burung bangau

Beberapa malam yang lepas, datang seorang sahabat yang sudah lama terputus hubungan. Hampir 10 tahun kami terpisah tanpa talian. Tapi, dengan merisik khabar mulut ke mulut teman-teman seperjuangan melalui talian dikir barat, lalu bersualah kami pada suatu petang yang syahdu.

Petang itu kami berbual panjang membelek memori yang dilakar bersama suatu ketika dulu. Kisah kami bersama banyak berkisar lingkungan pentas dikir barat kerana kami dikategorikan pendikir tegar di kampung dulu. Di pertengahan perbualan, beliau menyatakan niat utamanya mencari hamba. Rupanya beliau ingin menjemput ke bangsal tempatnya berdikir. Beliau baru membuka satu kumpulan dikir barat yang dinaungi oleh orang yang agak berpengaruh di kawasan beliau. Dengan penuh bangga dan ghairah beliau bercerita mengenai sokongan penaungnya itu. Nak bangsal, dibinanya bangsal, nak Pembesar Suara dibelinya pembesar suara. Tapi di hujung keghairahan itu, sepotong ayat yang agak sedih mengiringi kebanggan itu. “Kumpulan dah lengkap, tapi orang sekeliling ada merungut bising dengan bunyi latihan dikir kami..tapi kami merayu supaya boleh beri keizinan kami berlatih..rayuan kami diterima tapi dengan syarat tak boleh bising”.

pengemis_splima

Pada suatu malam, hamba meluangkan masa menjenguk bangsal latihan tersebut. Sampai saja di perkarangan bangsal itu, sahabat hamba terus menerpa menarik narik hamba untuk naik ke bangsal kebanggaannya. Hamba minta untuk mendengar dari bawah untuk seketika. Dengan bunyi pembesar suara yang seakan-akan berbisik, tepuk dengan lemah, suara merangkak-rangkak dari halkum..sudah cukup menggambarkan bahawa kesuraman seni ku jelas terpampang dek kerana cengkaman keadaan sekeliling yang mendesak. Dengan semangat berkobar-kobar mahu berdikir, tapi suara tak boleh dikuatkan..siapa yang boleh berdikir?

Setelah 15 minit hamba di perkarangan bangsal itu, terbuka naluri untuk merasa bagaimana suasana di atas bangsal sedingin itu…tiba-tiba, seorang insan berjubah putih meluru laju ke bangsal tersebut lantas menarik kabel pembesar suara dan terus membebel secara kasar. Hamba terkedu dan terus membatalkan niat seterusnya..Cukup setakat ini, hamba tidak sampai hati meneruskan kisah ini.

Ini hanya sebahagian kisah tragis yang kami lalui..yang lain tidak kurang syahdunya. Ada yang diugut humban ke lokap, ada yang dimaki hamun kerana berpuak-puak..hanya kami mahu meneruskan seni budaya peninggalan nenek moyang dan lambang melayu pernah wujud di dunia ini. Ini sebahagian dari cabaran dan dugaan mengembangkan seni rumpun di tanah orang.

Oleh kerana sebab di atas, maka kita semua harus bersyukur tatkala kita sedang enak berdikir di tempat yang selesa, di beri perhatian setiap butir kata, setiap gerak geri, liuk lenggok..jangan persiakannya..

abeyie@arjunasukma

7 Responses


  1. moka on 15 Jan 2010

    tragisnya kisah ini

  2. pokse on 15 Jan 2010

    teruk kalo sapa setaro nihh…
    kawe raso buke di kelate…kalo di kelate…pak cik
    yg balik dari masjid pun singgahh..
    kalo di Klang Valley ni..susah sikit…kecuali..ade tempat tertutup..
    dewan dan sbgnye..baru buleh berdikir…kalo dok gomo ..kawasan
    perumahan gak…susah sikit..buke semua ore..suka mendengar dikir barat..

  3. munkyG on 16 Jan 2010

    Mungkin kalu nak bising, kita buleh mintak buat bangsal ddikir di jalan doraisamy atau jalan p.ramlee kerana had bagi bunyi pada waktu malam adalah pada kadar 56dB…

  4. muslih sang saka on 18 Jan 2010

    ambo beso lalu pengalaman lebih kughe..masa dok ddikir,penduduk talipon ko polis suruh maghi igak mereka yang berdikir..polis maghi masa ambo dok ngarut..ingat ko polis nok suruh brenti..rupanya polis maghi nok palu cane..haha..nakal jugok..lepah tu penduduk kawasan tersbut buat memorendum membantah sesi latihan dikir barat..tu pahit manis perjuangan la tuhh..

  5. jeryganas on 18 Jan 2010

    Salam,
    Kawe masih ingat sekitar tahun 2002 di KK4 UM,maso tu kawe baru nok kenal bedikir nih.Maso tuh, pengetuo kolej En Rosli Husin.Dio bui kebenaran trening di dewan make sapa 12 tengoh male tetapi disebabkan kebodohan dan ego seorang yang bijak pandai iaitu penyelia di KK4 tuh,dihalaunya kami.Puas penjelasan diberi tetapi diugut nok panggil pokguard.Kami pung mengalah dan turun dari dewan makan dan kawe lihat gu kawe hok maing rebana ibu mengalirkan air mata….. kecewa/sedih, mungkin?
    Akhirnyo terbelohlah belule rebana ibu KK4 itu disebabkan oleh anok kuci solek moto RXZ meroh gu kawe tuh… Buke benci berdikir tetapi……. ntahlah,payoh nok royak…. takdok lasung ore yg berterimo kasih walaupun menaikkan namo kolej yang sememenyo sure…
    Tapi,kawe and the geng mengucapkan terimo kasih kepada En Rosli Husin (Pengetuo KK4) pado maso tuh sebab membeli pulok 1 set alat dan pakaian baru untuk kami (Indera Kirana).Habih bajet sek lain keno kerat,pade muko…………..

    p/s : “gu” kawe itu loni adolah pegawai tanoh di Jeli……
    hehehehehe……….. sori mat,bukok cito………

  6. abe le pata dale on 19 Jan 2010

    matyie tupa x leh ngarut polih mari keda ambo ari tu

  7. JaTabuh Pusaka on 23 Feb 2010

    fahami meseg sebelum mengkritik….


Leave your comment