P7181269

*Gambaran kepuasan sebuah jiwa disebalik sehelai kain putih…

Menanam anak benih, risiko mati sebelum tumbuh, yang tumbuh belum tentu hidup, yang hidup belum tentu tak mati dan sudah pasti akan mati. Begitulah mencuba sesuatu yang baru…lutut lemah rebahlah langkah..

Demi menganggung pusaka amanat taruh nenek awal guru mula, maka dengan rela hati hamba menceburkan diri dalam satu lubuk ilmu tradisional yang semakin pupus di kalangan angkatan manusia sebaya dengan hamba. Apalah yang ada pada seni ini..untuk kaya amat sempit peluangnya, untuk popular sebagaimana pelajar Akademi Fantasia jauh sekali. Jadi, jika di hati ada rasa untuk popular, bolehlah berundur secara terhormat dari seni orang tua ini.

P7181267

*Kelir…sebalik tabir…rahsia isi dunia sebuah kehidupan..

Wayang Kulit…salah satu cabang kesenian yang mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri. Tanpa menyelami ke dasarnya, tiada siapa yang akan menyedari khazanah bernilai di lautan ini. Penggabungan muzik yang disusun rapi, keharmonian bunyi yang amat indah di halwa telinga cukup mendamaikan pada manusia yang sealiran dengan jiwa hamba.

Setelah sekian lama berminat dalam kesenian Wayang Kulit ini, kini hamba telah berjaya menjejakkan kaki ke atas bangsal belakang tabir putih keramat ini. Dahulu hamba cukup kagum dengan orang-orang tua kulit menggeleber, pipi berkedut bercermin mata tebal bermain muzik dalam bangsal ini, tapi hari ini…hamba sendiri di tempatnya…alangkah indah kepuasan ini..

P7181270

*Panjok…ahli setia mahkota merangkap peserta kena marah setiap kali latihan..

Terima kasih En Halim Yazid dan En Man Baba yang mengajar ku bertatih dalam bidang ini. langkah tatihku ini akan ku jadikan tangga memanjat gunung yang lebih tinggi untuk mencapai ke istana mahaguru ku yang sedang setia menunggu. Semoga tuhan panjangkan umur mahaguru ku agar sempat tapak kaki ini menyentuh singgahsana mu. Sesungguhnya…jauh lagi langkah ini.. Harap sabar menunggu…

abeyie@arjunasukma

Tags: , ,

21 Responses


  1. sanggupa on 26 Jul 2009

    jadi jelmo doh sore pok dogol…

  2. lokanbertepuk on 26 Jul 2009

    Tak habis lagi ko cerita Pok Dogol nih…..
    Sang hyang wenang (lambang kpd kekuasaan mutlak) telah mencpita sebutir telur. Bahagian putih telur menjadi Betara Ismaya, bahagian kuning telur menjadi Betara Manikmaya dan kulit telur menjadi Togok.

    Ismaya berasal dari perkataan Isma +Ya = Isma+Ku = nama Allah atau Asmaku. Menyebut asma Allah bererti melaksanakan ibadat. Ismaya atau Pok Dogol atau Semar menjadi lambang ibadat iaitu dengan menyebut asma tuhan. Semar berasal dari perkataan mismar, iaitu paku atau lambang kpd tetap. Orang yg tekun menjalankan ibadat jiwanya telah terpaku dan tetap berbakti kpd Allah yg satu. Ibadat itu selalu dipihak yg menang kerana kemenangan dan kejayaan itu dicapai oleh pihak yg tekun menjalankan ibadat dan juga melawan hawa nafsu / setan.

    Pok Dogol/Ismaya disebut juga sebagai pengasuh yg mengabdikan diri kpd raja, kerana abdi=abdun yg membawa erti pengabdian yg mengikuti pihak kebenaran. Sebab tu Ismaya/Pok Dogol akan mengikuti Raja Serama untuk melawan kejahatan dimana2 saja.

    Bo be lah…

  3. juka on 26 Jul 2009

    buleh kkiro kkaloh kalu ggitu.
    anok beranok rajo seramo mula langkah….

  4. arjunasukma on 27 Jul 2009

    tehe umpan hidup ni, kalu nyakut gak puas hati..hehe..xmain dah anak seluang..kurang-kurang baung…hahaha..

  5. lokanbertepuk on 27 Jul 2009

    Bdk dok atas belakang DD tu rasanya bekas pelajar usm jgk tuh…
    takut pelanduk dua serupa x tahu la pulak…

  6. moka on 27 Jul 2009

    puak dikir set proton tuh atas blake dd

  7. lokanbertepuk on 28 Jul 2009

    Guano Tok Maharisi tu mengadap aloh ko kanan…hehehe

  8. datuk d on 28 Jul 2009

    1. hok nukat atah bahu ambo tu pijoe proton.. hehe

    2. wat mari etek gambar abe yie.. nok jugak tu.. first show.. biar lah komersil pun

    3. soalan ayah lokanbertepuk tu kalu kena atah ambo supo tanya palo lutuk sediri lah.. :)

    p/s: kedudukan tok maharisi pun diambil perhati.. tak tahu la kalu nya tahu Hanuman buleh melayang dari atas tanoh.. heheh.. buleh skali nih

  9. arjunasukma on 29 Jul 2009

    hehehe..jalan mula lalu ada semak ssikit pun kita jjale dulu la..kemucup lekat bbetih kita gi cabut ddenu la..hehe

  10. k.asmara on 30 Jul 2009

    jadi koowwww abe yie towwwp 16 Ogos ni? hehehehe…

  11. arjunasukma on 30 Jul 2009

    jadiiii…kita gomo wi parok wat nnutup poso..haha..keroh ore rramai la

  12. jenmie kebah on 04 Aug 2009

    kemuncup tak po yie wei….kalu sepak duri tambun taik gak bawak umur la ….

  13. datuk d on 05 Aug 2009

    nyo reti basuh laa tuu kalu ssepak taik.. kalu hok dduri nyo cari ubat buwe… hahaha..

  14. mafaka on 06 Aug 2009

    sepak jenmie kebah takpo jugok yie..

  15. arjunasukma on 07 Aug 2009

    hahahaha..kalu dok tgh jale sepak blako nih..

    nama jenmie nah loni..supo said wan rozak nih..

  16. kertawila on 07 Aug 2009

    datuk D tahu ko lagu mana duri tambun taik tuh??

  17. jemie kebah on 07 Aug 2009

    mafaka – sepak aku gak aku royat ko Raja Turus Pagar la

    arjunasukam – keyboard ni buat nga kayu hak lebih mat mascoby wat gende baru ni tu ya saloh taip tu, muga kayu ke mitak tlg abe mie bekki tapi dok tgh kacip lagi tokde

    kertawila – ambo rasa blh jadi tak kena, kalu kena dia tak gaduh jawab ambo rasa kalu ngan ambo

  18. arjunasukma on 07 Aug 2009

    ore bandar tak kenal dah duri tu..kalu kenal pun budak2 dok bbuas kok kapung2 jah..supo mie kkebah dia berehi bbidah burung dok kkapung mula.

  19. abelanun on 10 Aug 2009

    haha..kena duri tu gak selok ngango la..mata duk lenggok duk intai burung..

  20. datuk d on 10 Aug 2009

    saya tahu duri pokok semalu dan duri pokok buah salak sahaja… kedua dua pernah masuk dale kaki saya.. sankit weh

  21. jemie kebah on 11 Aug 2009

    duri hok demo royat tu x bahayo mana….tambun taik meme bahaya….blh bawak umur…tapi jange jadi duri dale daging tu hak plg bahaya


Leave your comment