Assalamualaikum..
Di kesempatan merehatkan anggota badan, menenangkan minda usang ini, hamba mendapat makluman dari beberapa orang yang agak aktif dalam bidang kejurulatihan dikir barat bahawa ada satu pertandingan terbuka anjuran satu intitusi pengajian di Malaysia.
Mengikut kefahaman hamba, pertandingan ini akan diadakan dalam bentuk berperingkat hampir searas dengan pertandingan dikir barat peringkat kebangsaan, yang mana pendikir akan diuji dalam beberapa peringkat seperti saringan, separuh akhir dan akhir. Cara ini agak menarik dan mencabar para pendikir yang menyertainya.
Hamba menyokong dengan sepenuh hati pertandingan sebegini, kerana ianya sedikit sebanyak membantu memeriahkan suasana dikir barat Malaysia. Tahniah kepada penganjur.
Di sebalik kebanggaan itu, ada sesuatu yang terkilan pada hemat hamba. Pertandingan itu akan diadakan dalam masa yang agak singkat, dan setiap peringkat peserta akan diberi tajuk yang berlainan. Di sini timbul sedikit masalah dengan persediaan setiap kumpulan. Jika dilihat pada situasi di atas kertas, setiap kumpulan perlu bersedia dengan latihan yang cukup padu serta bersedia bertarung dengan tiga tajuk yang berbeza.
Apa yang menjadi sedikit masalah pada pandangan hamba ialah, soal persediaan dengan tiga tajuk berlainan. Jika diperhatikan dengan situasi sebelum ini, untuk melatih pendikir dengan satu tajuk pun belum tentu dapat memantapkan sesebuah kumpulan, apatah lagi dengan tiga tajuk berbeza.
Mencabar peserta biarlah ada sempadannya. Seeloknya sedarilah realiti dan kemampuan pendikir. Bukan semua intitusi pendidikan mempunyai bakat seseorang yang layak profesional. Hal ini sedikit sebanyak memberi beban kepada semua jurulatih. Bukan itu saja, malah kualiti sebenar dikir barat mungkin tidak boleh diukur dengan pertandingan sebegini.
Kami sebagai penggiat serta jurulatih bukan takut untuk menyahut cabaran, tapi hal ini perlu realistik dengan keadaan serta kemampuan pendikir keseluruhan ipta/s. Semoga kita boleh memikirkan bagaimana pendekatan yang lebih relevan.
Fahamilah perasaan kami sebagai jurulatih, beban dan tekanan kepada peserta dan daya usaha untuk menghasilkan yang terbaiki untuk dunia dikir barat.

abe yie, hak ni hak saya royak aritu ko? sebab memang saya sendiri rasa berat nak sertai pertandingan kat kelate tu. dia nak buat tiga peringkat. kalau peringkat awal nak sedia lagu joro dengan karut bereh lagi. tapi bila masuk separuh akhir dan akhir, dia tukar tajuk memang berat la. mugo budak bukan tahap profesional nak ngarut supo ore dewasa.
hak peringkat awal pun nak kena hafal lagu ngarut. nak buat spontan memang takdok la.
Ya..semoga ada perubahan positif berkaitan syarat berikut..