
Semalam tanggal 13 Disember 2009, maka berlabuhlah tirai Festkum 2009. Satu festival yang cukup meriah dalam kalender kejohanan universiti Malaysia. Setelah seminggu bertungkus lumus berkongsi kesibukan dengan adik-adik yang berlari-larian dalam gelanggang yang sama, penat lelah akhirnya teroktah jua.
Banyak acara yang dipertandingkan seperti Boria, Nyanyian Lagu Irama Malaysia, Muzik Akustik dan Pantun, tapi di sini hamba ingin menyentuh mengenai Dikir Barat. Perihal lain bukan bidang hamba dan hamba juga tidak mahu memandai-mandai seadanya.
Setelah berakhirnya pertandingan Dikir Barat pada 10 Disember 2009, hamba dengan penuh tekun cuba menyelinap ke dalam jiwa dan mengorek rasa setiap penggiat dikir yang menyaksikan pertandingan tersebut. Bayangan dan capaian akal penilaiannya hampir sekata…satu suara satu Malaysia. Setelah dicantum dan dirangkumkan segala pendapat dan ulasan, hamba terus melonggokkan di satu sudut minda untuk menjadi pelengkap dengan rasa naluri hamba sendiri dalam membuat penilaian ini. Apa pun, semua rasa itu hanyalah sampah sarap saja, tidak menggambarkan realiti dan hakikat di hujung pena setiap hakim yang menilai.
Setelah 2 hari berlalu maka keluarlah keputusan rasmi untuk pertandingan Dikir Barat yang mana Johan dimiliki oleh Artisukma, Universiti Kebangsaan Malaysia, Naib Johan dijejaki oleh Sutra Pawana dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan diikuti oleh Basa Diwana dari Universiti Malaya.
Dari pengamatan hamba, keputusan ini mencetus seribu persoalan antara mimpi dan sedar kerana jauh tersasar dari konsep penilaian peribadi hamba. Walau apapun kita kena sedar hieraki susunan pentas dunia…Pertama tuhan, kedua raja dan ketiga adalah hakim.
Di sini disenaraikan beberapa kesalahan yang dapat hamba perhatikan dalam pertandingan tersebut mengikut susunan takhta masing-masing :-
Tunas Warisan Artisukma, Universiti Kebangsaan Malaysia
Tok Jogho – Tok jogho UKM mempunyai suara semulajadi yang cukup merdu dan layak menerima pujian, tetapi pemilihan lagu kurang sesuai dengan kelebihan yang ada padanya. Perletakkan rangkap utama yang lebih tinggi dari rangkap susulan juga satu kesilapan dan membuatkan lagu semakin layu. Pemilihan intro yang menyerlah juga telah memalapkan lagu jogho tersebut.
Tukang Karut – Kemerduan suara tukang karut juga layak mendapat pujian. Suara yang meruncing dan tajam membantu dia melontarkan sebutan dengan jelas pada setiap ayatnya. Namun ada beberapa kesalahan ketara yang telah dilakukan. Pertama dari segi rima pantun lagu kreatif kedua. Mengikut penghayatan hamba, perletakkan rangkap utama lagu kreatif beliau berakhir dengan sebutan ‘a’ tetapi pada rangkap susulan pantunnya pada rangkap kedua berakhir dengan ‘an’. Kesilapan kedua, dalam karut kelantannya awak-awak telah sahut ayat yang lain dari sebutan dari tukang karut. Kesalahan ketiga, beliau menghentikan karutnya dengan baris pembayang, bukan pemaksud sebagaimana yang diwajibkan dalam sifat karut kelantan. Gaya yang agak ‘cool forever’ juga tidak seimbang dengan watak seorang tukang karut di pentas pertandingan. Susunan isi agak kemas tapi tidak teratur dari segi kesinambungan setiap lagu yang diolah.
Awak-awak – Awak-awak UKM agak baik dari segi suara namun tidak konsisten pada akhir persembahannya. Lagu matang kedua yang menyerlah sedikit kecelaruan dalam sahutannya. Lagu penutup juga ada menonjolkan sedikit kelemahan pada setiap sahutan pantun dan hujung baris pertama lagu penutup.
Pemuzik – Pemuzik tidak seimbang antara satu sama lain dan sekaligus menghapuskan keserasian bunyi. Pelarasan bunyi antara gong dan rebana ibu amat ketara kelemahannya. Keadaan ini langsung tidak membantu kehangatan pendikir untuk naik pada tahap sebenar. Mungkin tumpuan pada kepakaran rebana ibu diberi penekanan maka alat muzik lain jauh tertinggal. Pemain rebana ibu agak baik namun masih perlu mendalami susunan ‘bunga’ paluan bersesuaian dengan lagu.
Sutra Pawana, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Tok Jogho – Kelunakan pada suara sebenar juga boleh dibanggakan, namun ada sedikit gugup diselindung tapi terserlah pada baris pertama pantun pertama dalam lagunya. Tapi dari segi kelendikkan dan cermat menyambut dan menghantar lagu layak mendapat pujian. Tapi jika diukur aura suara semulajadi, ada sedikit kekurangan jika tok jogho UKM juga berada pada tahap sebenar dirinya.
Tukang karut – Tukang karut ini juga layak mendapat pujian. Kemerduan suara agak serata dengan pemilik pingat yang lain namun kelebihan agak ketara pada ‘kejantanan’ suaranya. Keyakinan dan perwatakan agak menyerlah pada beliau banyak membantu pendikir yang lain. Namun kesilapan tetap ada. Dalam lagu matang kedua, beliau telah meletakkan nada agak tinggi, awak-awak masih mampu tapi pantunnya agak tercekik dan ada sedikit tidak sempurna pada lagu tersebut. Tapi perletakkan lagu penutup menjadi penawar kelemahannya kerana berjaya dialunkan dengan cukup dari segi harkat dan lenggoknya. Susunan isi beliau agak kemas dan menyeluruh berbanding tukang karut lain.
Awak-awak – Awak-awak agak seimbang dengan kumpulan yang menang tetapi perihal sama juga terjadi pada lagu penutup. Hujung baris pertama lagu penutup agak tidak selesa seperti kumpulan johan dan ketiga. Mungkin nada tinggi diperlukan oleh tukang karut untuk lagu penutup demi mengimbangi lagu-lagu sebelumnya supaya tahap kawalan nada tidak melesukan graf dan momentum persembahan.
Pemuzik – Bunyi dan kombinasi antara alat muzik agak serasi. Pemuzik juga agak cermat pada permulaan persembahan, tapi ada sedikit ‘terkehel’ dalam paluan lagu jogho. Tanpa kesilapan ini, pemuzik boleh dianggap sempurna sepenuhnya.
Basa Diwana, Universiti Malaya
Tok Jogho – Kemerduan dan ‘kejantanan’ suaranya juga layak mendapat pujian dan amat sesuai untuk seorang tok jogho dikir. Tapi sayang, lenggok hujung pada setiap ayat tidak disempurnakan sepenuhnya. Mungkin penghayatan lagu jogho belum sampai pada dasar jiwa tok jogho ini.
Tukang karut – Susunan lagu yang agak teliti berjaya menyerlah identiti dan kebolehan semulajadi tukang karut ini. Susunan lagu dan irama yang memang sesuai dengan lenggok suaranya berjaya melengkapkan setiap lagunya dengan sempurna. Jika percaturan lagu tidak kena, tukang karut ini tidak akan menyerlah sebegitu kerana kemerduaan suara sebenar sedikit kurang dari tukang karut di atas. Cuma dari segi ‘kejantanan’ suaranya, beliau masih berjaya mengekori tukang karut UIA. Susunan isi agak kemas dan mengambil pendekatan ‘suap terus’ untuk santapan juri dan penonton menjadi strateginya memancing perhatian khalayak.
Awak-awak – Awak-awak kumpulan ini agak menyerlah dan cukup hangat jika penilaian berpandukan graf persembahan. Suara yang agak tajam dan tepukan yang nyaring dan garing memberi kelebihan pada awak-awak ini. Namun penyakit yang sama dengan pemenang yang lain masih melanda. Kurang sempurna pada hujung baris pertama lagu penutup.
Pemuzik – Pemuzik kumpulan ini boleh dikategorikan sebagai sempurna berbanding kumpulan lain. Susunan bunga paluan, penghayatan bunyi dalam lagu dan keserasian antara alat muzik cukup menarik. Pemuzik ini juga anyak membantu ‘kegalokan’ tukang karutnya.
Itulah serba sedikit ulasan berpandukan pemerhatian hamba yang serba kekurangan tapi rasa bersalah jika tidak mengeluarkan rasa hati berlandaskan sebuah kejujuran paksi naluri bersandarkan realiti. Apa pun, kesimpulannya hamba masih banyak perlu belajar menilai sebuah pertandingan dikir barat kerana berdasarkan penilaian ini, keputusannya jauh tersasar…
Guru ku…aku masih lagi terkial di pelantar kerdil ini, tatkala jerung nafsu meliar melibas ekor mengasah taring mengejar takhta berkilauan di persada. Namun aku masih bangga kau mengajar aku mengasuh seketul darah beku dalam jasad. Bersoraklah dengan penuh girang kerana ke’jaya’an…maruah hanya di tapak sepatu, yang pasti tiada siapa memandang, hanya hati sendiri yang bisa memahami siapa kita.
arjunasukma@abeyie


pada pengamatan ambo lah…hok abe yie napok nih sememangnya semua penggiat dikir barat lembah klang lain pon napok…penilaian yang sama pada malam itu…namun,tiba-tiba satu anjakan yang berbalik arah langsung menjadi igauan ngeri pendikir2 berpengalaman seperti abe yie…apa yang mereka katakan semuanya tidak menjadi kenyataan…kalau abe yie dan yang lain2 salah menilai lagi,ambo sebagai oghe baru dale bide nih lagi lah bodohnya…
bukan nak kate ape… tapi kita sama2 tahu kot nape UKM yg menang dikir barat.. walaupun semua org tau yg dorg kalau ikutkan x layak menang pun.. ada lagi kumpulan lain yang lebih layak menang.. tapi nk buat camne?? keputusan di tangan hakim dan mereka2 yg NAK sangat MENANG walau dengan APA CARA sekalipun
so, ayu nak kata hakim yang salah? uihh… harap2 mintak jauh lahh.. hakim2 biasanya adalah seseorang yang berpengalaman dan mempunyai sifat adil dalam setiap penilaiannya..
Banyak kali dah masalah sama berlaku..Masalah PENGADILAN..Jalan selesai dia senang tapi taktau praktikal atau dak,kawe rasa praktikal..Untuk pertandingan2 hok lepas ni, jemput RAMAI pengadil yang berkebolehan dan berpengalaman..Paling sikit pun 7 orang…Bagus lagi kalau 9 orang..Lepas tu penilaian boleh base on sistem PEMARKAHAN tapi keputusan akhir berdasarkan pada SISTEM AGGREGAT..Seorang dua pengadil mungkin boleh dipengaruhi tapi untuk mempengaruhi 9 orang pengadil kawe rasa agak SUSAH, dan sistem aggregat akan menghapuskan sikap BIASED sesetengah pengadil..Dan yang lebih penting, hakim sendiri WAJIB hadir pada masa keputusan yang telah disahkan diumumkan..Senang nak kecek kiro, nak bui penampar pun mudoh kalu nampak HAKIM tu berat telajak..Itu lah cadangan Abeyar sikit sebanyak..Wassalam
mungkin buke masaloh pengadilan… tapi masaloh maso..smuo kumpln dikir brat abes btanding 10hb mlm, tapi result dihold utk diumumkan hampir 3ari…13hb bru umum… kerano maso 3ari 2 la, result 2 jadi bruboh..dakwat pen hok juri guno utk tulis markah 2 xbrapo molek kalih…lepah 3ari, jadi tuka kok lain…
allah maha tahu..
pd pndpat sy….laen kali, pengadil kna ryk slaluh mrkah brapo n trus komen…supo dale realiti show dale tb..kito blh thu staro mno mrkah hk juri bui n nilai sdri..ni gak, kputusan peram dulu 2 ari..pise msk jd buruk kalu sipe byk ari..sy ni ore baru dale dikir…tp bg sy, male 2 um n uia jauh lbh gah drp ukm..
kalau di ikutkan percaturan atau permarkahan pada pertandingan hari tu, no. 1 uiam, 2. um, 3. utm, 4. ukm. Kenapa utm tidak layak mendapat nombor? hal ini kerana nama utm kurang menyerlah berbanding 3 pasukan ini dan juga membuat persembahan pada sebelah petang. walaubagaimanapun, utm layak sebaris dengan uiam dan um. ukm tidak tersenarai pada tahun ini….bagi muzik pula, ums agak lebih menonjol dan sangat kemas berbanding upsi. kenapa upsi dapat muzik terbaik? itu juga menjadi persoalan. ums langsung x dpt sebarang pingat….mungkin juri itu lebih teliti berbanding kami sebagai penonton…
secara keseluruhannya, pertandingan dikir barat makum pada tahun ini agak bercelaru dari segi pengadilan.
kitaro gak nok buwi penapar selalu….hahaha
gomo la kot mano mano pun..lepas ni dikir barat kena buat undian sms
tak payoh pakai hakim…hok ore ramai kato sedak…itulah pemenangg
trimo kasih pado abe yie kito 2, hok lemoh samo2 kito tolong wak bekal tahun depe pulok, hok mene hok kaloh pakat perkemah molek jentero masing2 biar tahun depe juri deme 3 hari nok buleh ko wat keputuse, hok mene keno Istighfar molek mungkin ni 1 ujian dari ALLAH yg xdop rezeki tahun ni mungkin 1 hikmah kito bersamo, mene kaloh ni 1 ujian dari ALLAH, kalu kito tidok redho gak denga keadaae ni gak maknonyor kito blago nga kehendok Diolah ko guanow? abe lie buke nok ceramoh tapi nk pese kito pakat pege molek nikmat sogho sedak, panda main gende apo sumo 2 kito wak molek… jange dok baloh2 pasa ni malu kito sebagai ore klate yang kayo denga adat rese de budayo… samo2 kito kening,deneh!
ambo dr utm cukup terkile denga kputusan 2….mgkin dsebabkn utm pd sesi petang mbuatkn x ckup mnyerlah spertimano abe moka kito royak… tp nk wat guana doh. ambo terima la bia berat ckit pom….
terima kasih pada pengkritik2 di atas..
hamba..telah dimaklumkan oleh megat nordin..”semua kumpulan yang terbaik tu sebenarnya satu taraf sahaja..ada lebih ada kurang..kalau ada keputusan seri dalam dikir barat..kelima-lima kumpulan ini seri sahaja..tapi sebagai melengkapkan syarat terpaksa letak nombor jugak la..jadi, yang johan tak payah nak berbangga, yang kalah tak payah nak sedih, itu hakikatnya”….kata abang megat nordin secara langsung ke telinga hamba..
Jadi, harap semua antara kita bertenang dan bersabar..DAN yang paling penting, jangan ada hok bkecek hagah atas sebuah kemenangan ini..kena sedar hakikat getek..
assalamualaikum kepada semua peliwat-peliwat laman web ni dan pengomen-pengomen sek sek star (starbun) kawe pun ada mengikuti jugok pertandingan dikir barat makum kali ini. walau kawe duk jauh (sabah la katakan), kawe tetap tahu. Berdasarkan ulasan yang diberikan oleh saudara arjunasukma itu, kawe sokong atas dasar profesionalisme dan pengalaman seluas cekarawala saudara dalam dikir barat. tapi yang dalam bab komen-memgomen yang diberikan oleh pacal-pacal dalam ni ni kawe tak berapa setuju. lantaklah puak demo kata kawe tak layak komen tapi kawe tengok puak ni duk komen atas dasar ‘mereka yang kecewa kerana tidak dapat bergelar juara”. Sebab yang jadi hakim male tu semua yang profesional. JAdi gak, terimalah apa jua keputusan juri dengan redha. bersyukurlah.. tahun depan cuba lagi. jangan duk ikut sangat hati yang cemburu dan hasad dengki. kita kita ingat, sebaik-baik kita, sebagus mana pun kita, tidak semestinya kita sempurna. ada juga cacat dan cela dan tempangnya. dan kalau orang lain tu buruk, percayalah ,masih ada jugak kecantikan, kebaikan dalam diri mereka. so kesimpulannya, terima sajalah.. Jangan kerana terlalu nak mengejar juara dan glamour, kita duk koya sorang (perasan sorang2) yang kita dah hebat. profesionallah sikit kalau puak demo benar-benar penggiat seni yang ikhlas tanpa mencari keuntungan (atas penjualan cd).. sekian dari kawe dan kawe mengharapkan koman balas.
Yang benar,
saudara nate (nanti kawe tukar nama kepada (kacang walnut)
wsalam…
nate…kawe ada sikit nak ssuka pada tulisan demo..nak napok wajah dah kan tu sapo dia demo..hehe..jgn dok bubuh sedap sangat alah kok re ni..kita staro mana?..pacal nah dih..peliwat lagi..mu hok mula dulu bkecek hudoh ni..dan ko puak ni bkembur la..haha..ambo tak masuk capur..wat geli jah bbaloh nga budak2..hehe
Ingat..Klang nga Ampang tak jauh mana..ambo malas royak jah mu dok mmano..lama budak2 ni pakat gi pitah..nyanyo..hehe
adui, tu puak ni.. sikit2 nak baloh.. tak tahan nak suruh puak-puak mari. bakpo demo sendiri mari nyo. so samo so ngan kawe. ha ha
geli ko penakut? ha ha. adui.. kelakar la demo ni yie, geli konon. guano marah kawe komen? bekalis betul hak kawe komen. tu mesti duk hello ko budak-budak demo suruh mari back-up dalam ruangan komen ni. tengoklah, male ni penuh pakat duk back-up demo. parok sgguh, ore komen molek doh padahal. kira kawe puji jugok demo, tapi maroh lagi. ha ha. bakalih nok ore jilat jubo baru demo suka. ha ha.
pah mu ingat aku tak tahu ko rumah mu mana? ha ha
ore komen muga benda sungguh.. tidok puak demo duk pakat marah2 kan? kita kalu etul2 pennggiat seni, berilah komen hok cerdik, ni pakat duk maroh kata pengadil beronar la, macam2. adui, tu yang kawe seronok bermain ngan puak demo.
kawe ni tak berani lawe sek demo. mugo demo ore gedebe. kawe rasa paut tukar la,,jgn wak dikir barat lagi, tapi puak demo buat persatuan boxing ko, tomoi ko, mugo kan sek demo tubuh keras belako, urat dawai, tule besi, isi titanium tungsten. yang aku tak tahannya, siap ugut aku lagi tu. ha haha ha haha harta harun
begomo gihh….
so yah kawe setuju dale nih…dgn kata megar nordin…tuu
setiap pasukan ado buruk baik…yg layak menang..menang laa..
secara profesional…jange taksub pado puok sediri..itu ajerr
ni no telefon ambo..013-3394000..male ni ada di kawasan pata dale..mari la make tea..hehe..banyak kali dah adik2 amo wi peluang ni, tapi saye atas diri demo..nak bakit bako takut kasar..hehe
nate,
demo ni kalu berani acu royat nama sebenar….
kalau no munoh ko ore rama x payah la….
loni buke masalah taksub ko puak sediri….
keputuse dikir barat makum tahun ni meme teruk……
hak plg ketara iala rima lagu mate x keno…mu tahu ko rima nate….kalu x tahu jange bekecek dikir barat….cane palu x keno a tahu kuano halo puak UPSI aku ulang sini UPSI palu cane x keno….blh muzik terbaik….kalu mu x tahu x soh mari dok kube sini lah malu kokre…..
xsoh dok bbaloh nga budak la abe lan..bare xsapa darjat nk bbaloh pasal hukum dikir ni..putik benar lagi ni..wi gambar unta pun eja xpandai lagi ni..C.A bbunyi UN…M.E.L bbunyi TA…UNTA..pesen ni nih..hehe..kita bkecek bahasa ringan jah sene..mudah skit dia nak paham..kesian ko otak budak dok paksa2..lama isim kan..
ginilah kita pakat jupo pantai dalam la mlm ni nate..aku x duduk alik mana2, cuma nak tgk mu setaro mana nate..agah mri nk kecek dalam ni teh…. mu ingat mu tu setaro mana, x lama dah tuh…. kita beradu sama jate
buke kito abe lee..hehe…kito tok masuk sek mano mano…
nate ni mulut hudohhh…..gomo gihhhh
nate kembali membackup puok2 dia hok mene secara kotor ko?? hahaha…asal ukm rupanya dia nih…patot la agasss…
Apa yang diutarakan serta dikritik oleh Abe Yi itu adalah kemas dan betul…SETIAP PASUKAN ADA KESILAPAN MASING-MASING…namun, pasukan yang melakukan kesalahan secara ketara xsepatutnya menjadi pemenang pada malam itu…jgn sabitkan pada rezeki…niat tetap tidak menghalalkan cara…pada ambo lah…
Walau apapun pada saya pertandingan dikir barat inter ipta pada kali ini amat membrangsangkan dari segi mutu persembahannya..cuma dari segi mutu penganjuran semakin tidak profesional apabila keputusan pengadilan diumumkan lewat dan dirahsiakan terlebih dahulu. Keadaan ini boleh menimbulkan syak wasangka yang mana sering bermain di dalam fikiran setiap pasukan yang semestinya datang inginkan kemenangan. Kemungkinan juga akan ada tangan2 ghaib yang akan mencelah mengubah keputusan..manalah kita tahu kan…Kepada pasukan yang menang TAHNIAH diucapkan dan semestinya mereka berpuas hati kerana menang walaupun pada hakikatnya apa yang dilakukan adalah silap dan salah dari segi asasnya..
Kepada mereka yang menang letakkan diri anda di tempat ‘mereka yang kalah ‘ dan bermuhasabahlah kerana apa mungkin apa yang di huru hara kan itu adalah sebetulnya terjadi…tengok balik video persembahan yang mungkin ada di kalangan kita yang merakamkannya..kaji betul2…kita sendiri pun boleh menjadi hakim sekiranya ada kesilapan yang jelas di pertontonkan. Dan sekiranya betul apa yang digegangkan itu maka tak ada cara lain lagi…akuinya, dan yang penting terima dan ubahlah supaya pada masa akan datang kita tidak lagi melakukan perkara yang sama.
Kontroversi yang berlaku sebenarnya mematangkan kita dalam memartabatkan seni budaya, bukannya menjadikan kita insan yang hina yang cuba untuk menegakkan benang yang basah..sesungguhnya itu adalah satu contoh perangai yang x elok. Ayuh kita sama-sama berjuang memartabatkan seni budaya kelantan kita.
bagi pasukan yang kalah diharap dapat memperbaiki lagi mutu persembahan supaya tidak ada kesilapan lagi yang akan diulangi pada masa-masa akan datang. Supaya orang tokleh nok tek nah….
klu kaloh pom bia ore tahu staro mano…bia puah hati lagi lagi lagi…
dua rangkap pantun lama jadi pedoman untuk rakan-rakan semua….
Buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan..
tangkap si ikan haruan,
dapat si ikan keli,
kalau salah haluan,
panggil tok guru belajarlah lagi…
kepada nate mari jupo ambo male ni di kedai abe le pata dale…
alahai kenapalah boleh jadi macam ni, kita sama-sama pejuang dikir barat tanah air, so kenapa sampai nak gaduh sampai macam ni, rugilah anak bangsa kita gaduh kerana seni dikir barat…
perjuangan tu ada dua abe lie
1) nak penaik seni
2) nok kkerah perut pedal sediri..
kira ambik la hok mana2 kena atah ppalo..
Sapo sapo pn bulih bui pandangan berkenaan dgn yg terjadi mlm baru ni,
baik peserta sendiri atau penonton yg menonton..
Bagi ambo, komen atau pandangan yg dilontarkan itu biarlah secara jujur, ikhlas. Cuba elak dari memberi komen dlm keaadaan emosi, iri hati, riak dsb. Peserta dan penonton yg ada di situ pada mlm itu saja yg dapat menilai sejauh mana kebenarannya. Kadang2 oleh kerana dipengaruhi oleh perasaan tertentu maka kita terpaksa menulis apa yg tidak sepatutnya, seolah2 hendak menegak benang basah, sedangkan dlm hati bersih kita sebenarnya tidak berkata demikian..
Ambo takleh nk bui komen sbb tidak g tgk mlm tu…
bakpo la mutu dikir kito koho slow n xdok seri…baru ni kebangsaan po ciss..ni peringkat IPT pulok..nyo jakit habis doh sindrom ni…nasib dikir…gapo2 pun Ukm meme xsedap lansung…po ciss!!
pelik la… (tak pelik pon sebenarnye)
bila UKM menang dikir barat, ada orang kata sebenarnye tak layak
bile UPM menang boria, ada gak suara ckap tak patot menang
ini kan pertandingan?
bukan dinilai dari apa yang kita nampak atau dengar.
ada lagi bende2 yang dinilai dr aspek bukan fizikal. lirik sebagai contoh.
pasal kaedah mendapatkan kemenangan oleh ukm itu, pon pelik jugak.
setiap kali ada pertandingan kebudayaan kat mana2 pon, ada je tuduhan camtu.
so kalau betol ada, buatla report. supaya next time die takleh buat taik lagi.
aku pon sedar, walau tak tau pape pasal ikir barat, yang ukm bukan la pasukan paling terbaik antara semua. so kepada pasukan lain, u have all the time and rights to be the best and better utk tahun depan atau mana2 pertandingan lepas ni.
kalo betol ukm x layak menang, buktikan lepas ni dlm pertandingan2 akan datng, dengan semangat pertandingan yang positif. dan kita harus terima hakikat bahawa susah nak puaskan hati semua orang dlm pertandingan bersifat subjektif camni. banyak aspek diambil kira. dinilai oleh individu2 pula.
kalau bola sepak senang la. malaysia 3 – laos 1, tetap la malaysia 3 – laos 1.
hehehe…..
Yie,
..telah dimaklumkan oleh megat nordin..”semua kumpulan yang terbaik tu sebenarnya satu taraf sahaja..ada lebih ada kurang..kalau ada keputusan seri dalam dikir barat..kelima-lima kumpulan ini seri sahaja..tapi sebagai melengkapkan syarat terpaksa letak nombor jugak la..
Pada pendapat azam.
Kalau sampai 5 kumpulan markah seri rasanya skima permarkahan nak kena ubah.
Sebagai hakim pun pening jugak kalau nak kena pilih.
Cuba Yie fikirkan sejenak.
Mungkin perkara sebegini boleh dielakkan.
Kelima-lima kumpulan tu markahnya seri semua…
Tp untuk nk bagi johan, kenalah utamakan pakaian yg berseri-seri..
aga-agak jah ni..hehehe
pakaian tak bleh kertawila..sebab sudah ade dlm skim pemarkahan…
nok dikir setaro mano lagi la nok bulih ko mene bokalis…kalau payoh2 baik buwi unimap mene male tuh x dok la raso terkilan…..haih..x leh doh pakai sistem juri nie,keno wat sistem juri sms doh..haha…raso x dok mood nok masuk tanding lagi ginie..tanding mano2 tetap masalah serupo yang timbul..bak kato BOB untuk sedak hati x polah uia ngan um mene di hati peminat..hahaha..UKM tuh,mari la sekali sekalo main pade wei..mugo puok demo johan takkan x sudi main dengan kami ni kelas tamada…kalau nok bersurat gak kito ejah surat wie ko pegawai demo tuh…samo2 kita belajar seni dikir barat tradisonal nie..seronok wei..buleh ramai saing kenal sket org,pahe skit dikit barat tuh dengan org lamo..jgnlah jadi macam katok dale telago..teringat dan tergiang2 lagi di telinga hambo,ado org kato kito nie dikir doh la tok sedak pastuh tok leh terimo kekalahan..hai..nok tengok sekali sek sedak main pade..ko lagumano..
kalau lah betul hakim kata 5 kumpulan telah membuat persembahan yg sukar utk diputuskan siapa pemenang, maknanya toklih jadi hakim lagi kalu lagu tuh..
satu perkara yang sgt penting selepas sesuatu pertandingan adalah ulasan drp hakim mengenai pertandingan tersebut/sesi soal jawab dgn hakim. biar diterangkan apakah kekurangan atau sebaliknya sesebuah persembahan supaya senang utk baikpulih dimasa2 depan. apabila hakim tidak diberi peluang/tak mahu utk membuat ulasan, pasti ada berbagai perkara yg kita tidak ingini akan berlaku/ada sesuatu dalam genggaman tangan seseorg yg dikilas di belakang.
mungkin satu masa nanti yie kastam akan berusaha utk menemubual hakim dan mengambil segala ulasan2 dari hakim2 mengenai pertandingan dikir barat tahun ni utk dihuraikan di sini dgn bukti2 yg kukuh.
ukm ore ajok hatuk ni nge puok demo..
baru ni hatuk nga bira lokang x serik lagi ko….
cam doh la sapo kertawila..hehe..xsedak hatuk nga bira lokang…xmelawan mano..kalu nge UKM blh kot..hahaha
bira lokang x melawan pn tak apo lah…buleh jd johan jgk..
hok melawan masuk spital…hehehe
pahtu ukm guano cerito..
ramai nok tengok puok demo main pade nih….
kato tok jogho demop sedak doh..tuke karut pon sedak..
tamboh awok2 sedak pulok..pahtu tokke takot lagi nok main pade..
tok rok kalu gituh..kito gi hatok suko2 jah..ko lagu mano…
demo tok soh rusing..buke pakai baju comey demo tuh..paka baju pagoda jah…hehehe….lamo doh dok tunggu nok hatok dengan ukm nih…
tapi tok menyahut ore ajok..
UKM tu .. bowok2 la saing nga oghe getek.. tahu laa puak demo back up kemah.. mentang2 lah Pentadbiran UKM tu peneraju kegiatan kebudayaan utama.. takkan nok ‘jack’ gituh.. demo ingat laa getek.. seksok demo abih ngaji nok gi ngadu ssapo.. UKM tok tulung doh demo.. caya kawe la..
Adakah kita berdikir untuk menang semata2? Mana hilang hasrat asal untuk memartabatkan seni budaya titih pusaka ayah bonda yang mersik merdunya dialunkan dalam irama Wau Bulan? Jahanam habis dek gelora nafsu membadai bahtera kemashyuran.. Atau inikah hakikat semua pendikir? Hanya hebat mengalunkan lagu tanpa menghayati maksud sebenar lagu tersebut?
Berpijak di bumi yang nyata, jika ini hakikat perjuangan penggiat dikir barat , nescaya seni dikir barat akan menjadi satu epidemik ngeri buat generasi baru kelak. Sama2 kita pusarakan dikir barat demi masa depan generasi baru..Ini lagi baik..
p/s : Penulis juga berada di pihak yang kononnya teraniaya, tapi boleh menerima kenyataan……
masuk spital la baru anok jante…hehe..setakat duk main kok dale rumoh sediri xsohor..tubik2 la saing nge ore bedikir lain..lamo kan ore kato mene pun syok sediri jah..
[...] “Dari pengamatan hamba, keputusan ini mencetus seribu persoalan antara mimpi dan sedar kerana jauh tersasar dari konsep penilaian peribadi hamba. Walau apapun kita kena sedar hieraki susunan pentas dunia…Pertama tuhan, kedua raja dan ketiga adalah hakim“ – Akademi Arjunasukma [...]
Kawe rasa kategori busana terbaik tok wajar doh dipertandingkan..Patut ganti dgn kategori awak2 terbaik..Pah bilo ukm menang doh duk pakai busana sama sejak dari makum 07, ado bekas kekoh ke anai2 doh kalu g tgk dekat kostume pok dio..haha.. Doh la kalo nok wat busana hok menggiurkan kena ada pitis banyok.. Tak patut2!
p/s : Kalo ado kategori ‘busana segar dari ladang’ , pok kawe la menang..Kain bau kamdar lagi.haha..
siapa yang menjahanamkan seni?dalam skop yg kita bincangkan sekarang..adakah penulis atau para pengkritik/pengunjung di sini?
ada ore pandai kritik jah abe yie..dio xtau gapo sumbangan abe yie n penggiat dikir lembah klang yg lain utk memartabatkan seni dikir barat ni..pandai bekecek jah la..
Assalamualaikum semua..kawe sebenarnya nak tunggu komen seterusnya dari saudara NATE,tapi sayang nyo..TUNGGU TUNGGU TAKDOK, TAK TAHU NYO GI KEMANO, TADI DENGAR BUNYI NYALAK, TAKDAK TUAN TAPI SORA SAJA, NAMPAK NIAT PUN TAK COMEL JUGOK, NAK PROVOKE ORANG JAH KIJO, JENIS PENAKUT LAGU NI MEME BANYOK, KITA BIARKAN DIA DENGAN LABU2 NYA…
..abe yar nak sambung sikit..tak panjang..ramai lagi ore tak faham makna perjuangan..bukan nya nak cari kemenangan saja tapi dalam masa yang sama nak ada KEADILAN..nak KETELUSAN..banyak komen yang tak puas hati lahir sebab DUA benda ni SAMAR2..tak nampak..macam kata MAFAKA, dalam hal ni peranan HAKIM tu penting dan besar..bukan just suka2 jadi hakim,dapat duit pahtu balik..pahtu sebab malas nak cerita panjang maka kuar lah ayat..SEMUA KUMPULAN SERI…ayat CLICHE’ yang selalu kita dengar di mana2 pertandingan..Tanggungjawab HAKIM besar, dan tugas HAKIM memperjelaskan apa yang SEPATUTNYA..supaya SAMAR2 boleh jadi TERANG..puah hati sikit budak2..
..saya nak tanya kenapa majoriti yang menyokong pejuangan tok janggut,mat kilau,datuk bahaman,anwar ibrahim(iklan sikit)?..demo tu berjuang untuk keadilan,sebab rasa tertindas,teraniaya..sebab apa kita sokong? sebab kita duk di TENGAH2..kita nampak apa yang baik dan apa yang tak baik..samalah dari segi dikir FESKUM kali ini,letak diri ada di tengah2 lepas tu tengok halus2 dan mungkin anda akan faham dari mana lahir rasa tidak puas hati ni..kalu kita tau dan kita nampak benda yang tak betul tapi kita diam saja,sampai bila2 pun benda tu tak akan jadi betul..salah satu cara nak bui betul adalah dengan MENYUARAKAN apa yang tak betul..
..Jangan salah faham dengan suara2 tak puas hati ni, sebab semua sayang dengan DIKIR BARAT la sebab tu la jadi lagu ni..sebab nak menyelamatkan dikir barat dari terkubur la kita macam ni..abe yie, mafaka, moka dan ramai lagi tu walaupun masih muda tapi lamo doh terlibat dengan dikir barat ni..dan sekarang ni demo ni rancak mencari jalan nak memajukan lagi dikir barat..jangan salah faham dengan demo ni..tapi yang kita nampak sekarang ni, PERTANDINGAN lah yang SEDIKIT SEBANYAK MENGUBURKAN DIKIR BARAT..
..nak abih doh ni, harapan kawe , yang menang tu bersyukur dengan nikmat yang diberi, ingat bila ada kat atas takleh gi lain doh, hanya ke bawah..buktikan anda layak berada di atas..dan yang kalah jangan lemah semangat,PERJUANGAN demo bukan setakat ni..jauh lagi..dan yang penting lagi DIRI SENDIRI dan PENONTON ada PEMENANG dalam diri masing2..
..Wassalam..
Tolong betulkan kalau saya silap..Pernah ker dalam sejarah pertandingan dikir barat kategori BUSANA di beri anugerah?..Setahu saya boria dan tarian pun tak memberi anugerah untuk kategori ini,apa lagi dikir barat..tapi tolong betul la kalu saya ni silap..Wassalam
terima kasih abe yar kitaro dgn komen yg mengghairahkan.ambo pon takdok gapo skaro dah nak royak sbb kalu royak jgk, ulang benda hok sama jah..cuma yg terakhirnya adalah HAKIM dan PIHAK PENGANJUR perlulah ikhlas dalam membuat satu2 perkara tanpa ada kepentingan mana2 pihak. Sesuatu perkara kalau kita lakukan dengan ikhlas, org akan nampak/menghargainya dan mungkin tidak akan menjadi pertikaian mana2 pihak. kalau ada pon mungkin tak byk.
utk busana terbaik…dalam tarian, juri akan mengambil kira dgn warna busana yg sesuai dgn persembahan, jenis pakaian (cth baju teluk belanga/cekak musang/aksesori dll) yg bertepatan dgn jenis tarian yang dibawa. utk busana terbaik dlm dikir barat, prlulah ada kriteria yg sepatutnya sebelum dinobatkan sbg busana terbaik. namun saya rasa amat tidak sesuai sekiranya kostum dikir barat mempunyai tanjak yang berbulu(budaya mana?), selempang di bahu, kostum awak2 lebih menyerlah dari tok jogho dan t.karut dan seumpamanya. saya pon tertanya2 apakah kriteria yg hakim gunakan utk membuat penilaian mengenai busana terbaik ini…walau bagaimanapon, markah kostum tidak sepatutnya dijadikan alasan utk memberikan kemenangan kepada satu2 kumpulan dikir barat sedangkan berlambak lagi benda lain yg boleh dilihat dan diambil kira.
emmm…kita tgk hari tu, hok bene muzik terbaik tu, nga kita sedap kita lagi. ayah kita pon royak lagu tu jugok. bakpo pokcik sulizi wi ko puok dia heh? ko dia tak reti dgr? malas bbaso kita..nak g tangguk ike spila mmeta..baik belago ike ppila, payah nak main kelat..
Terima kasih saudara mafaka..Memang busana ada di kira markah nya tapi perlu kah ianya menjadi salah satu SKEMA UTAMA sehinggakan dapat mempengaruhi keputusan keseluruhan..Kalau nak di ikut skema RTM sekalipun(walaupun sekarang ni takleh di buat sebagai rujukan doh), seingat saya Pasukan Sri Pulong dengan jogho nya Saroji dan Tkg Karut nya Tuan Kob pernah jadi Johan Kebangsaan beberapa tahun yang lepas..
..Mungkin ramai yang tak ingat tapi pada masa tu, pakaian pasukan berkenaan hanyalah seluar yang seragam, baju t shirt pagoda dan kain sarung perempuan di buat sampin dan ada lah lilit kepala sikit..Saya pernah di beri kesempatan mengadili pertandingan dikir barat, dan markah untuk pakaian biasanya hanya 5 markah sahaja..
..Sebagaimana kata mafaka,perlu ada kriteria sekiranya hakim nak buat penilaian dari segi busana dikir ni..dan timbul juga persoalan, adakah HAKIM yang dilantik arif dari segi BUSANA?..begitu juga dari segi MUZIK, anugerah di beri berdasarkan apa kerana kalau tak silap saya lah, ketiga tiga HAKIM bukan PAKAR dalam segi muzik dikir barat..bukan saya kata mereka tak tau,tapi mereka bukan PAKAR..kalau HAKIM takder kredibiliti sudah tentu keputusan nya jugak akan diragui..kalu ikut mahkamah ada keraguan munasabah..renung renungkan..
..Wassalam..
betul tuh hok abe yar oyak tuh..kita igt nak gguru nga abe yar pulok main bbano dikir..tp ayah kita, gguru nga kita..hikhikhik..
Aiman tak payoh nak beguru ngan abeyar..istilah BEGURU ni nanti besar jadi tanggungjawab dia, nak kena berlimau la sembah guru laa,payoh baso..baik kita kongsi-kongsi pengalaman, lebih rilek, tak formal..sambil minum teh o ais limau rilek lagi kalu nak banding dengan berlimau..nak kena ada pulut semangat lagi,besar belanja,hehehe..lepas ni pun kalu aiman main bbano bergutuk jauh lebih sedap dari kito pun tkdak masalah..sebab kito sendiri nak dengar orang mmain bbano sedap..naik angin..kito sendiri tokleh gi mana doh, sekadar hok termampu oleh tangan dan kepala lutut jah..
nate xbaco bokalih komen2 ni..panah bokalih. gapo2 pun ambo meme nok ssuko ukm ni ssohor kes busana jah..haha
Pokteh tokdan nok mmikir wei pertandingan dikir barat jame loni…
ada setengah tu, lepas bertanding tiga hari baru tahu keputusan…
ada jgk hok pesen tiga hari lagi nok ttanding,,, keputusan tahu doh eh…
Dunia loni…menego menesio lebih untung dr menego lembu..wau!!!!
kita pakai hok abe yar je lah… komen pon lagu tu dh
baik kalah dihormati daripada mene diragui…malah bbaso dok akuh.
emmm…abe lih…kita nak main bbana ssedap masa abe lih ngarut..tp ayah kita ngarut lagi sedap…
pah ko aiman nah nih.. wey lo.. nyo main sengoti puak nih hahahahhaha
maskobi bubuh it dh rumah dia lepas dilkir di putrajaya
aiman meme kemah la….puok ukm ni xmalu ko aiman nanggung..hehe
kita stop dulu tajuk ni…ko guano?
muga pakat paham dah apa yang disampaikan dan saling ingat mengingati sesama kita. Jangan jadikan teguran dan saranan sebagai sel-sel negatif untuk merosakkan zat zat suci dalam sifat masing-masing..semoga kita beroleh kebaikan daripada segala di atas. Apa yang baik bukan dari kita secara keseluruhan dan apa yang buruk tak larat nak kutip..
slm.jnge dk baloh gak boh..
kito dale dikir ni jnge nk kiro sgt mene kaloh
hok peting smgt nk memartabat budaya kito ni.
klu mene sbgai bonus jah sbnrnyo
cuma kawe kecewa skit dale bab dikir barat loni
ado hok jenis make pitih kokse.. sapa balah sek2 dikir sbb duit samah seriya
KO GUANO ABE YIE KITO…. yo lo ko dk ambo oyk… kito arap sek2 dikir peringkt makum ni xjd lgu 2 la
ikhlas dale memperjue kn seni budaya kito…. klu dk gilo ko duit sgt… g kijo kile la boh…..
buke mksd ambo klu ad duit jnge amek tp jnge la sapa duit 2 jd nombor satu..
apo2 pn tahniah pd semo paskn hok msk tnding ari 2.. sedak2 blako dh..
tp hok paling ambo suko mso tgk dikir rama2 hok last 2
nmpk smgt satu padu semo psukn nk memartabatkn seni budaya kito ni…
slm
ambo baca skali lalu hok nate@ kace tulih nih. jadi timbul so karo dua hok muskil di benak fikiran ambo.
hok no1. nate dgn kace tu lagu mana blh ada hubungan? demo wak nas nok kacuk lagu mano tu? sini kawe napok pening doh demo nih.
yang kedua demo duk sebut juri profesional. kawe nok ssuka pon ada jugok sbb demo kata juri profesional. mmana demo nok ukur tahap profesionalism meli tupok, sulizi dgn megat??? juri hok ada male tu pada kawe tidak sapa tahap profesional penuh, klu nok sapa pon semi pro. seorg yg profesional hendaklah tahu dan arif dalam segenap segi mengenai bidang hok dia pegang. ambo bkn no pelekeh sapo2 tapi nok royak hok ambo pehe.jika juri tu professional tidak akn ada berlaku pertikaian yang mmg menampakkan bahawa juri tu tidak lsg ada kredibiliti walupon sebesar janggut udang. bkn juri hok male tu jah reti dikir nyo nate kace walnut, org hok gi tu reti blako, klu ado pon scopeng dua jah bdk hok jd jong sorak male tu tak tahu bgapo skaro. jadi kredibiliti dalam professionalism adalah sgt penting. puak hok jadi pengadil male tu ambo sdiri pon tgk napok tak brapo harap. pah bunyi wi mene kes baju, tanding dikir bkn tanding fesyen.. ko guano nate kace walnut? markah dikir tu melangkaui markah hok kecik2.. alasan tidak kukuh, org akn pertikai. demo pon tau, benda napok atah darat nate.. pikir lah ambik..
nate kata ——>”Sebab yang jadi hakim male tu semua yang profesional. JAdi gak, terimalah apa jua keputusan juri dengan redha.”
kesimpulan demo tu menunjukkan demo pasrah, hanya berserah kepada nasib.mana blh gtu.. kita kena usaha bkn tunggu bln jatuh keriba, pah loni jenih napok pitih klabu mata habih.. koho susah. takkan demo takleh pikir benda cetek gini?
hok ore duk gegey lo ni bkn pasal hasad dengki tapi pasal nyo keputusan tu tidak mencerminkan kredibiliti seorg pengadil tahap profesional dan kualiti sebenar seorg juara, kualiti tu paling penting. ambo duk igt ko stakat geng pengadil sekut tawar kerah rtm jah jenih sodok ikut dan, rupo2 nyo puak ni pon gtu jugok. ambo malas nok angkat locong jah puak klate nih, klu dan angkat locong murah benar ambo letak harga. stakat ni ada lagi malu mata ko sore dua hok duk diklate tu. demo kena napok lani org duk gegey ni sbb nyo hok tak sapa tahap blh jadi johan tiba2 cokoh jelma duk atah skali. bkn nok no 1 ko sapo2 tapi pengadilan kena buka dua2 mata baru betul. klu keceng sbelah gak senget sokmo lah.. kita nok mutu dikir barat tu naik, bkn koho jatuh. demo tak brasa malu aib ko puak dikir spore ko? puak dia blh dikir dgn sempurna comel cara2 syarat puak dia. dah lah hok dikir kebangsaan piala nor jakpar aritu hancur jahanam makan bumi dah, hok ipta pon nok punoh jugak ko? takdok maruah sungguh ore dikir di klate klu stara ni, demo hambat pitih bkn nok jaga sako org tua dok.
nate kata —->”jangan duk ikut sangat hati yang cemburu dan hasad dengki. kita kita ingat, sebaik-baik kita, sebagus mana pun kita, tidak semestinya kita sempurna. ada juga cacat dan cela dan tempangnya. dan kalau orang lain tu buruk, percayalah ,masih ada jugak kecantikan, kebaikan dalam diri mereka. so kesimpulannya, terima sajalah..”
maah lah klu bunyi kasar, klu braso gak mitak pikir bakpo kita braso.
aloh…lah gini mo lalu sek2 dikir kalu kaloh deh? pah samo diri pom nok baloh, bobolah cukup 2 minggu lebih doh pakat dok baloh dale kotox…
utk pengetahuan semua…..ukm pnh main pade tp buke di sekitar lemboh klang. puok2 ukm rajen doh hatuk dengan puok2 gagak putih dari sungai pas, kuala krai maso persatuan mahasiswa anak negeri kelate ukm buat program anok angkat di batu mengkebang kuala krai. kawe g dengar m;lm tu dan ukm lebih hebat dari puok2 gagok putih. jd kalu ada sapo2 hok kato ukm x rajin main pad adalah tidak betul.sekian……
salam, sebenarnya pado hemah kawe hok duk jadi x puah hati antara puok2 kito ni adalah terlalu banyok kaba angin yg diterima sblm keputuse diumumkan. kawe pun x berapa suko sebenarnya keputuse diumumke lewat dua hari. pada hemah kawe jugok kemungkinan besar ada di kalangan kito hok ngaku rapat dengan pihak jurilah, hok hello sendiri ko pihak jurilah padahal tidak sbenarnya. cuba pikir kalu pakat ngaku gitu hok mana satu hok betulnyoh. xkan juri akan memberikan jawapan yg lain pada setiap ore apabila ditanya. apa2 pun pakat pikir2lah puok2 kito dari menerima bulat2 berita @ kenyataan yg berbaur kepalsuan.jgn sengaja mereka cerita jika hanya mementingkan satu2 pihak shj….wassalam.
Sememangnya kemenangan itu kemungkinan sudah pun bakal diketahui,
kot2 salah sorang pengadil bekas student UKM sapa tau???
Adakah pengadil ketika itu buleh dianggap profesional jika hanya dengan banyak mengeluarkan album dikir barat?
kepado saing2 hok komen dalam nie bagi ambo apo hok abe yie kato tue mmg betul. kawe pun pendikir jugok pado male tue. pado hemat ambo persembahan UKM patut gak dapat no. tp bukelah tahap dapat johan sbb terlalu banyok mistake team diorang buat berbanding UIA, dan UM terutamanya tuke karut. jadi wlaupun benda doh lepas kito harap ianya xkan berulang lagi pada pertandingan akan datang…
“cintailah seni budaya bangsa”
pade la dulu..ko guano??hehe
berkata seseorang kepada ambo..
Nasik jadi bubur buleh make lagi.. nasik dan hangik letong nak make guana?
Kawe baru nok komen abe yie toksyey wi doh.baru nok bagi pandangan akademik.tp kawe masuk politik doh loni..ngaju doh la..biar lah
Hehe..Sblm start ni pun dah nk tergelak dah…Pape pun tahniah kepada semua pendikir yang menyertai pertandingan antara universiti ni..Sudah adat pertandingan ada menang ada kalah.Tapi,kalau sudah lari daripada skema pemarkahan memang la tak boleh nak terima kenyataan juga. Kalau main ikut dan buat Sardin je memang lagi pijak kepala la.At least, untuk next pertandingan masalah sebegini tidak akan berlaku lagi.Wassalam..
Bo lah balah,
abo cadang arjunasukma buat konsert berbayar dikir barat di stadium nasional, bukit jalil. Buat dua kategori; Satu kategori barat Kelantan (Johan vs naib johan dikir barat kebangsaan 2009). Dan satu kategori IPTA (UIAM vs UKM). Pengadil 3 orang sahaja, iaitu Halim Yazid, Cikgu Sulizi dan arjunasukma sendiri.
Buat sungguh tu.
nak buat tu ramai yang nak buat…tapi gak xlarat nak pikul lagi buat masa loni..bagi ambo masa skit dehh..
len kali ajak la UTHM skali