ahli majlis tertinggi dikirbarat.net 2009

*ahli majlis tertinggi dikirbarat.net 2009

*berdiri dari kiri : cekgu Jo,munky g,datuk d,mie kkebah,wakil tmerloh,abelanun,juka,boss raub,chepar,ja tabuh pusaka,sri nara,saing abepar,saing abepar jgk,sriperindu,salok madu.

duduk dari kiri : moka,muslih,arjunasukma,abe lan,lokan bertepuk,mafaka,senok.

Alhamdulillah, majlis buka puasa kali ini berjalan lancar dan meriah. Sambutan amat menggalakkan dari semua ahli tegar. Kemeriahan lebih bertambah tahun ini apabila sahabat kita dari luar Kuala Lumpur pun sudi turun bertandang atas satu niat suci..eratkan silaturrahim.

nasik ulam kedai abe lan pantai dalam

*antara sajian yang menggoda nafsu pengunjung..ahaks.

Walaupun perancangan yang agak singkat, namun atas komitmen dari semua ahli yang cukup ‘sporting’ menjadikan majlis ini lebih bermakna. Dari pukul 6.00 petang ahli kita sudah mula berkumpul di lokasi yang ditetapkan iaitu Kafe Anis Puteri, atau lebih di kenali dengan panggilan ‘Keda Abe Lan Pantai Dalam’ , Kuala Lumpur. Abe Lan sebagai tuan empunya kedai tak kering air tangan melayan kami dari mula datang hingga pulang.

*wakil dari UITM

Walau ada ahli yang tersesat mencari destinasi, namun masih boleh tersenyum bila melihat semangat kawan-kawan yang lain. Segala penat lelah berpuasa sehari terus hilang dek kemeriahan suka hilai dan saling mengusik antara satu sama lain sebagai perencah resipi persahabatan.

wakil dari pahang…exco temerloh..

*wakil dari pahang…exco temerloh..

Cuma majlis kali ini agak sedih dipenghujungnya kerana kelewatan dua orang ahli kita iaitu Datuk D dan Mie Kkebah kerana tersangkut di laluan komuter dari segambut ke KL. Sungguh memilukan bila mata mereka berdua hanya dapat melihat dan menghidu lazatnya hidangan, langsung tak sempat sentuh di lidah. Hamba cukup sedih dalam hal ini. Setelah abis waktu berbuka, pekerja kedai terus sapu meja…sepatutnya ada lagi makanan kerana makanan disediakan untuk 35 orang tapi yang makan hanya 32 orang. Kesilapan ini tidak wajar diulang lagi. Maaf Datuk D dan Mie Kkebah..tahun depan kita pakat beli komuter sendiri..hehe

Terima kasih kepada semua yang hadir..tahun depan kita buat lagi besar..insyaallah..yang penting raikan chenta, perkasakan silaturrahim..

Lagi gambar di dalam forum  http://dikirbarat.net/forum/video-and-gambar/gambar-majlis-buka-puasa-2009-kedai-abe-lan/

Tags: ,

16 Responses


  1. JaTabuh Pusaka on 17 Sep 2009

    salam…selamat hari raya blako ahli komuniti…..ikhlas dihati memamng cukup seronok jupo sain2 di kuala lumpur…majlis seperti ini harus diteruskan sampai bila2….hilang stress kijo sebentar dapat jupo gu gu yang palo sama dlm hal dikir ni….sebab minat bedooh kijoaan ni..hihi…apapun tahniah penganjur kerna sudi buat majlis ni…dan semuah komuniti yang hadir…guane ye kalu majlis sambutan hari raya ni wat di temerloh pahang? datang ke dok? bagilah komen kit klu cadangan saya ni berhasil….nak standby paperwork…hihihi….

  2. juka on 17 Sep 2009

    saranan ja tu ambo sokong sgt…..
    biar mmain kok luar WP skali gak,
    akan menjadi program promosi db.net jugok nih…
    lepah ni kito buat raub pulok..
    tidok tertumpu satu tempat….. he he he

  3. arjunasukma on 17 Sep 2009

    aaa..cadangan molek juga ni..kita masuk dale jadual aktiviti slalu..tapi kena buat perancangan rapi skit la..ada tempat air terjun mandi manda ko kawasan demo?kalu tidak bulih wat jadual sehari slalu. Wat bbakar ayam ko, kita kira rombongan slalu la..lagu mana puak kita blako??

  4. adleenn on 17 Sep 2009

    Salam & Selamat Hari Raya Aidilfitri
    Tahniah diucapkan pd semo yg hadir pd majlis tersebut..w/pun hamba sendiri pun agak kelewatan jgk sampai pete tu tapi yg penting dpt jupo mata dengan semo ahli2 yg selama ni duk kenal di alam maya saja….
    cadangan Ja tu meme klass tapi supo kata inchi arjuna la..kena buat perancangan rapi dan teliti….

  5. datuk d on 17 Sep 2009

    hoo sedih sekakloh..

  6. JaTabuh Pusaka on 19 Sep 2009

    salam aidil fitri alam maya dikir barat.net…cadangan anda kalian amat dialukan untuk saya memperkemaskan agenda saya selaku tuan rumah sekira ahli ahli bersetuju dilaksanakan di pahang…air terjun,air pantai teluk cempedak,batu hitam,panati cherating,pantai sepat, ada blako…..kito wat barbekeu n boleh tido sana..male wat dikir selingan….saya yakin ramai ahli dari pahang n pantai timur akan turun menjayakan program sambutan hari raya dikir barat.net dipahang kali ini….salam aidilfitri dari Tabuh Pusaka,Isteri dan anak tersayang Rafif Mifdhal….

  7. juka on 21 Sep 2009

    JaTabuh Pusaka, macam cuti2 malaysia pulok… hehehehe
    slmt hari raya semua…

  8. juka on 21 Sep 2009

    ambo tok berapo ingat namo hok dok bbaris atas tuhhh..
    bulih koo bubuh namo peserta tuhhh w/pun nickname dio…..

  9. JaTabuh Pusaka on 21 Sep 2009

    cuti cuti rayo abe juka wesss…..selama bekerja dan selama hari raya aidilfitri….

  10. mafaka on 29 Sep 2009

    rasa srupo baru kemarin jah buat majlis bbuko poso….cepat teh masa berlalu pong..

  11. JaTabuh Pusaka on 22 Oct 2009

    salam…cik mafaka tow maghi lah wat drama ko alik temerloh pulok….panggil blakon pegang batang kail pn x po…heheh marilah wat video cd dikir http://www.dkbrt.net alik pehe plok….

  12. fadlie tabuh pusaka on 12 Nov 2009

    nk ucap trimo kaseh banyok2 ko abe juna.. beri tnjuk ajar ko puok kami sapa jd juara dan layak ko prikat kebangsaan..

  13. arjunasukma on 12 Nov 2009

    sama-sama…kejayaan itu adalah kejayaan atas usaha semua..bkn saya seorang..

  14. mafaka on 13 Nov 2009

    ja…vcd dk.net kena tanya tokey dia…tuan director arjunasukma..
    blog naik kulat dah ni arjunasukma wei..

  15. arjunasukma on 16 Nov 2009

    hahaha..kena jupo tauke senok dlu..xlih post lagi ni..sekat bayar roadtax baru..


Leave your comment