Alhamdulillah, segala persiapan dan perjalanan pertandingan telah berlalu dengan lancarnya di Auditorium RTM Kuantan, Pahang. Di sini hamba ingin mengulas sedikit sebanyak berdasarkan pemerhatian dan merupakan pendapat peribadi semata-mata. Tidak mewakili sebarang pertubuhan dan organisasi.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs796.snc4/67654_458101749348_563784348_5288284_141732_n.jpg

Perlawanan peringkat akhir tahun ini merupakan pertembungan di antara Kumpulan Seri Gedombak, Pasir Puteh, Kelantan bertemu dengan Titih Pusaka UITM Shah Alam, Selangor. Pentas akhir tahun ini, seperti yang ramai sedia maklum, merupakan pentas yang hampir sepenuhnya berkait rapat dengan hamba. Pertembungan dua tukang karut bagaikan dua beradik ini adalah permusuhan bersandarkan cetusan sususan akal berpencak dalam gelanggang seni…dikir barat.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs917.snc4/73071_458101909348_563784348_5288291_313704_n.jpg

Di bawah ini hamba menurunkan lontaran pandangan beberapa kelebihan dan kekurangan pada pertandingan tersebut.

1. Tok Jogho

1.1 Seri Gedombak

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs932.snc4/74528_458102119348_563784348_5288298_6722904_n.jpg

Man Tok Raja, adalah seorang tok jogho yang cukup ‘cool’ dalam gayanya yang tersendiri. Sukar dipengaruhi dan kalis provokasi. Kemerduan lemak manis suaranya juga telah diakui umum. Namun pada malam tersebut, mungkin pemilihan melodi lagu yang terlalu singkat masanya untuk beliau menguasai melodi itu sepenuhnya, menjadi punca beliau terbabas dari lenggok sebenar lagu yang beliau dendangkan. Dengan nada yang tidak konsisten pada setiap pantun telah mengurangkan kehebatan Seri Gedombak. Kesilapan ini tidak sepatutnya terjadi jika persediaan rapi telah dijalankan. Mungkin masa untuk latihan tidak mencukupi.

1.2 Titih Pusaka

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs925.snc4/73821_458102424348_563784348_5288302_6260507_n.jpg

Amar Lipan Bara, mungkin tidak berapa dikenali di kalangan pendikir Malaysia tetapi jika di lembah klang, beliau antara tok jogho yang digeruni. Seorang yang mudah tercabar dalam perletakan lagu-lagunya. Pada malam itu, beliau dapat mengawal emosi dengan baik. Kawalan nada perletakan lagu dengan tepat dan tidak tertekan membuatkan lagu itu menjadi lebih sempurna untuk sahutan awak-awak. Ini bermakna, apa yang telah diterapkan oleh para pembantu melatih beliau dapat diamali dengan baik. Walau beliau sendiri tidak mendapat kepuasan sepenuhnya melantunkan vokalnya, namun harus diingat..dikir barat bukanlah untuk kepuasan seorang tok jogho, tapi ramai yang bergantung padanya untuk menghasilkan satu lagu yang sempurna.

2. Tukang Karut.

2.1 Muslih Sang Saka (Seri Gedombak)

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs483.ash2/75668_458103209348_563784348_5288315_3859665_n.jpg

Muslih Sang Saka, merupakan tukang karut yang juga dihasilkan di Lembah Klang. Seorang yang berpotensi dan berperwatakan. Pada malam itu beliau telah membuat sesuatu yang agak baik dalam mengangkat kualiti dikir barat. Dari segi susunan isi, kemantapan vocal, kemerduan lenggok suara dan gaya. Dalam pada itu ada beberapa kelemahan merencatkan persembahannya. Pertama, pada pusingan pertama, suara beliau begitu tenat dan hampir-hampir terbabas kawalan nadanya. Hal ini terjadi setelah beliau terpaksa menerima nada yang agak tinggi dari sambungan lagu jogho yang telah diangkat adanya oleh tok jogho. Sang Saka tiada pilihan lain, selain dari menerima keadaan itu seadanya. Kedua, dalam karut kelantan pusingan kedua, beliau agak hilang fokus bila menghampiri penghujung karutnya. Namun menjawab hujah dengan penuh yakin dan berperwatakan itu mampu menutup kelemahan-kelemahan beliau pada pusingan pertama. Lantunan vokal ‘jantan’nya menguasai lagu penutup@wau bulan untuk mengakhiri persembahannya dengan begitu baik. Walaubagaimanapun, ekspresi air muka masih lagi tidak membantu menghangatkan suasana dan mendekatkan diri dengan hati rela penonton, walau orang yang mengenalinya tahu, itu sudah cukup baik bagi seorang Muslih b Aling. Anugerah Tukang Karut Terbaik memang selayaknya untuk beliau kalungi jika penilaian berdasarkan keutamaan komponen-komponen dikir barat sebenar.

2.2 Isey Salok Madu (Titih Pusaka)

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs394.ash2/67233_458103604348_563784348_5288322_5999855_n.jpg

Isey Salok Madu, seorang yang mempunyai watak yang tersendiri sebagai seorang tukang karut dikir barat. Walau kekadang agak keterlaluan pada sesetengah sudut di mata sesetengah orang, namun itulah diri beliau. Pada malam tersebut, isey telah menguasai persembahan dengan agak baik. Pemilihan lagu yang melodi agak kena dengan gayanya banyak membantu memberi aura pada penonton. Pergerakan yang hyperaktif dan agresif dapat menutup kelemahan lain. Nada yang tepat dari tok jogho menamatkan lagu juga membantu beliau mengambil yengki dengan selesa. Lontaran isi karut lebih berkesan dan mudah dihadam oleh penonton banyak mempengaruhi mood penonton. Dalam gerak yang aktif menguasai pentas, beliau juga tidak boleh lari dari tenaga yang berkurangan. Tibanya penghujung pusingan kedua, lagu penutup..kepenatan beliau gagal disembunyikan setelah nada yang sedikit lemah pada setiap pantunnya. Namun dari sudut persembahan, beliau juga terbaik.

3. Awak-awak.

3.1 Seri Gedombak.

Awak-awak Seri Gedombak terkenal dengan agresif dan kuat. Pada malam tersebut, bermulanya tabuh sehingga akhir masa, awak-awak seri gedombak menampilkan satu persembahan yang begitu bertenaga sebagaimana yang telah sedia maklum. Dengan suara yang lasak, gerak yang agak jantan sepenuhnya, seri gedombak terus mencuri tumpuan penonton. Sedikit kelemahan bermula tatkala perletakan nada lagu jogho telah merencatkan gaya persembahan kumpulan ini. Bila nada yang silap telah dihantar kepada sahutan awak-awak, secara automatic awak-awak akan terbabas dalam penerimaan nada tersebut. Inilah yang menjadi punca ketara yang membuatkan seri gedombak menjadi tidak berapa sempurna seperti tahun yang lepas-lepas. Gerak tari yang tidak berapa sekata juga memberi sedikit masalah pada kecantikan persembahan awak-awak. Sedikit pembaharuan dari segi bunga juga tidak menepati dengan kesesuaian lagu. Namun seri gedombak tetap kumpulan yang hebat.

3.2 Titih Pusaka.

Awak-awak Titih Pusaka teramat baru dan muda dalam selok belok dikir barat sebenar. Namun begitu, disiplin dan penerimaan secara terbuka dengan pelajaran dikir barat ini membuatkan mereka mampu untuk mengikuti dan mengejar larian seri gedombak. Dari segi tenaga dan aura seorang pendikir, memang ada sedikit kelemahan pada sesetengah awak-awak kumpulan ini. Dalam lagu jogho contohnya, awak-awak masih tidak boleh menguasai tenaga sepenuhnya. Jika tok jogho masih menyambung satu pantun lagi dalam lagunya, mungkin kerosakan akan terhasil pada awak-awak. Tapi mereka bernasib baik, kerana dilatih dengan tiga pantun, maka setakat itulah kemampuan tenaga mereka. Gerak gaya tidak perlu diulas kerana bagi hamba, itu yang terbaik untuk mereka, biarkan orang lain pula yang menilainya.

4. Pemuz
ik.

4.1 Seri Gedombak.

Pemuzik kumpulan ini boleh dikira baik namun tidaklah cemerlang. Sebolehnya pada tahap kebangsaan begini, susunan bunga paluan lebih tersusun dan rapi. Bermula dengan tabuh pemain rebana ibu seolah tercari cari pattern paluannya. Istilah ‘sesat’ selalu digunakan bila bunga paluan yang berulang-ulang terjadi. Kualiti bunyi dan keserasian alat muzik agak baik.

4.2 Titih Pusaka.

Pemuzik kumpulan ini juga dalam kelas baik namun tidaklah cemerlang. Paluan yang agak ‘cermat’ kurang membantu memberi tenaga kepada peserta lain. Namun begitu, bantuan alat muzik lain masih mampu menutup kelemahan tersebut. Tapi peningkatan amat ketara telah ditunjukkan oleh pemain rebana ibu dalam bab keyakinan diri. Bermula dari tabuh buka panggung yang nampak belum berani, kemudian keyakinan datang secara perlahan berjaya disudahkan dengan agak baik. Jika ada anugerah pemuzik terbaik, agak sukar untuk dipilih antara dua kumpulan ini kerana kelebihan dan kekurangan hampir seimbang.

Kesimpulan.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs442.ash2/71499_458104454348_563784348_5288340_131095_n.jpg

Pada keseluruhannya, pertandingan tahun ini telah menghasilkan satu pertandingan yang berkualiti berbanding yang lepas. Tahniah kepada seluruh peserta peringkat akhir, kerana anda semua sememangnya terbaik. Kalau nak ikut kehendak semua orang..mati la..ada saja yang tak kena..hehe. Arjunasukma pun apa ada, tahu mengulas aje, buat apa pun tak tahu..tapi kena ingat juga, mengikut fakta, ibu bapa yang bisu hampir sepenuhnya melahirkan anak yang boleh bercakap..hehe

[Foto oleh En. Kasmara]

Tags: , , ,

13 Responses


  1. datuk d on 02 Nov 2010

    tahniah kepada semua para pemenang.. :D

  2. munkyG on 02 Nov 2010

    Tahniah!

  3. raz on 02 Nov 2010

    Tahniah kepada pemenang dan kualiti yang tinggi ditonjolkan oleh pasukan dikir barat anjuran RTM tahun ini. Walaupun ada juga alunan karut yenki non-stop. Semoga dikir akan datang lebih berkualiti dan kreatif selari dengan format pertandingan dikir barat secara tradisional. Semoga berjaya. Insyallah.

  4. pokse on 02 Nov 2010

    pilihan hakim amat tepat..tak boleh di pertikai lggg….

  5. adleenn on 02 Nov 2010

    Tahniah!!!

  6. @rman DBA on 02 Nov 2010

    Tahniah kpd yg berjaya.. cuma kalau boleh lebih elok jika persembahan selingan pada mlm itu diselitkan dengan penyanyi2 jemputan dari artis dikir barat negeri Kelantan contohnya spt Megat Nordin,Halim Yazid,Zaidi BP,Jali BT,Adik Wani dll.. Persembahan sketsa oleh Sabri Yunus and the geng tuh pun agak lama sedikit.. apapun Tahniah buat RTM kerana berjaya menganjurkan pertandingan dikir barat pd tahun ini lebih baik drp tahun2 lepas..

  7. wasilahiwarisan on 05 Nov 2010

    salah kah yenki non stop?

  8. amad frenz on 26 Nov 2010

    insyaallah thn dpan arjunaputera plak$$$$$

    DAn TAHniah kepada Titih Pusaka

  9. datuk d on 15 Dec 2010

    “senyakkk seduu sunyiing sepiiii” ~ Deraman anak keli..

    huhu

  10. arjunasukma on 20 Dec 2010

    format baru ni xreti nk tulis..haha..kena emel ko sere nih..

  11. datuk d on 06 Jan 2011

    oloh pelikkan

  12. toknebe on 08 Jan 2011

    Terima kasih arjunasukma atas ulasan dan komentar yang terperinci. Saya mengharapkan satu persembahan yang lebih bermutu dari kedua dua belah pihak memandangkan sessi latihan di kedua dua pihak amat tertarik dan menarik. Mungkin juga pentas latihan tidak seperti pentas pertandingan.

  13. budoxesquire lee on 20 Feb 2011

    tahniah


Leave your comment