Kali ini jadual tugas hakiki hamba terus bersambung seperti biasa. Tamatnya musim Kesenian Anti Dadah peringkat sekolah menengah, kini tibalah masanya untuk menyentuh sessi luaran dari lingkungan pelajar sekolah menengah.

*Sibuk menyalin nota…semoga jadi bekalan selamanya..
Sambungan dari Bengkel Pengenalan Dikir Barat yang telah diadakan pada tahun lepas, kali ini Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) sekali lagi memberi kepercayaan kepada hamba untuk meneruskan tangga-tangga yang telah didaki dalam seni Dikir Barat ini.

*Mie Gajah Putih sedang melenggok belalainya…gajah menulis dengan belalai..
Kali ini pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan diwakili siswa dan satu lagi siswi. Dengan penuh kebanggaan dua kumpulan ini , iaitu Cenderawasih untuk siswa dan Purnama Melankolik untuk siswi berusaha sebaik mungkin untuk mengutip ilmu dalam bidang Dikir ini. Hampir kesemua pelajar tidak mempunyai asas langsung dalam dikir ini namun di atas kesungguhan mereka, akhirnya dua kumpulan berjaya diwujudkan untuk berlawanan dengan isi dikir masing-masing.

* Dua kumpulan sedang menunggu masa untuk bertarung….
Hamba dibantu oleh Abe Mie (Mie Gajah Putih) dan Abe Mat Maskoby rasa cukup berbangga kerana apa yang kami curahkan dihargai dan gunakan sepenuhnya walau dalam masa yang amat singkat. Di sini hamba mengambil peluang untuk berterima kasih juga kepada abe mie dan abe mat atas bantuan itu..sampai serak-serak basah untuk melampiaskan modal dan mood dikir pada pelajar semua. Terima kasih juga kepada urusetia yang tidak jemu-jemu melayan karenah kami sepanjang kursus itu dijalankan. kami amat terhutang budi..semoga kita berjumpa lagi…

* Sedang memerah otak mencari idea baru…serius lambang jiwa yang tekun..ahaks..
ajok ambo getek lain kali.. nok tupang belajar..
timo kasih..
abe yie towwww…
tra publish teh ssini format dan modul pembelajaran ddikir nih..
nok tgk sikit…
nati kkecek luar la..pyh kalu letak sini pun..hehe..jd salah paham..
timo kasih yie….