Dalam kesibukan minggu lepas, hamba sempat juga melewatkan diri ke Ipoh untuk memenuhi jemputan dari Cikgu Akma untuk memberi pendedahan tentang seni dikir barat pada pelajar sekolah tersebut. Bermula dari kosong, sudah tentu kerja keras diperlukan. Sebagaimana menebas tanah hutan belukar, pokok besar berimba perlu ditebang untuk membuat kebun. Namun kepenatan terubat jua dek kerana sambutan yang menggalakkan dari anak-anak seni Ipoh yang begitu bersemangat untuk mengenali seni malaysia ini.

Mustahil untuk mahir berdikir dalam masa satu hari mengajar, tapi setidak tidaknya anak-anak ini boleh mengenali apa itu dikir barat secara asasnya. Penerimaan dari hasil pemerhatian secara serius ini telah menghasilkan sesuatu yang begitu bermakna. Dipenghujung bengkel tersebut, mereka semua mampu untuk membuat persembahan sekadarnya.

Pemilihan peserta yang terdiri dari peserta yang ada asas muzik juga menjadi salah satu faktor mereka semua lebih cepat menerima. Dengan kepadatan jadual yang disusun, mereka masih mampu menterjemah apa yang mereka dapat dari bengkel tersebut dengan jayanya.Sekalung tahniah untuk anda semua. Terima kasih cikgu akma dan beberapa orang cikgu pembantu…semoga kita bertemu lagi.logo ipoh

6 Responses


  1. datuk d on 23 Mar 2010

    teknik pengajaran pun adalah suatu kemahiran jugak.. tidak semua orang yang berdikir buleh ngajar dikir barat…. gitu jah lah nok oyak nya..

  2. arjunasukma on 23 Mar 2010

    kalu tidak nyo bdikir sedap dan betul la anak buah ore ssohor di uitm kmarin tu.,haha

  3. datuk d on 23 Mar 2010

    kalu ikut perspektif kimia.. nak menghasilkan satu sebatian yang dikenali persembahan berkualiti, kena ada sukatan serta campuran yang sesuai larutan kemahiran menyampai dan jisim kemahiran isih anging.. hehe..

  4. muslih sang saka on 26 Mar 2010

    tapi buleh dipuji doh tuh..ada napok muka2 baru dale dunia dikir..tuke2 karut pon ada muka baru…biar ni jadi platform ko bkalow2…napok gayo kena blaja ngarut belam teguling doh pahni..biso blakow doh…tegelam doh la adik lih..hahah..bia nyo tegele…comey baruss…

  5. Muhd Aidil on 29 Apr 2010

    nanti SMK rapat setia nak jemput abe yie datang lagi sekolah kami.

  6. arjunasukma on 07 May 2010

    nmpak mcm meriah saja persembahan hari kecemerlangan..tahniah


Leave your comment