Malam ini, sementara mata masih tidak mahu mengalah, hamba ingin berkongsi sedikit pandangan mengenai ramuan pentas dalam dikir barat.
Kali ini hamba ingin menyentuh bab cara berkomunikasi di kalangan tok jogho/tukang karut/tukang nyanyi bila berada di pentas persembahan. Begitu ramai hamba perhatikan, antara kelemahan ketara artis dikir barat di pentas terbuka ialah cara berkomunikasi dengan penonton diantara tamatnya sesebuah lagu yang dinyanyikan. Ilmu cara berkomunikasi ini haruslah diberi penekanan oleh setiap artis kita jika mahu dikir barat terus dihormati.
Kerap kali hamba perhatikan, seseorang artis dikir barat bangun menyanyikan lagu demi lagu tanpa bercakap walau sepatah kata, seolah diri itu hanya makhluk yang bergerak dan berbunyi menggunakan kuasa bateri. Robot pun boleh bercakap, juga pakai bateri. Segan la skit derrr.. Mungkin sebelum ini sesetengah orang tidak perasan tapi cuba anda sama perhatikan terutamanya dikalangan tok jogho.
Cubalah perhatikan juga bagaimana artis dikir barat yang memang tertera nama dalam dunia dikir seperti Halim Yazid, Zaidi Buluh Perindu, Megat Nordin dan lain lain lagi..cara mereka berkomunikasi dalam bersahaja itu adalah salah satu sumber kekuatan seorang penghibur.
Ingatlah, sebagai seorang penghibur di pentas terbuka, anda bukanlah sekadar seorang penyanyi, tapi medium penyampaian dalam berbagai bentuk dalam sudut yang menarik untuk diresapi zatnya oleh minda penonton.
Ini hanya sekadar kanta pandangan seorang pemain rebana..hamba bukan penyanyi dikir barat..tak biasa pakai skirt singkat, sarung kaki carik di lutut..apatah lagi bergoyang inul..ahaks..

lama sunyi nih….. selamat kembali ke sangkar maya ini…
Ada dah kutih slow2…haha..