Archive for December, 2009
-
Dec 27, 2009
17 CommentsBawalah daku merentasi antartika..2010
Sehingga ke hari ini, sejauh mana sumbangan kita dalam dunia dikir barat khususnya di Malaysia. Sesekali memandang kembali pada hari-hari yang berlalu, mungkin tercatat juga khidmat kita di diari seni dengan sekelumit sumbangan yang mungkin memecahkan seribu erti dalam kembara tiada noktah ini. Bagi hamba sendiri, tidaklah menggunung hasil sesebuah perjalanan jika tanpa mewujudkan sebuah...
-
Dec 23, 2009
17 CommentsMain Tteri @ Tanah Merah, Kelantan
Selepas bertungkus lumus berpenat lelah menyusur lebuh raya sekitar Lembah Klang, hujung minggu baru ni, sempat jua hamba balik menjenguk kampung halaman untuk melepaskan kepenatan dan kesibukan bekerja hakiki dan sampingan seperti yang hamba lalui seharian di sini. Peluang balik kampung ini, sempat juga hamba menjengah satu majlis ‘main tteri’. Main tteri adalah salah satu...
-
Dec 14, 2009
78 CommentsFEStKUM 2009
Semalam tanggal 13 Disember 2009, maka berlabuhlah tirai Festkum 2009. Satu festival yang cukup meriah dalam kalender kejohanan universiti Malaysia. Setelah seminggu bertungkus lumus berkongsi kesibukan dengan adik-adik yang berlari-larian dalam gelanggang yang sama, penat lelah akhirnya teroktah jua. Banyak acara yang dipertandingkan seperti Boria, Nyanyian Lagu Irama Malaysia, Muzik Akustik dan Pantun, tapi di...
