Dikir Barat adalah gabungan empat komponen seni yang disatukan dalam satu persembahan. Gabungan empat komponen seni tersebut ialah :-

1. Seni Suara
2. Seni Sastera
3. Seni Muzik
4. Seni Tari

Komponen seni di atas disusun mengikut keutamaan dalam sifat dikir barat. Susunan keutamaan ini amat penting supaya satu satu persembahan dikir barat dapat dihasilkan dengan berkualiti dan lebih kemas.

Sebelum melengkapkan beberapa komponen di atas, tenaga manusia diperlukan untuk menjadi penggerak utama untuk menghasil seni-seni tersebut. Gabungan empat perkara tersebut ialah :-

1. Tok Jogho
2. Tukang Karut
3. Pemuzik
4. Awak-awak

Jika tidak cukup gabungan sifat-sifat di atas, tidak boleh dipanggil dikir barat, dan tidak boleh diakui dikir barat. Untuk maklumat lebih jelas dan bahasa lebih tersusun, sila layari dianais.com.

Inilah yang dapat hamba terangkan secara paling asas apa itu dikir barat. Artikel ini ditulis memandangkan ramai lagi manusia yang tahu sebut dikir barat, mengaku arif tentang dikir barat sedangkan hakikatnya langsung jahil.

P/S : Hamba bukan doktor falsafah, maaf jika bahasa agak tunggang langgang..suasana yang memaksa hamba menulis dalam bentuk begini.

2 Responses


  1. datuk d on 26 May 2010

    ngendoh dirinya diaa.. tok nati ko pHd.. Wak Isa pun buleh gelaran Adiguru kerana pengalaman dalam bidang Ukiran serunai… lebih 20 tahun dalam bidang dikir barat bukanlah satu perkara yang mudah nak ditempuh.. mungkin tidak kena letak.. atau tidak kena ukur.. hok ambo tulih di http://dianais.com tu hanyalah sekadar pengalaman sehari dua bersama arjunasukma dan sahabat2 lain yang lebih arif… untuk mengesahkan pendapat ini lebih praktikal jika diletak kepada yang betul… mungkin sedikit dimodenkan dari segi istilah untuk diselaraskan dengan muzik2 tradisional lain…. satu lagi.. Dikir Barat telah di Wartakan sebagai Warisan Kebangsaan menurut Akta Warisan KEbangsaan 2005… sepatutnya kalu betul amalan.. Jabatan Warisan Negara adalah yang terbaik untuk berikan pengesahan rasmi mengenai takrif Dikir Barat… :D

  2. arjunasukma on 01 Jun 2010

    D ada kenal sapo di jabatan warisan..??


Leave your comment