20092009072

Sempena cuti raya yang berlangsung baru-baru ini, hamba sempat mengisi slot ziarah menziarahi ke beberapa tempat yang agak penting bagi hamba. Salah satu rumah yang hamba sempat kunjungi ialah rumah seorang tok jogho dikir barat Kelantan…Zaidi Buluh Perindu.

20092009074

Sebagai mengenang orang pertama yang bertanggungjawab melonjakkan hamba di arena dikir padang di Kelantan, kunjungan pada hari raya pertama ini memberi seribu pengertian dari dalam sanubari hamba untuk diterjemahkan kepada perasaannya. Mungkin dia juga memahami tulus ingatan hamba bukan calang-calang terhadapnya. Itulah yang terlukis di sudut hati ini.

20092009075

Hamba dengan jelas berkongsi rasa bangga di atas kehidupan seorang anak seni yang bergelar buluh perindu ini. Berbekal dengan semangat mengembangkan dikir barat sambil mencari makan menyara hidup tanpa kerja sampingan lain, kehidupanya mampu menggapai keluasan depa dunia sekitarnya. Setelah dikumpul hasil dari bermulanya dia di alam dikir sehingga sekarang, dia mampu membina sebuah banglo yang agak mewah bernilai rm100 ribu lebih..semata-mata dengan duit titik peluh dikir barat…

20092009073

Berkongsi pengalaman dengan beliau, kata kuncinya mudah saja..mencari keberkatan dalam mencari makan seharian adalah jangan tinggal sembahyang lima waktu dan taat kepada kedua ibu bapa. Sesungguhnya doa ibu bapa kemuncak segala permintaan. Itu saja yang dapat hamba tapis patikan untuk pedoman hamba sendiri di hari muka. Walau hamba bukan tok jogho popular, hanya jong rebana..tapi hamba tetap mempunyai rasa yang sama..ingin berjaya sepertinya….

arjunasukma@abeyie

15 Responses


  1. juka on 30 Sep 2009

    Patok la gambar umoh nyo papar mari ssini…..
    Ingat ko bakpo….
    Gambar kueh rrayo takdok koo??

    Lambang kejayaan seorg pendikir dlm membentuk kehidupan……
    Menang Mawi sikit jahh, pakai Porshe, ZBP takdok..
    Takdok hok mustahil ddale hidup kito..
    Hasil jual CD & DVD kooo…
    Abe yie pulok, umoh banglo RM400,0000.00
    Porshe 2 butir……………………………………….

  2. datuk d on 30 Sep 2009

    takpo pahni villa arjunasukma pulok.. tapi kena minum teh dulu heheh

  3. mafaka on 30 Sep 2009

    gedeba ambo tgk gambar hok mulo2 tuh..nyo pegang pinggang supo amik gambar nga ore ttino jah..bini dia tak marah ko tu yie??

  4. arjunasukma on 30 Sep 2009

    juka – itulah jurang yang dicipta oleh golongan sekarang..arus tradisional terkial-kial dgn titik peluh..bkn dgn karung bergolek, pipih melayang.

    datuk d – insyaallah..sdayung tak kena lagi ni…lambat lagi la..

    mafaka – demo gak suluh kok lain slalu, kawe beso tidur skatil dah..xdok rusak apa-apa eh..sajo wat gimmik jah tu..bini dia dok ddapur masa ni.hehe

  5. juka on 30 Sep 2009

    mano gambar kete dio Yie,..
    pakai kete ggapo dio lloni…

    nok royak, dikir pon bulih berjayo kalu keno ngan caro..
    macam cikgu sulizi jugok..

  6. pokse on 05 Oct 2009

    mano gambar dikir gelang mas…yieee

  7. arjunasukma on 05 Oct 2009

    puak ni dok tgh edit video tu…video high kualiti..payah skit..hehe

  8. datuk d on 05 Oct 2009

    tekanan weh.. tekanan..

  9. pokse on 05 Oct 2009

    haha…spekar sumbat pun takpo laaa..janji video high kualiti..heheh

  10. JaTabuh Pusaka on 19 Oct 2009

    salam..lama hamba x berbicara dek kesibukan bekerja…hampir sebulan juga ambo dok layan ni…..ni baru bukak…terima kasih tidak terhingga kerana wakil http://www.net dikir barat datang ke pahang nyambut himpunan pendikir pahang….selamat hari raya blako…..kelas umah abe zaidi kito…sapo kata dgn dikir duk buang masa dan x leh berjaya dan kato gelap masa depan…bukti depan mato…..orang dikir loni pn bkn calang orang..ado,peguam,pengarah urusan,pegawai kelas A,doktor,ahli perniagaan,kontraktor2….MA hospital,,,sapo kato dikir buang masa? x leh berjaya? guna masa dan bahagi masa itulah kunci kejayaan dan matlamat yang jitu…dikir siswazah…

  11. yed on 17 Nov 2009

    Walaupun saya berasal dari Melaka, lagu2 beliau selalu berkumandang di Kg Sg Rambai, Klebang Kecil, lagu2 dier memang syahdu lagi top, cuma kurang pendedahankat M’sia kalau tak Mawi pun taklah cari makan

  12. uncle dore on 26 Nov 2009

    kemah abe yie…napok supo adik beradik nge zaidi..hehe
    gapo2 pom abe yie compared to zaidi, ambo lg respek abe yie..zaidi panas baran tak terkawal…abe yie senyum jah walaupun dio tghb panas baran..tu hok ambo respek..

  13. uncle dore on 26 Nov 2009

    yed, kg sg rambai tang mana ye?demo minat dikir ke?bagus la…bangga ambo dgn demo..

  14. JaTabuh Pusaka on 29 Nov 2009

    cayalah dikir barat…..tapi sedikit kecewa..pertandingan akhir dikir barat RTM yg merupakan kemuncak sebenar dikir barat bertukar hambar..ini ke yang patut diambil menjadi kumpulan akhir? maafkan saya.saya pn bkn arif mana dgn dikir ni.tp setiap masa mengikuti perkembangan seni ini.utk anda sedia maklum,saya rasa kerugian yang amat sangat kalu macam inilah dikir barat yang dibawa RTM..dulu ok.x da nak komplen..mmg sedap..tapi loni???? fikir7777lahhh…..orang pahang,melaka,johor semua dh tahu nilai dikir..SINGAPURA lagi berprestij…die x menyebelahi mana2 kumpulan atau kepentingan..yg penting dapatmemartabatkan negara dan mempromosikan kepada negara luar hanya melalui dikir barat..Malaysia????? jawablah….saya tetap sayang malaysia negara tumpah air ku….

  15. Zul Putera Bukit Istana on 20 Jan 2010

    salam..mmg seni dikir barat di kenali di semua tmpt jd sy hrap pd semua penggiat seni dikir ni teruskan la usaha untk martabatkan seni warisan bangsa kita y x ternilai ni.


Leave your comment