
Sehingga ke hari ini, sejauh mana sumbangan kita dalam dunia dikir barat khususnya di Malaysia. Sesekali memandang kembali pada hari-hari yang berlalu, mungkin tercatat juga khidmat kita di diari seni dengan sekelumit sumbangan yang mungkin memecahkan seribu erti dalam kembara tiada noktah ini.
Bagi hamba sendiri, tidaklah menggunung hasil sesebuah perjalanan jika tanpa mewujudkan sebuah perubahan kepada yang lebih baik. Jika tahun lepas kita hanya mampu mengumandang lagu, bertepuk tangan, memalu rebana dalam bendang padi selepas menuai, maka tahun ini kita perlu layak untuk naik ke pesisir jalan berturap untuk menjalankan tugas sebagai seorang pendikir. Jika tahun ini kita masih dalam keadaan yang sama, masih menepuk sambil menangkap pacat-pacat yang memohon sumbangan darah untuk tabung persendirian menyambung nafas, selagi itulah lagu yang kita dikirkan tidak berlagu dengan sempurna, kerana menangkap pacat itu tidak termasuk dalam rukun dikir.

Memacu perubahan bukanlah suatu kerja mudah. Ianya memerlukan pengorbanan yang cukup besar. Perihal pertama yang bakal dikorbankan adalah tabiat semulajadi kita yang telah dibentuk oleh para penggiat terdahulu. Menguis titis-titis racun ini menjadi satu tugas yang amat berat. Kita semua mungkin sudah sebati dengan hal-hal negatif dan terlalu sukar dikikis setelah menjadi darah daging yang berkekalan.
Antara titis-titis racun yang seringkali menjadi tabiat semulajadi penggiat dikir barat adalah lalai masa, lalai tanggungjawab, lalai perasaan dan lalai kawalan minda. Titis-titis ini antara salah satu penyebab utama mengapa dikir barat tidak boleh melangkah dan terbang lebih jauh. Semoga penghijrahan dan bersempena dengan kedatangan tahun 2010, eloklah kita sama-sama cuba melayangkan dikir barat ini merentasi lautan yang belum digapai sebelum ini…caranya cukup mudah jika ianya dilahirkan dengan sedikit kesedaran kita semua.

Gambar oleh dianais.com
Cikgu ambo pese.. kalu dok atah pentah jange korek idong..
masa…sesuatu yang amat mahal harganya…walau sedetik pon ia berlalu,takkan mampu kita hambat memintas kembali..untuk pendikir semua,banyak kali dah kita melihat kelewatan berlaku,teras perubahan sepatutnya bermula dari dalam diri kita..semoga dengan tahun baru 2010 ni,kita pakat hormati masa..biar maruah kita dipandang tinggi oleh semua lapisan..
perubahn ni amatlah perlu sejajar dengan kata2 perjuangan nok membawa dikir barat ke pentas lebih berprestij..
comel gambar..
yie…rebana tu dah siap eh??? hehehe…..
yg yie pegang kat gambar tu ke??
KAHKAHKAH…rebana lain tu..itu yang biasa-biasa saje..rebana tu dalam pembikinan..dun worry..baek punyer..hehe
assalamualaikum..comel gambar datuk D, tahniah2..abeyie hok comel doh napok koho comel dalam gambar,hehe..
..syabas jugak kepada abeyie sebab tak jemu2 dengan usaha memartabatkan lagi dikir barat, usaha tangga kejayaan yie, kawe akan sokong setakat yang mampu..idea2 dari golongan2 baru yang ada lo ni semesti nya penting, hok ada idea molek tu pakat2 kongsi..kawe sendri beraso naik angin tengok Dikir Makum hari tu, ramai bakat2 baru dalam dikir barat lo ni..ore2 ngaji tinggi belako..kawe harap lepas ni walaupun dah kijo kita teruskan jugok berseni dikir ni..sumbangan puak demo ni penting..
..selamo dale dikir barat ni, kawe buleh kata kito ni dale generasi ke 4..generasi pertama geng2 TAIKO..pahtu hok muda2 sikit tapi masih PEKAT semangat kekampungan nya..pahtu masuk geng2 intelektual lepasan universiti (Abe Halim, Cikgu Sulizi, Gemulah Cikgu Naim)..pahtu hok terbaru ni puak2 kito ni laa..3 generasi sebelum ni memang ada berjuang nak penaik dikir barat tapi mungkin belum cukup, mungkin kurang sokongan, sibuk dengan tugas masing dan mungkin jugak ada yang ‘putus angin’ sebab takdak hasil, letih jah buleh..
..Tapi kawe nampak golongan hok baru2 ni semangat dia lain sikit..kawe sendiri berasa berangin balik nak mmaju dikir barat..Cuma kawe setuju dengan abeyie, kita perlu berubah, perlu relevan dengan keadaan masa hari ni..tak relevan doh kalu janji pukul 9 tapi start 10.30..tak relevan doh karut slow atau karut cepat sampai setengah jam..tak relevan doh nyanyi lagu sampai 7,8 lagu dale satu round..Istilah TV waktu puncak pukul 8, tapi kito pukul 11 baru nak ngarut yengki..ngantuk doh mata..
..Jadi ambo harap, Tahun 2010 ni tahun yang cemerlang bagi DIKIR BARAT..Wassalam
(p/s: Apa kata kita start 2010 dengan Dikir Hatuk yang lebih relevan..buat BOOM sikit..)
comel jgk idea tu yar weh..tp takut ramai lagi ore ddikir hok tok kaba berkenaan dgn benda tuh..
cepat laa buat yiee..lamo tok tgk dikir hatok nii…hehe
abe pun puah jugak tgk dikir tghri kedai abe….panah pun nak wat guano….aaiiggggghh buat la yie
tahniah yie…comel gmbar…
ambo buleh nmpak dah tu azam demo tahun baru nnti berdasarkan gmbar tu…
penuh dgn maksud tersirat ke arah mencapai visi dan misi dlm hala tuju dikir barat ni…sama2 kita pakak jaga warisan budaya hokni….
sama2 kita pakak jaga warisan budaya hokni…
Dia lari balik perat tako…azam tahun baru la tuh..
berundur bukan bererti mngaku kalah…tapi undur setapak utk persediaan bagi melakukan langkahan seterusnya….
hahaha..timbuk smace..xlih lepo..pantang klipar
kena cobek sokmo yie…adow
cantik gambar!! jual gambar ke?
kalu jual, kawe nak sekeping… lepas tu abe yie tolong saing kat atas gambar tuu skali… kalu nak promosi rebana.. kawe pun blh promosikan… heeee
chaiittt..mu wat kecik ati aku la pull..hahaha
ore rompin on the way nak ke putrajaya tahun ni… insyaAllah…