Dikir barat tidaklah sebesar mana di mata masyarakat umum dunia. Begitu juga di Malaysia sendiri. Ini realiti. Namun ianya tetap ada pengikut dan peminatnya tersendiri. Walau dalam kelompok yang tidak berapa besar, ianya tetap berkembang secara beransur-ansur dalam caranya yang tersendiri. Perkembangan ini juga cukup membanggakan hamba. Walau dalam skala yang perlahan dan suam-suam telinga, ianya tetap melangkah.
Berdasarkan kenyataan di atas, hamba tumpang berbangga kerana dapat membantu bertatih bersama teman-teman untuk mengorak langkah ke depan membawa seni ’orang tua’ ini ke lapangan yang lebih global. Berbagai cara diatur, diolah supaya ianya dapat anjakan dari dunia sedia ada. Usaha ini akan hamba teruskan bersama rakan-rakan dikir sedunia.
Sungguhpun begitu, ruang yang ada untuk melangkah amatlah terhad. Jika ada sedikit ruang pun, tidaklah selancar yang kita jangkakan untuk langkah-langkah seterusnya. Contoh yang paling hampir pada masa kini dalam diari harian hamba ialah Mini Dikir. Hamba diberi sedikit ruang serta kepercayaan oleh TV1 untuk mengenengahkan Dikir Barat ini mengikut acuan dan kehendak penerbit. Ruang ini amat berharga bagi hamba tatkala diruang ruang lain dikir barat langsung diketepikan. Dalam ruang yang terhad ini hamba cuba isi dan manfaatkan dengan sebaik mungkin. Namun hamba tidak terdaya untuk menguasainya dengan seorang diri, sebatang tubuh. Hal ini perlu sokongan dari rakan-rakan seperjuangan untuk terus memberi kekuatan pada hamba. Insyaallah, dengan sokongan yang sedia ada dan akan datang, hamba akan terus berkayuh menuju ke muara kejayaan.
Cuma, kekadang sedih dan pilu menjelma jua dalam fikiran sekiranya usaha kita yang kerdil ini ada saja yang tidak kena di mata sesetengah pihak. Suara suara sumbang tetap kedengaran dari kejauhan. Beberapa patah lontaran kata yang menghukum hamba sebagai perosak dikir barat. Dikir Barat apa kebenda ahli 6 orang..Dikir Barat apa hanya 2 minit..dan macam-macam lagi. Insan-insan sebegini perlu memahami dan memandang juga dari sudut realiti apa yang hamba lalui. Janganlah terus menghukum tanpa penilaian dengan keadaan dan ruang yang cukup sempit. Bagi hamba, dalam ruang yang terhad ini, hamba akan usahakan sebaik mungkin untuk membawa dikir barat ke mata umum. Biarlah melangkah secara mengatur tapak itu lebih baik dari berdiri setempat yang tidak tahu bila kita akan sampai ke destinasi dicita.
takdok rotan akar berguna juga…xpo nati kita tupe jawab getek
..
baguh…..+
ada jugok pesen lagu tu….payoh main nge menesio ni… bokali klu v kedio dikir xleh nok wak supo hok abe yi dok wak skalo…muuuuuullllllllluuuuuuuuut lakow tu, padahal nok masuk tv getek
…..
truskan usaha dgn gigih……..