
Sudah sekian lama hamba tiada kesempatan untuk menjengah secara serius lelaman pengkalan ini. Di samping bebanan tugas yang agak padat, ditambah dengan beberapa masalah teknikal untuk kua melampirkan perkongsian diari perjalanan harian hamba bersama teman-teman sekalian.
Setelah bertungkus lumus membantu lahirkan produk di kebangsaan anti dadah baru-baru ini…jadual hamba masih bersambung lagi sibuknya. Pada minggu lepas hamba diuji dengan satu cabaran dari golongan artis yang mahu tengok sejauh mana dikir Lembah Klang oleh dikomersilkan ke pandangan khalayak perdana.

Lalu hamba dengan rela hati menyahut cabaran ini. Berbekal dengan semangat kerjasama ahli-ahli tegar dikirbarat.net maka wujudlah satu team yang agak mantap walau dalam masa yang singkat untuk dibentuk.
Setelah tiga hari memulakan latihan, prestasi kami menunjukkan nada yang positif. Walau berperang dengan beberapa masalah kecil dan terpencil, itu tidak menjadi halangan untuk kami meneruskan cabaran ini. Walau diantara peserta terpilih sudah biasa dengan ‘siaran langsung’ namun masih ada juga yang agak kekok untuk mengejar rentak bila rebana dan gong dikir diaduk gaulkan bersama alat-alat muzik moden. Tapi..hendak seribu daya…

Tibalah masanya hari yang dijanji..maka berjuanglah kami dipentas mendebarkan itu. Siapa yang tidak berdebar jika tahu risiko yang amat besar perlu ditanggung bila terjadi satu kesilapan. Hamba pasrah saja..percaya pada rakan taulan yang dilatih, agar berjaya membawa tugas masing-masing sebaik mungkin.

Alhamdulillah, dengan usaha yang agak gigih..artis yang menerima sentuhan bersama dari kami berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Mentor 3….iaitu Thye…anak didik Saudari Adibah Noor…terima kasih Kak Dib yang sudi memberi kepercayaan kepada dikir barat…
tahniah kepada a.yie dan ahli2 tegar dikirbarat.net yg lelain itu…..
sama-sama…
sedap sguh demo ni..siap ado hurreyy ag.agkt tgn.hehehe
semoga kepercayaan ini berkembang maju ke hadapan.. insya Allah..
majulah seni dikir barat warisan bangsa…
selangkah lagi di depan,
martabat dikir telah dilonjakkan
abe yi, tok mintok ngan adibah noor ko nok jjadi artis,
nyo bui bekalih
ambo mitak nk jjadi anak angkat dia jah..takut ada jawatan kosong..ahaks..
bidang lain lain..
bidan pun lain lain
hehehe
congok kawe dok depe tv..mugo tiba2 dgr muzik dk…hak hakk
kalo yie jd..laki angkat kak dib pun ok bokalihh…ha haa
yaakkkk..leteng gende tuh…hahaha