Bila seorang dipanggil guru tanpa kelayakan yang diiktiraf, kebanyakannya tidak menjadi sanjungan sepertimana guru-guru yang lain. Kenyataan ini agak benar bila anda terjelepuk ke dalam bidang yang hamba maksudkan ini.
Perjalanan hamba jika ditoleh ke belakang, sudah nampak sayup-sayup penglihatan dengan tempat bermulanya perjalanan suatu ketika dahulu. Banyak juga ragam ditemui setelah memegang jawatan tanpa pengiktirafan ini.
Dalam catatan ini hamba cuba untuk berkongsi apa yang sudah dilalui. Guru..bukan pinta disanjung dan disembah, tapi memadai jika setiap murid menunjukkan betapa perlunya sesetengah ilmu itu. Menzahirkan keperluan itu adalah lambang yang cukup besar dan boleh menjadi kebanggaan seorang guru untuk mencurah apa yang ada kepada muridnya. Kekadang keghairahan untuk mencurah itu terbantut jika disambut oleh dengkuran anak-anak murid yang masih bernafsu melayan mimpi tatkala matahari sudah sepenggalah. Apa perasaan anda jika ditempat guru tersebut?
Tapi bukan semua yang menghadiahkan dengan cara itu. Ramai juga yang menyambut dengan penuh penghormatan walau seorang guru dikir barat yang sekolahnya tidak setinggi mana menjejak kaki ke tempat yang dijemput.
Hamba lebih berpuashati jika semasa hamba mengajar, anak murid tertidur…berbanding hamba datang tapi anak murid masih nyenyak. Harap golongan yang menguruskan pelajar ini mencari jalan penyelesaian terbaik agar perihal ini tidak berulang dan tidak memotong ‘stim’ guru untuk mengajar.
arjunasukma@abeyie

zame dulu: anok murid carik cikgu..
zame loni: cikgu cari anok murid..
cikgu buat buat merajuk la yie…hehe
kalau ngan daud xper la..anak murid xdatang dia gi rilek kedai mamak kena tea tarik ngan surya…kawe nk isap apa??hehe
D..zaman dah berubah..dunia dah maju..
ambo lalu belaka doh muga lagu ni..hehe
haha..kita baru try..cuma kena ingat so pesanan orang tua-tua..nak jadi guru..bukan sekadar mengajar apa yang kita tahu..tapi belajar semua yang baru dalam sesebuah perjalanan itu…sekso nak lepas ujian ni pun..kalu rapuh-rapuh putuh angin belepah dah..hehe
Mengubah sesuatu yang berakal tapi tidak berilmu adalah cabaran sebenar masakini-minta izin laluan..
hahahaa… sabar je lahh yie.. sebagai pengiat seni ia akan melalui perasaan berbeza-beza.. buatlah yg terbaik utk generasi kita akan datang..
daud slagi blh minum teh dgn hisap surya xapo lagi yie.. yg aku takut klu dia maki budak2 habiss binatang dlm hute kluar.. sakit telingaa heheheeee
daud dia makii lagumano pun,,,ore tetap sukoo..
baso jenis apo pun tok tahuu laa..hahah
hahaha…pendapat yang tepat..masih ada peluang..
daud ada tahi lalat tuah..haha
tuah la tuah..hahaha…
sy pown np tera ehh