Assalamualaikum..
Malam ini, mengambil sedikit ruang untuk menulis setelah sekian lama blog hamba ini tidak berpenghuni. Sebagai ‘wat ggori’ atau pembuka musim, hamba ingin berkongsi rasa dengan pembaca sekalian tentang golongan artis dikir barat.
Gelaran ‘artis’ adalah satu gelaran yang agak tinggi nilainya di dalam pasaran sesetengah orang yang ingin mengejar populariti. Hal ini juga turut melanda dunia dikir barat juga. Kekadang hamba sendiri turut kabur dengan sempadan kategori yang boleh digelar sebagai artis. Tapi, di sini kita bukan mahu bergaduh pasal siapa artis dan siapa tidak, tetapi hamba ingin berkongsi rasa tentang ‘perasaan’ dan ‘perasan’ seorang artis dikir barat.
Perlu kita sedari, dunia dikir barat bukanlah luas mana pun. Jadi tahap kerlipan bintang glamournya pun tidak sehebat britney spears ataupun Justin Bieber. Menyedari hakikat ini, maka seseorang artis dalam dikir barat tak perlu meninggikan hidung sehingga boleh dikategorikan sebagai berlagak dipandangan mata awam. Walau kita dah beratus album..beratus ribu terjual dipasaran, namun kesombongan yang diseimbangkan dengan statistik jualan album itu adalah tidak wajar sama sekali.
Suatu hari, hamba sendiri terserempak dengan seorang artis dikir barat. Dengan murah senyuman hamba sedekahkan, langsung tidak diendah. Hamba sedar, hamba bukanlah sesiapa..jauh sekali setanding artis itu, namun senyuman bukanlah bermodal ringgit yang boleh menyusutkan nilai dalam dompet seseorang. Pada masa itu, jelaslah di fikiran hamba…artis dikir barat kita sudah tinggi tarafnya. Jika membalas senyuman peminat, maka peminat akan menyerbu untuk didekati dan bergambar..lantas terganggu jadual dan kesibukan penggambaran vcd, terganggu jadual rakaman di studio dan sebagainya…selamat menjadi artis dikir barat..

Cayyalah abe yie…moga diberkati umur dan dimurahkan rezeki hendaknya…”.,
Insyaallah..Terima kasih..
kalau nak lebih di minati dan dihargai… artis kena ramah,pemurah dan hargai peminat dikir ni jgk.. takde peminat takde la dia org dan tak laku vcd dia org. Baru jd artis dikir dah begitu klu lebih lg tak tahu la..
P/S: Renung-renungkan la… selamat beramal.. hehehee…
kalu jadi artis taro 2 gak…berat lah weh…sombong2 ni x leh g jauh jgk…tengoh jale pon org x layan…
Yolo tu..