendikir senior.
*Pendikir Raja Muda Musa diambang transformasi…
Di sini, sukacita hamba ingin menyelitkan sedikit corak pemahaman bawah tudung saji dikir barat…..
Seni Suara merupakan satu komponen utama dalam dikir barat. Perkara yang utama sebegini perlu diambil berat oleh semua pendikir untuk mencapai tahap dikir yang sebenar. Kerana bersuara kuat bukan meraung, bersuara perlahan bukan berbisik. Kenyataan ini perlu kita terjemahkan dalam skop seni yang lebih luas agar memberi nilai dan makna yang boleh meresap ke dalam jiwa dan diiktiraf sebagai seni…bukan senying…
*Sohibul Muslih dan Syeikhul Mie Aqbah sedang berpidato..
Untuk memahami sesuatu perkara, belajar itu kuncinya. Jika mendabik dada menjadi langkah pemula, maka dada yang didabik itu jugalah yang dapat dibawa bersama untuk mengisi kantung kepuasan penuh kepalsuan. Kehalusan dalam membentuk kesepaduan suara awak-awak tidak semudah yang sangka. Mungkin para pengkritik ringan mulut serta lidah untuk berbicara, tapi bab membikin, hanya jauhari mengenal manikam. Itu satu contoh nyata lagi bersuluh untuk menggambarkan cabaran seorang guru dikir barat. Jika kita sendiri tidak lulus sifir mengenal bunyi ini…harap bergurulah lagi..
*Wau bulan tanda sebuah rindu perpisahan…
Berbalik bab kalungan terima kasih…jutaan terima kasih kepada semua sahabat hamba yang menjayakan lawatan dari adik-adik Kuala Kangsar ini. Mereka semua perlu bimbingan dari kita semua. Semoga dilain kesempatan boleh kita bersama lagi.

Syabas diucapkan kepada pihak penganjur.. Lawatan sebegini seharusnya dibuat dan diaturkan oleh tidak sahaja sekolah2 semata2, malah semua pihak yang mahu memahirkan diri dalam seni persembahan dikir barat asli. Ini berikutan kecondongan keaslian kesenian dikir barat di Lembah Kelang masih lagi dikekalkan walau kedudukan geografinya bukanlah tempat asalnya dikir barat ini. Harapan juga supaya dapat diadakan lebih banyak program sebegini dimasa akan datang…. Hehe
tahniah & syabas diucapkan kepada semua yg terlibat…..inilah yg perlu ada dalam diri setiap pencinta dikir barat, saling bantu membantu dan memberi tunjuk ajar kepada mereka yang memerlukan.
DD -> ya, tenaga kepakaran dari anda semua juga dialu-alukan.
leen-> antara tugas2 kami..sokongan dari leen juga diperlukan.
kalu adleen ada baru sdp bedikir……..hehehehe
jgn dok gege la budak2
gambar ambo pun nyo tepek jugok deh…..royalti x bayar lagi kiro2 tuh…ambo kalu kiro album tu x buat lagi…tapi ada doh hok dok gatung kot dale frame….tapi kira tahniah la arjunasukma atas sumbangan kepada arena dikir barat yang sedang sarat menggalas bebanan dalam merakyatkan dikir barat. harap2 kita dapa menempa nama bukan sahaja di malaysia malah mungkin di arena antarabangsa…kita boleh cuba ke arah itu…bak kata pepatah tok janggut…. “where is the will there is the way”…(sebenarnya kih tlg promosi etek dale gambar tu ya pong kuat tu)…tapi sekali lagi tahniah arjunasukma.
kuat pong mie kebah…………gemulah ni dok cari nuh
aaa..kena butir mana nih..royalti kita wat kira lepas ni, jangan saman sudah la letak gambar tak mnta izin ni.hehe..pong ko pong gi lah asalkan terik. Pong tu adalah peniup semangat.
Tapi memperjuangkan seni ini bukan tugas hamba sorang…perlu kerjasama dan sokongan berterusan dari tuan/puan…
xpo letak gambar gitu tapi jange wat super impose sudah lah deh….
bereh nati kita sama2 pakat junjung mene seni….
klu pihak sana sanggup tiap tahun cikgu isma akan antar pendikir-pendikir junior ni….minat punya pasal..
kecil tapak tangan tapak sulaiman ambo tadohkan…
Ribue timo ksih pado abe yie de geng dikir UM kerano beri pelue pada anok2 buah kawe untuk mendalemi dikir barat de berkongsi pengalame di UM.. Kawe ake latih anok2 buah kawe sebaik mungkin untuk pertandinge 15 Mei nanti.. Kalu bule kawe nok sajo bawok anok2 buah kawe berkampung tigo ari dua male untuk mendalei lagi apo itu dikir barat.. semogo bertemu lagi denge geng dikir UM di lain ari..
abe yie..lamo tok berseloro dale blog demo nii
buke tak caro ko sain2..sibuk semace…
takpola..mugo abe yie segat semace…
anok buah sapo mene festival seni hehhh..
kawe nak gi tgkk pun tokde itu hari…
abe yie ke kuala lagi 12 april ni ermm….rasa truja sgt,tgk perkembangan pendikir cilik ni makin bertenaga….
semoga berjaya nanti…
satu pandangan daripada saya ialah dikir barat ialah dikir barat….suara adalah pertama sekali yang akan dihakimi…muzik hendaklah tidak mengacau dan mengikut kehendak suara itu dan gaya hanya dilihat pada keserasian antara awak-awak sahaja…tiada istilah gaya paling cantik….oleh yang demikian diharap pihak sekolah dapat melihat kepada elemen2 yang saya cuba nyatakan tadi….gaya yang terlampau akan menggannggu keserasian awak-awak dan juga mungkin akan mengganggu tempo lagu dan boleh mnyebabkan akan cepat semput sekitranya latihan yang kut=rang cukup….
harap abe yie tak marah ko ambo dan pembetulan ambo alau-alukan daripada pihak yang ingin sama melihat peningkatan seni dikir barat.
adapun pada hari itu,ambo dan rakan2 memang tertarik dengan rancangan kekanda arjuna agar buat show depan budak sekolah ni..tapi,sebab ada komitmen lain,ada beberapa kawan ambo tok dapat datang…
kalau nak bedikir,buat biar puas hati,jangan ada sekadar nok melepaskan batuk ditangga saja..baru lah seni tu tidak punoss…
gud luck pado puok2 demo.
betul kat alkebahi tu…tapi abe yie ajar budak saya bukan bunga yang merepek2 tapi kemas…saya yakin andai abe yie bersama SMKRMM 2 ke 3 thun pendikir cilik ni boleh pegi jauh…andai masuk unversiti malaya nanti cuma perlu gilapan yang agak perlahan saja.
adoww… blh doh dikir tuu….
Benar sebagaimana kata sahabat hamba, dikir adalah seni suara paling utama. Tapi kita perlu memandang juga kiri dan kanan pada elemen-elemen lain yang melengkapkan aksesori sebuah dikir barat. Mengikut pemahaman hamba, dikir barat adalah gabungan antara Seni Suara, Seni Muzik, Seni Sastera dan Seni Tari. Empat gabungan seni inilah yang akan menjadikan dikir barat dipandang lebih luas dari kepompongnya. Cuma susunan gabungan di atas perlu disusun mengikut keutamaan sebagainya disenaraikan.
Apakah dikir barat tanpa suara? apakah dikir barat tanpa muzik? Apakah dikir barat tanpa lirik@sastera? apakah dikir barat tanpa gerak tepuk@tari? Jika persoalan ini boleh diketepikan dengan mudah..mungkin dikir barat bentuk lebih baru bakal kita lihat suatu hari nanti.
Jika suara adalah keutamaan, itu diterima..tapi jika dikir barat HANYA suara, mungkin sukar untuk dianggukkan.
Sebagai menyokong kenyataan alkebahi itu, memang muzik tidak boleh mengganggu suara, memang gerak tari tak boleh menjejaskan suara..itulah bezanya guru dan tidak berguru. Jika berguru, mustahil tok guru memberi tari yang salah tempat untuk dilenggokkan..
Jika seni tari@gerak tidak perlu dalam dikir barat, mustahil juga alkebahi menyokong kenyataan ini, kerana anak didik alkebahi juga berlenggok tari juga dipentas tarungan..
Semoga pemandangan kita dirungkai atas landskap yang lebih luas..hehe
saya menyokong pendapat arjunasukma…..apa yang saya cuba tonjolkan dalam jalur kesenian dikir barat ialah dikir barat yang pada asas nya adalah bertitik tolak pada suara dan demi melengkapkan persembahan dikir barat muzik adalah berperanan untuk keharmonian gandingan suara tadi….pandangan saya secara kasar itu pada asas di mana dikir barat dimainkan….apabila diterjemahkan dalam maksud pertandingan elemen tarian juga harus diketengahkan ini malah tidak dikesampingkan juga lenggok yang mana boleh membantu untuk mencantikkan lagi rona dikir barat….dan hanya nak memperbetulkan setengah pemikiran yang yangf mementigkan gaya dan tarian…muzik yang banyak bunga dan dengan sebab itulah saya pertegaskan dalam setiap perbincangan saya dengan mengatakan dikir barat adalah seni suara….itu pada peringkat asas nya…untuk tujuan pertandingan, elemen muzik dan dan segala macam jenis tarian menjadi rempah ratus agar dikir barat dapat dihidangkan dengan sempurna…saya berterima kasih kepada arjunasukma atas pandangan yang boleh membantu saya dan juga penggiat dikir barat lain dalam usaha kita membangunkan seni warisan kita…seni yang kita warisi dari leluhur kita dan mesti kita ditatang kerana bukan pinjam dari mereka akan tetapi kita pinjam daripada anak-anak kita maka suatu hari nanti kita mesti pulangkan balik ada anak-anak kita sesempurna yang kita terima suatu masa dahulu….terima kasih
+++++ alkebahi +++++
putrajaya
pembetulan
saya menyokong pendapat arjunasukma…..apa yang saya cuba tonjolkan dalam jalur kesenian dikir barat ialah dikir barat yang pada asas nya adalah bertitik tolak pada suara dan demi melengkapkan persembahan dikir barat muzik adalah berperanan untuk keharmonian gandingan suara tadi…pandangan saya secara kasar itu pada asas di mana dikir barat dimainkan….apabila diterjemahkan dalam maksud pertandingan elemen tarian juga harus diketengahkan ini malah tidak dikesampingkan juga lenggok yang mana boleh membantu untuk mencantikkan lagi rona dikir barat….dan hanya nak memperbetulkan setengah pemikiran yang yangf mementigkan gaya dan tarian…muzik yang banyak bunga dan dengan sebab itulah saya pertegaskan dalam setiap perbincangan saya dengan mengatakan dikir barat adalah seni suara….itu pada peringkat asas nya…untuk tujuan pertandingan, elemen muzik dan dan segala macam jenis tarian menjadi rempah ratus agar dikir barat dapat dihidangkan dengan sempurna…saya berterima kasih kepada arjunasukma atas pandangan yang boleh membantu saya dan juga penggiat dikir barat lain dalam usaha kita membangunkan seni warisan kita…seni yang kita warisi dari leluhur kita dan mesti kita tatang kerana bukan kita pinjam dari mereka akan tetapi kita pinjam daripada anak-anak kita maka suatu hari nanti kita mesti pulangkan balik pada anak-anak kita sesempurna yang kita terima suatu masa dahulu….terima kasih
+++++ alkebahi +++++
putrajaya
itulah hujah2 kedua2 Tok’guru kita iaitu.. Dr.arjunasukma dgn Dr.alkebahi memberi gambaran yg tepat untuk kita fahami dalam persembahan dikir barat… heee
yeyeye
kawe dua ni tok gunying jah pull..hehe
apa beza al kebahi dgn mie kebah?
beza pada ejaan nama..
waa…
sronok tgk pic pljar sekolah sendiri…
truja…
dkir barat yg hebat…..ngahahaha