Agak terlewat entri ini…tapi untuk memenuhi perjalanan dan keadilan semua…hamba tetap laksanakan jua.
Pertama kali sampai ke daerah ini, hamba agak rasa terasing dengan jalan yang bengkang bengkok mendaki lurah menuruni cerun. Tapi dirasakan segar dibantu semangat menyuburkan dikir barat pada pewaris anak seni seceruk alam sederap langkah ini.
Sekolah Menengah Teknik Juasseh…pada tahun lepas sudah layak menjejak peringkat kebangsaan mewakili Negeri Sembilan. Tapi tahap dikirnya masih belum boleh dibanggakan dengan secukupnya. Mungkin kerana roh dikir di Negeri Sembilan belum meresap sepenuhnya ke dalam jiwa anak-anak baru berbenih ini.
*Barisan pejuang anti dadah..
Jika diteliti, ada tiga kasta yang mewakili negeri ke peringkat Kebangsaan pada setiap tahun. Hamba tidak mahu mengelaskan kasta ini secara terperinci namun penonton dan peminat sudah pasti maklum di mana duduk layaknya antara negeri-negeri yang menyertai. Jika negeri yang kita wakilkan menjadi masa yang tepat untuk untuk para penagih rokok mengisi masanya semasa persembahan negeri kita, sudah pasti di mana kita.
*bersama tenaga pengajar dan guru penjaga..
Tahun ini, dengan harapan yang agak menggunung, hamba mahu melihat Juasseh akan mengubah senario pandangan umum bila nama wakil Negeri Sembilan diumum naik ke pentas. Biarlah penonton sedia berkorban rokok yang dicucuh untuk mengenali siapa Juasseh dalam dikir barat sekarang.
Mungkin kerana kurang pendedahan yang sepatutnya, maka hamba melalui sedikit kesukaran dan kesuntukan masa untuk membenihkan produk yang betul-betul hebat, namun dengan kudrat yang ada..hamba rasa sudah memadai untuk bersaing di peringkat Kebangsaan untuk tahun pengenalan Akademi Arjunasukma menjejak Negeri Sembilan. Minat memang tinggi, bakat tidak ketandusan, cuma perlu letupkan sempadan tembok sedia ada untuk merungkai satu kejutan.
*teratak zaaba..kebanggaan Juasseh
{ 23 comments… read them below or add one }
wah..
semakin hari semakin menjalar perjalanan seni akademi arjunasukman nih.. huhuhu..
tahniah sekali lagi..
Kalau tidak diberitahu kpd generasi baru sekarang ini,lama kelamaan orang akan menganggapkan bahawa serunai juga menjadi salah peralatan dikir barat yg penting….sebelum ni pun sudah ada yg mengatakan alat tamborin jgk penting dan mesti ada dlm muzik dikir barat.
dasyat demo loni..asam pedas pun demo make deh..bagus la kalu lagu tu..
abg yie tak ngajar ke sek terengganu?
juasseh…dikir barat buleh di asuh..jiwa dikir barat hok payah nak di bentuk sebenarnya…ramai bekas pendikir peringkat sekolah hok tok reti nok ddikir bila msuk ipt…
juasseh kena bersyukur buleh tok guru oghe ddikir…
datuk D -> trima kasih.
lokanbertepuk-> Bentara guru maskoby pegang serunai hanya sebagai model saja..hehe
mrzainria -> tempe masak asam muar hamba masih blm rasa thn ni.
muslih -> kena maklumkan dikir bukan hanya berakhir di sekolah menengah..baru ada kesungguhan berpanjangan.
anggur -> trengganu xpanggil..ramai ore pandai dh di sana..hehe
hok kelate pun ramai jugak.. tapi kebangsaan taun lepas tok berapa nak menang jugak
kawe gelar demo guru sudah cukup bertauliah…tiada tolok banding..
pergi mengajar serata pelusuk negeri, sabah sarawak…semangat demo tok mace ore lain…kalo janji nok dikir ngan demo..janji pukul 7.00..
pukul 6.00 sapa dahh…tahniahhh….
dale hati.dale jiwa.dale otak dan dlm darah adalah..pengiat seni//sejati…hu huuuuu
haha..jgn dok pong kuat sgt..apa pun timo kasoh..
Sebenarnya nak kotakan niat di depan guru awal tatkala mula..nak me Malaysiakan dikir barat…jadi utk memenuhi janji tu,cmana pun kawe kena pikul..dan satu lagi untuk menzahirkan tagline akademi arjunasukma..Seni Melakar Saujana..hehe
bagus baguss…supportt support…turun di hard rock cafe tuu
minggu ni….tuu..nak berjupa..sain sain lamoo
hard rock cafe mmano ni?
rajin sungguh demo ni ngajar ni..byk tmpat byk org byk lah ragam..tp diharap jgn mengejar kuantiti je ..kualiti pn kena jaga jugak..supaya oghe luar ni pehe2 betul2 pasa dk barat ni…barulah boleh jd pelapis yg berwibawa…
turut mari la kalu nak jadi galang ganti SIRIM dlm dikir barat gak..nak tahu staro mana kualiti..hehe
juasseh blaja serunai jugok dih?? napok ada tok guru serunai tuh….hehehe
aaa..serunai tu di mainkan oleh tok bENTARA guru abe mat skoby utk menaik semangat awak2…berdiri bulu roma jgk awak2 napok ari tu..hehe
lama tak jengok abe yie ni
nampok ko maju ni
datuk d tu ingat lagi ko tuyyut ija k o
tahniah la..slamat jaya esok
baru blh masuk dale ni
banyak benda lain lagi daripada nok ingat ko tuyyut ija jah.. ingat ko Allah Azzawajalla ada jugak pahala…
hehe
ko gende pn dia tak ingat doh loni….bunyi kaba gende tu dok sebut sokmo nama dia….
yakkk..gomo doh tow..Die?
nok ggendang wi paaaaaaaaaaaarok sekali..
sari dua lagi
hahaha..jong gende behe ko denggi..