Dalam kesibukan menyambut lebaran, sempat jua hamba meluangkan sedikit masa untuk bersama dengan adik-adik Titih Pusaka UITM Shah Alam. Masa yang diluangkan ini amat berharga kerana sempat mengisi jadual dikir barat silaturrahim bersama adik-adik ini.

Pertembungan Dikir Barat ini menemukan Kumpulan Titih Pusaka UITM Shah Alam melawan Sri Istana, Tumpat, Kelantan. Setelah mendapat jemputan dari Isey Salok Madu maka perjanjian untuk hadir sama-sama dengan Ya Kitaro dan Muslih Sang Saka telah kemaskini dengan sempurnanya. Perasaan berbunga-bunga untuk menggunakan peluang menimba ilmu dari pendikir Kelantan berkuntum mekar. Harapan ini terus disuburkan dengan kesungguhan para sahabat dari Lembah Klang yang sudi hadir membantu merealisasikan perlawanan silaturrahim ini.

Sampai saat dan ketika, maka majlis pun dimulakan. Setelah selesai bertabuh buka panggung, perasaan agak kecewa kerana perlawanan paluan buka panggung hanya menjadi pertembungan ‘dalam geluk’. Dalam geluk yang hamba maksudkan kerana pemain rebana kumpulan sri istana adalah isam proton. Untuk apa kita mencari regu lawan dari jauh jika pertembungan sesama kita? Perasaan dan semangat melawan hamba semakin pudar.

Tiba saat tukang karut..perihal sama terjadi. Mat maskoby terus mengalunkan yengkinya bagi pihak kumpulan lawan. Gandingan Isey dan Muslih tidak memberi apa-apa makna jika yang menunggu di gelanggang lawan hanya ‘ayam dari reban yang sama’.

Objektif sebenar tidak tercapai sepenuhnya…cuma jalinan persahabatan dan merapatkan silaturrahim antara hadir saja yang telah mencapai matlamatnya. Tapi itu juga matlamat utama….syukurlah wahai arjunasukma…Selamat Hari Raya

4 Responses


  1. datuk d on 19 Sep 2010

    kalu ‘politik’ lagu tu.. baik toksoh kace la lain kali.. tahu doh.. moga buleh besaing belaka..

  2. muslih sang saka on 20 Sep 2010

    bunying kata besohor..staro tu besohor?? umph..baik toksoh..(ppanah line)

  3. pokse on 20 Sep 2010

    ore takut tu…bunyi kato muslih turun…hahah..

  4. arjunasukma on 20 Sep 2010

    beringat..ore tupat sapa ssini nih..haha


Leave your comment