Dunia dikir barat adalah layangan pengalaman memenuhi waktu kehidupan bagi penggiat aktifnya. Berbagai suka duka mewarnai plot plot yang diimbas bersama memori tatkala mata redup menunggu berlabuh kelopaknya.

Semakin banyak terlibat dengan seni yang melibatkan ramai makhluk bernama manusia ini, semakin banyaklah ragam dan pe’el yang kita boleh jadikan sempadan serta landasan memandu hidup seharian.

Kali ini, hamba ingin menyentuh tentang satu sudut ragam manusia yang mahu berseni tapi ‘buta telinga’. Mungkin ayat ini agak kasar, tapi inilah paracetamol untuk mengubat selsema seni ini. Masalah yang masih wujud dalam golongan seni dikir barat kita terlalu banyak kedapatan bila berkait dengan ‘buta’.

Pancaindera pendengaran amatlah penting bila dalam dunia seni yang melibatkan bunyi ini. Apa yang hamba cukup hairan, kenapa masih ada yang berani berdiri di pentas persembahan dengan bekal yang tidak cukup bersedia. Perletakan lagu tok jogho, tukang karut atau pun tukang nyanyi dalam dikir barat terlalu sukar. Perihal ini bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kena belajar secara serius supaya orang lain boleh membuka pintu minatnya kepada seni kita ini. Kalau tidak, sampai bila seni dikir barat ini menjadi seni murahan tempat orang melalak sesuka hati.

Setiap penyanyi juga perlu tahu kemampuan untuk menyanyikan sesebuah lagu. Jika tersalah letak nada pertama dan agak lemas untuk menyanyikan rangkap seterusnya, kenapa nak diteruskan lagi. Memaksa suara sehingga pecah-pecah. Kalau di bangsal latihan mungkin boleh diterima kerana tempat tersebut adalah tempat latihan. Itu pun atas alasan yang munasabah. Bila di pentas persembahan terbuka, hamba rasa ada sesuatu yang tak kena pada perjalanan fikiran penyanyi tersebut. Dalam seni juga, pelarasan keinginan(angin) serta kemampuan kena bijak diukur dan dilaras dengan akal yang sempurna.

abeyie@arjunasukma

11 Responses


  1. datuk d on 08 Aug 2010

    Dikir Barat ni peringkat disiplin dia sebenarnya serba serbi.. nak hurai payah..

  2. muslih sang saka on 09 Aug 2010

    kadar diri pon kade2 oghe tok kenal..nyanyi lepaskan perasaan,bukan menghibur oghe lain..penat oghe jong ddengar…

  3. saharmalique on 09 Aug 2010

    ore puteh kato tone-deaf, hehe..sayo akui sayo pom ado jgk jjadi ggituh..beraso tok puah la lepah tu gak..tok puah alik kito sbb tokleh nk ssapa lagu denga molek denga tok puah hati ore tokleh nk dengar dengan molek jugok..pah mula la ssaloh ko make sambal, ssaloh make pedah..haha

  4. arjunasukma on 09 Aug 2010

    dian-payah spatut makin belajar, mcm kita, biar nampak sentiasa tak pandai dari pandai yg tidak kemana..bkn memadai apa yg dh ada..

    muslih-lepas perasaan kena brtempat dan jika di tmpat awam..ada susilanya.

  5. arjunasukma on 09 Aug 2010

    sahar-trjadi secara tak sengaja dimaafkan, cuma jika dah rosak..kita perlu tahu…maka tak perlu di teruskan lagi klau idak jadi lebih rosak..a yie rasa sahar masih sedar dgn perihal ini..masalahnya, yg tidak sedar…dah rosak diteruskan juga..lagi rosak lagi diteran..utk apa??melondeh seluar sendiri??utk tunjuk apa?

  6. Lokanbertepuk on 10 Aug 2010

    untuk tunjuk temaga buruk kita tu la…

  7. mafaka on 10 Aug 2010

    untuk ‘letak’ lagu pada tangga nada yang betul, mesti kena sedar lagu, sedar suara sendiri dan sedar suara ramai..
    ramai penyanyi dikir barat yang terencat taraf profesionalnya kerana perkara sebegini..mana2 pon ada….tak ccayo acu perati atah basal ddikir tuh..

  8. arjunasukma on 10 Aug 2010

    taraf suasa pun xlayak..apatah lagi tembaga..haha

    bagi kawe, bila satu-satu benda dipandang remeh temeh, ni lah yg menyebabkan bab nada ini menjadi benda yg tidak penting. mudah mudahan ‘puak-puak’ kita mendalami hal ini lebih halus selepas ini.ambo malu..

  9. slockkere on 10 Aug 2010

    kawe stuju benar lah kata Mafaka tuu..
    perkara sebegini mana2 pon ada.. angin lebih sgt kot..

    berat mata memandang berat lagi telinga mendengar.. hehehee

  10. saharmalique on 10 Aug 2010

    hehe..sayo kalu ssaloh tok keno tone tu gak…paka gedeba slaluh..akak tange ko jong bbano suruh breti..paka habih nga ggitu lah sene, kito tok pedih tekok..ore ddengar tok sakik tlingo..hihi

  11. muslih sang saka on 12 Aug 2010

    dari segi tuke karut,jogho,penyanyi..ambo rasa masalah ni berlaku semua peringkat…yang memainkan suara la…kade2 tok ukur sogho sediri..yang lebih teruk,dia x sedar dia buat salah..hehehe


Leave your comment