P8191375

Assalamualaikum…

Sudah hampir sebulan hamba tidak mencoret di ruang ini. Banyak factor yang boleh dikaitkan yang menyebabkan ruangan ini kaku seketika, namun kita ketepikan soal tipis ini.

Di kesempatan ini, hamba merasa seakan bertanggungjawab untuk mengulas beberapa patah kata selaku orang yang bergiat dalam seni dikir barat ini. Walau tidak menjadi antara tugas-tugas khas dalam senarai tugasan kerja hakiki namun tanggungjawab social juga perlu dipenuhi dan perlu dipikul dengan penuh rela.

Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan RTM…seperti yang sedia maklum adalah sebuah pertandingan yang menjadi kemuncak dan penanda aras tahap dikir dunia. Medan inilah menjadi gelanggang pengiktirafan tertinggi dalam dunia dikir barat. Dari celik mata mengenal dikir barat, sehingga ke usia tua ganyut, dikir rtm lah yang paling tinggi pengiktirafannya. Ayat ini tertera di kebanyakan lantai minda pendikir.

Jika kita mahu mengimbangi tahap penarafan ini, adakah layak dengan apa yang dihidangkan untuk jamuan kita di kaca tv sebentar tadi? Tahap mana yang sepatutnya dan tahap mana sebenarnya kualiti dikir barat Malaysia yang kita banggakan selama ini? Jika sekali sekala hamba menjual modal bahawa dikir barat Singapura sudah naik taraf dalam pengembaraannya walau keghairannya mengejar komersil bertali arus, namun ramai antara orang kita yang mendengus muncung tidak setuju. Tapi kita?? Kita di mana jika mengukur taraf terbaik dikir barat Malaysia seperti adanya tadi. Antara kelemahan tidak sepatutnya berlaku pada Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan RTM Peringkat Akhir ialah :-

1. Pemilihan Tajuk.

Pemilihan tajuk biarlah selari dengan perkembangan dunia semasa yang mensasarkan kehendak peminat dan penonton masakini yang hampir keseluruhan mengenal A..B dan C serta boleh mengira 1,2 dan 3 hingga 10 tanpa gagap. Sekurang-kurangnya hargailah usaha dan pengorbanan Syeikh Muzafar naik ke angkasa membawa biji benih di bawa turun semula ke bumi untuk dibuat eksperimen dalam makmal, sedangkan kita di makmal bersebelahan bergaduh siapa yang patut cari bini. Siapa yang menetapkan tajuk?

2. Kualiti Tok Jogho.

Seseorang Tok Jogho dinilai dari banyak sudut. Perletakan lagu, kemerduan suara, lenggok, lendik, pengawalan nafas, intonasi dan gaya persembahan. Mengikut pemerhatian hamba, Tok Jogho Sri Istana tidak berada di tahap sebenar kerana perubahan cuaca dari Tumpat ke Angkasapuri. Hawa Dingin di Tumpat memang berbeza dari Angkasapuri. Tapi perihal ini patut sudah dimaklum sejak awal lagi. Yang nyata, dia telah gagal melonjakkan apa itu tok jogho dikir barat. Yang ada hanya suara dan irama. Yang lain?? Tok Jogho Sri Arena, boleh dikatakan agak baik berbanding saingannya, dan kira layaklah ke peringkat kebangsaan walau memang sudah tabiat tok jogho ini menyanyikan lagu tanpa mengira bar dan bit muzik, yang penting tidak melanggar tempo atau ‘lete gende’.

3. Kualiti Tukang Karut.

Kelemahan yang ketara tukang karut pada malam ini ialah gagal mengawal fungsi ingatan dan tidak cekap mengawal nada. Kelemahan ini biasanya dipengaruhi oleh teknikal system bunyi namun dalam bab mengawal ingatan tidak bersangkut paut dengan objek-objek lain kecuali minda si tukang karut.

Koha, yang merangkul tukang karut terbaik…Seperti biasa membawa yengki irama yang paling ringkas supaya banyak isi yang sempat dilontar dan tanpa menggunakan banyak lengguk suara dan dapat menutup kelemahannya. Tapi masuk lagu matang, ternyata dia tetap terkial-kial mencari irama walaupun liriknya sudah masak dalam kotak hafalan. Reaksi ini memang akan disedari jika anda berpengalaman di pentas pertandingan. Masuk pusingan kedua, sedikit kecacatan mengurangkan keyakinannya apabila sahutan pertama karut ttani bercelaru antara sahutan awak-awak, tepukan, rebana dan juga gong. Hal ini jelas tergambar namun patah-patah pantun berikutnya dapat dibetulkan kembali. Dalam karut kelantan, menjadi kegemarannya untuk meratah regu lawan kerana karut inilah senjata utama dan menjadi kegemaran tukang karut produk kelantan jati. Namun patah-patah kata dan isi juga tersentuh dalam kantung yang boleh dikritik negative bila dia menyebut perkataan bahasa inggeris yang selalunya diambil berat oleh hakim-hakim rtm dalam setiap peringkat pertandingan. Memasuki fasa akhir yakni lagu wau bulan, sekali lagi koha tidak sampai tahap sebenar apabila getaran lengguk suaranya tidak segagah yang diperlukan oleh sebuah lagu wau bulan. Perletakan rangkap utama pantun juga tidak dikaitkan dengan isi rangkap susulan yang terus memberi rumusan dan penekanan pada tajuk perbahasan.

Mat Yie Kotaraya..dengan penuh yakin pada permulaannya, tapi kebolehan dan anugerah semulajadinya memang patut disyukuri setakat itu saja. Kemerduan dan kelunakan suara amat berkurangan untuk memenuhi tuntutan sempurna suara seorang tukang karut. Yengkinya tidak cukup lengguk, mungkin baginya hanya sekadar syarat. Pusingan pertama berlalu dengan penuh debaran namun tidak seteruk mana. Tapi bila masuk pusingan kedua, gangguan pada minda sudah jelas. Bila patah kata pada permulaan karut kelantan tidak mencukupi, sudah tentu rebana tidak boleh menjatuhkan hujung tanda, awak-awak tidak boleh sahut namun perkataan ‘hok aloh’ itu juga menampakkan tuding telunjuknya menghunus pada orang lain, bukan kesilapan dirinya..hehe..tapi taka pa, boleh mula sekali lagi..kira macam percubaan aje tu. Perbahasan terus berjalan, segala isi dihamburkan dengan air muka mahu menelan regu lawan tapi sayang, garang watak tidak segarang senjata kata yang berbelit berpusing arah ditempat sama dan sudah keluar isi-isi gred minda kelas ketiga di pentas teragung dikir barat itu. Masuk para terakhir, lagu wau bulan. Sekali lagi fikiran berkecamuk bila isi padat melimpahi karung mindanya. Perletakan wau bulan dengan jelas mat yie lupa lirik dan membantai apa saja terlintas dikepala. Letak ayat lain, awak-awak sahut ayat lain. Bantai sajalah, janji tak sangkut macam karut kelantan tadi.

4. Kualiti awak-awak.

Awak-awak boleh dikatakan seimbang dan hampir menepati taraf sebenar kebangsaan. Dari segi gerak tari, tidak begitu kemas dan masih ada yang seolah-olah tidak cukup latihan. Masih ada yang berlanggar sana sini, tapi lontaran vocal boleh dibanggakan. Gerak tari hanya nilai kecil dalam dikir barat, tapi tetap dikira ya abang-abang..hehe

5. Kualiti muzik.

Sebagaimana yang lepas-lepas, pemuzik boleh dikatakan seimbang dan bermain cara selamat. Rebana ibu sri arena lebih menonjol dari segi bunga dan aturan paluan manakala sri istana nampaknya lebih banyak mengawal paluan dan bermain dengan cermat. Itu semua pendekatan masing-masinglah. Walau bagaimanapun masih boleh diiktiraf.

Secara keseluruhan, bagi pendapat hamba…tidak sepatutnya hamba boleh menulis dengan panjang lebar sebegini jika diukur dengan tahap Dikir Barat Kebangsaan RTM. Tapi entahlah…apa yang berlaku, itulah jawapan pada segala kenyataan.

Tiba masa keputusan…Tukang karut terbaik, Koha dari Sri Arena..hamba seraya berkata..hakim bijak..memang sepatutnya begitu kerana kesalahan mat yie lebih besar. Pengumuman Tok Jogho terbaik, Hassan Sri Panggung dari Sri Arena..oo..memang layak..mat rodhi serak dan rendah lagunya berbanding awak-awak yang masih mendaki sampai keakhir hayat. Tiba keputusan Johan..kumpulan sri arena dinobatkan..hamba terkedu seketika..Apa ini?? Rupanya hamba masih jauh lagi tarafnya untuk menghakimi sebuah pertandingan dikir barat.Namun, hakim-hakim pada malam ini pasti ada alas-alasan yang tersendiri.Hamba yakin…

38 Responses


  1. muslih sang saka on 23 Nov 2009

    adakalanya ruang dan peluang untuk lebih terbuka demi mencapai tahap yang lebih..mungin RTM telah membenarkan semua itu,atau gimik persembahan ada perkiraan markah..atau mingkin kesalahan yang dibuat tidaklah sebesar mana di mata dan telinga hakim…mungkin..

  2. datuk d on 23 Nov 2009

    satu komen serta kritikan yang berasas serta penuh maklumat… berdasarkan artikel, ambo simpulkan bahawa, peminat dikir barat di seluruh dunia TIDAK BOLEH menjadikan pertandingan dikir barat peringkat kebangsaan anjuran RTM sebagai petunjuk prestasi SEBENAR dikir barat pada hari ini..

  3. moka on 23 Nov 2009

    mungkin mereka berangganpan buat tak elok pon dapat duit jugak… tapi kn kesian tgk awak2 sri istana, excited btul atau yakin mereka menang

  4. mafaka on 23 Nov 2009

    hahaha…pakat gomo blako..lih, panggil abe ruby lih tuh bui komen getek dlm blog nih selaku sorg hakim mlm td..
    yie..kawe pon rasa malas nak tulih dlm blog pasal dk mlm tadi sebab berat sgt…terlalu byk benda hak nak tulih, jadi malas pulok doh nak tulis..takdok angin nak nnulih…

  5. mafaka on 23 Nov 2009

    kawe nak gomo dlm blog demo jah..hehehe
    satu pertanyaan; apa kaitan india, cina, n9, suku kaum sarawak, sabah dengan pertandingan dk mlm tadi..malas nak sentuh pasal dk lagi…

  6. poktehmusa on 23 Nov 2009

    Pokteh agak sbb mereka ini selalu bercakap bahasa inggeris dlm bercinta..Sbb tu lah keluar segala perkataan inggeris semalam….

  7. arjunasukma on 23 Nov 2009

    satu malaysia…hehe..

  8. isma on 23 Nov 2009

    ha ha ha ha …
    dkir paling lucu dale setakat nih,.. final pulok tu..

  9. isma on 23 Nov 2009

    ha ha ha ha …
    dkir paling lucu setakat nih,
    final pulok tu…………..

  10. slockkere on 23 Nov 2009

    apa yang dikata oleh datuk D tu.. kawe stuju benar..

  11. datuk d on 23 Nov 2009

    @slockkere: terima kasih..

    Yang kedua, Kawe ingin mencadangkan RTM untuk DROP perkataan PERTANDINGAN dalam acara akan datang memandangkan terlalu banyak perkara yang tidak telus dalam pelaksanaan PERTANDINGAN.

    Selepas itu, TUKAR perkataan PERTANDINGAN kepada PERSEMBAHAN.. pastu bayar lah sepatutnya kalu dua puluh ribu pun dua puluh ribu sebab ramai peserta.. kawe tahu rating TV2 semale naik! Lebih daripada rancangan Zoom In..

    Harap pesanan sapai ko Penerbit tuh!

  12. snakeye on 24 Nov 2009

    ambo waso kuciwa la dengan mutu pengadilan male tuhhhh,ado ko nyo bui ko puok tu mene,bakali pesen kembung perut minum air tu pengadil,rosak seni budaya lagu tu.

  13. pokse on 24 Nov 2009

    layak ker tak layak nak iktiraf…komen lah penuh blog pun tu ajer hok buleh tgkk di pentas final..
    tok tahu laa,,mano gi..sek sek pendikir 1st class ni…

  14. pokse on 24 Nov 2009

    tahun depe saya cadang komuniti dikir barat lembah klang
    buatkan satu team..biar sampai ker final dee tunjuk kepada semua macammane
    dikir barat..yg boleh di iktiraf..yg boleh dipanggil pertandingan…
    datuk d kata…pertandingan dikir barat RTM..belom boleh di nilai prestasi sebenar…adakah tahun ni saja?? macam mane dgn yg sebelom ini..adakah sama tahap nyer…
    sedangkan sebelomni..RTM telah melahirkan beberaper
    pendikir2 terbaik..saya rasa…spt sulizi,Allahyarham abe mie,
    Abe MIE Kencana dan tak lupa juga kpd jogho hebat..spt Mejah Ana
    Amar kencana…dan juga ramai jogho hebat kelantan…

    adakah mereka2 ni..pun belum sampai standard sebenarr dikir barat???

  15. slockkere on 24 Nov 2009

    Di pentas Final kita tak boleh menjanjikan pada semua org yg setiap pasukan itu sampai ketahap standard.. serupa juga bola sepak, hebat mcm mana pun dia main sampai ketahap masuk final kaloh kena 3-1 lagu mano? adakah kita nak salah pengadilan ke? atau salah pemain.. hee hee…

  16. pokse on 24 Nov 2009

    patut berterima kasih jugok pado RTM..walopun nor jaapar byk campur tangan…tp dia jugok lah membawa dikir barat ni ke class yg tertentu..
    sehingga menjadi pilihan RTM utk di siar secara langsung…

    kita hok dok komen ni. lahh.tiap2 tahun…dok hunnga gi cokoh dok angkasa puri nuhh….

    dok g bakpo kalo RTM buat tok sedak gakk..hahaha

  17. datuk d on 24 Nov 2009

    kawe tok gi.. sebab tok sedak…

  18. pokse on 24 Nov 2009

    tok sedak keno bekki…penggiat pro mace demo..kena gi jupo demo tu..
    bg pendapat…ini hak peminat mahu….telus dan sbgnyer…kalo dok bekekoh sini tok guna…kalo buat 10 blog lagu ni..pun kalo tok sapa msej
    kpd pihak tertentu…tok guna….
    buang maso yah…harak puak penganjur ni..nyor jengok mari dale blog
    abe yie nii…kita dgn pendapat semua pihak…

    bagi saya dikir atas basar,dikir pa’de.dikir hatuk..jauh berbeza dgn dikir
    skima /pertandingan mace ni…
    cuba tgk..tok ramai tuke 2 karut buleh dikir tema..berdepan camera..
    tok leh kito nak kondem RTM begitu sekali…
    mungkin dia alasan tertentu…

    takpo la..sekali sekalo buwi peluang ko bakat bakat baru..timba
    pengalamann…
    tahun depe sedakk la tuu…hehe

  19. arjunasukma on 25 Nov 2009

    Bagi hamba, di sini adalah salah satu cara untuk bersuara bagi yang tiada kemampuan untuk merubah sesuatu ke arah yang lebih baik. Berdepan dan berbincang macamana pun, tidak akan kemana jika orang yang berkuasa hanya meletakkan suara kita di telapak kaki saja. siapalah kita…baginya..

    Menyalahkan rtm pun tidak tepat, kerana rtm tak makan nasi, tidak ada anak sekolah yang perlu dibayar yuran..hehe..soalnya, pandangan penonton dengan tahap pendikir kebangsaan Malaysia..siapa yang akui itulah kemuncak kehebatan dan taraf terbaik pendikir Malaysia tahun ini?

  20. pokse on 25 Nov 2009

    ya betul yie..rayo haji tak dok show dikir korban ker???

  21. muslih sang saka on 25 Nov 2009

    mana buleh tok salah ko rtm,tajuk tubik lambat,oghe tokdan nok ngapal lirik..naya ko matyie kotaraya,tokdan nok ngapal lirik..mugo bare aye kapong..koha pon xdok sogho sebab dok paksa nok trening…jadi ggitulah..salah rtm kena tengok jugok..

  22. muslih sang saka on 25 Nov 2009

    singapore mengilai tengok final rtm..tu nak salahkan sapo??

  23. pokse on 25 Nov 2009

    tak po dik lih …tahun depe time demo pulokkk…
    gomo wi berat….buwi singapore terbeliak mata…hehe

  24. pokse on 25 Nov 2009

    saya rasa isu RTM bagi Tema lambat ni..bukan saja berlaku..tahun ni…
    sebelom2 ni..pun sama…masa final Kebangsaan 2004..kencana putra vs merkang ..
    tukang karut di beri masa yg singkat..cuma tema utk lagu jogho di beri awal…
    kata penganjur..nak cabar tukang tukang karut profesional ni..menyampikan secara spontan..tau mau hafal hafal ….lirik..

    tapi nampak semua berjaya..kalo tukang karut betul yg layak berada di finall
    ini pengalam kami berada di final…

    ini la kreativiti tukang di cabar…kalo buwi tema..2 bulan sebelom game
    gak…sapo sapo pun buleh…

  25. slockkere on 26 Nov 2009

    sedap sgt ko dikir singapore tu.. sampai nak bagi terbeliak biji mata…??

  26. uncle dore on 26 Nov 2009

    “dilema melayu” lgu ckgu naim mungkin sesuai utk menggambarkan situasi pertandingan dikir kebangsaan loni..ore lain jale lah ke dpn, tp tgk ko final baru ni napok supo jale alah blake semula…
    malu ambo raso dgn kualiti hok dipersembahkan mlm final baru ni..
    bola malaysia pun lagu tu jgk(kecuali red warrior)..FAM ni supo jah dgn NorJakpar..dimanakah slogan anda wahai NorJakpar utk memartabatkan dikir barat di malaysia ni..shame on you!!!!!

  27. JaTabuh Pusaka on 26 Nov 2009

    semakin suram dikir akhir rtm..pihak berwajib pantau dan kaji..orang pahang dengar dan tengok sendiri..main tempat kenduri lebih baik,budak teknik berdikir bertanding first class…harap tiada rasuah dlm pemilihan diseparuh akhir..hairan kome,sebab yang g akhir berdikir macam orang baru belajar….orang pahang pun dah reti menilai dikir barat…menghulu ke sungai pahang….koi,ja tabuh pusaka…

  28. jemie kebah on 29 Nov 2009

    ambo cuma nok royat so jah. kalu setaro tu dikir barat hok kata nak pakat jago bo lah. meme takoho x bermutu. RTM x berfungsi terutama sekali Kementarian hak terlibat. Hakim hak menghakimi sejak dari saringan sapa ko akhir meme x telus ataupun x tahu gapo satu pasal dikir harap hakim pilih sediri gapo hak sepatut bagi dio. pa pulok xdok tindakan lansung dar9i Pendikir dale menangani isu dikir barat hok nok koho punah nih. pah ore dikir pulak termasuk ambo bo la jadi ore dikir kalu koho dikir koho punah seni.harap ambik maklum belako. dikir dipertandingkan bukan utk nk jadi glamor. buke nak cari pitih tapu untuk nak jaga seni tapi kalu x pehe jugak bo la malu kore.

  29. arjunasukma on 30 Nov 2009

    dikir barat hmene kita..seni kita..mulut kata nak berhenti..tapi selama mana tahan..dan cara nak berhenti kerana kecewa..rasanya tidak menepati dasar perjuangan.mungkin ada cara lain yang lebih sesuai.

    takkan semudah itu untuk rebah…bangun wahai rakan seperjuangan..

  30. Lokanbertepuk on 01 Dec 2009

    mulut kata nk berhenti…hati kata nak lagi..
    tu yg jadi kepanasan tuh..

  31. arjunasukma on 01 Dec 2009

    kalu bahasa ore tua dia panggil ‘sesaran’..hehe

  32. jali bunga raya on 02 Dec 2009

    .gomo kelate gomo

  33. jali bunga raya on 02 Dec 2009

    abe yie 2,,,lepas dah raya haji.tp nak ucap selamat hari raya haji..sibuk gan shuting filem baru ni,,,xde nak ucap2……..

  34. arjunasukma on 03 Dec 2009

    aaa…artis mana ni??apa pun ..selamat hari raya jugak..

  35. pangeran on 03 Dec 2009

    salam nak tanya.. apa tajuk lagu pembukaan pertandingan akhir dikirbarat kebangsaan 2009 malm tu ye.. yg ada unsur2 hip hop tu..

    plsss…… emailkan kat sy tajuk lagu tuersebut di qalammuzaqil@yahoo.com

  36. muslih sang saka on 07 Dec 2009

    di klate mereka yang menang dijulang sebangai pahlawan seni budaya yang agung..wajarkah??

  37. poksu erot on 07 Dec 2009

    bagi yang menang mungkin pengajaran bagi mereka cara mana mereka menang

  38. arjunasukma on 08 Dec 2009

    araklah panji-panji menjulang itu…menjadi kebanggaan cicit-cicit warisan..ahaks..


Leave your comment