Semenjak puasa bermula, kepala otak pun tidak seaktif biasa untuk sediakan modal untuk mengarang. Mungkin kerana kesuntukan masa, keletihan badan dan yang paling wajar jawapannya adalah ‘malas’.
Kali ini, hamba ini berkongsi kisah perjalanan hamba mencari ‘ttawak jawa’. Abah hamba selalu menggunakan istilah ttawak jawa dari hamba kecil lagi. Tapi hamba tak pernah ambil peduli dengan perkataan itu. Jauh sekali untuk nak bertanya apakah bendanya.
Kini, setelah hampir separuh dewasa, hamba telah tersampuk dek virus gila ttawak jawa ini. Ttawak jawa atau gong tembaga tuang ni bagi sesetengah orang tidak memberi apa-apa makna. Tapi amat jauh berbeza dengan keadaan hamba lalui sekarang.
Pulang ke negeri asal hamba, Kelantan Darulnaim. Niat untuk menyeberang ke selatan Thailand kerana dikhabarkan di sana masih ada saki baki kumpulan wayang kulit dulu-dulu. Namun niat itu dicantas oleh abah kesayangan kerana dikhuatiri dengan keadaan keselamatan di sana pada waktu ini. Maka terpaksalah membatalkan rancangan pertama itu.
Hamba terpaksa mencari pelan lain. Lantas kepala otak terlintas untuk mengheret tok agel untuk membawa jalan mencari gong tembaga tersebut. Kami merayap ke daerah machang dan kuala krai sahaja. Itu yang sempat kami jelajah. Tapi hasilnya tetap mengecewakan. Ada bendanya, tuan tak nak jual…tuan nak jual..barang tidak berkenan di hati. Begitulah perselisihan keadaan yang membuatkan tiada jawapan yang mengembirakan.
Apa yang hamba ingin berkongsi di sini…berbagai karenah pemelihara gong ini. Ada yang makan bunga..ada yang berselimut kain kuning..ada yang makan pulut..ada yang mengamuk sekali sebulan dan bermacam macam lagi. Hamba turut terfikir..jika hamba membelinya…bagaimana hamba nak memeliharanya ya?

ada lebih2 oyak la ko ambo getek…. buke nok taruh.. nak guna wat mmain
owhh.. mugo ni nak pero dia payah pada pero lembu dihh?
sakat gila tu buleh bekira lagi….kawe pun beso gila jgk..
tp ni pesen jenis gila gong ni gak, kira berat jgk la….hehe
datuk d – lebut dah jale2…ada hok molek tuan xsir jual..ada nk jual..sama mahal dgn kapal selam scorphene..
munky g – sbb dia xmakan rumput..dia nk hidu bau..haha
lokanbertepuk – kalu gilo tambah gong gak..penat pado gilo biasa la..
yie…kawe toksir dah…kalu ore royak ada dimana2 benda tu pon kawe toksir g tgk dah, biar ore wat mari tunjuk kawe…kalu dok gak..pakai dok laa..bbaso main akuh..
Jgn berputus asa….kalu tidak dipecahkan ruyung, bagaimana mau dapatkan sagunya…hahaha
guano kerat sore…bubuh baja sore nih..aaa..bcabang pohon ni..haha..
kawe nk kais gi lagi ni..sekat2 abih gheng..braso cekat lagi ni..perut geram abih cekat dh..
cari la yie…payah2 gak, kawe rasa hilang jugok ttawak tok agil dlm bonet tuh..pah royak kata keta kena pecah…
ambo ni bukn putuh asa…tp gak sakit ppalo..
haha.. cabang pohon takpo.. dok di batang yang sama.. hehe..
tapi dapat ko pada payah2 sangat nak beli hok lama.. kita ejah baru tak lih nah ko?
Tok agil nk main mokyong umoh dia 15hb ni nk g amik tawak mana..
dok dlm kreta dah ni..haha..kita gi gadai pitih ko dia..minta tlg dia pgang pitih..kira aci abih pitih aci tak ganti..ahaha
aaa… 15hb taklih nak ngegi doh lah.. kitanya tak balik..
buah ni lah tok guru kena belit ko anak murid nih..
hahaha…bbadi dan gitu la..belit dgn rela takpo…haha