Hari ini kita cuba mendekati satu makhluk yang lahir bersama sebuah rebana. Makhluk ini dipanggil ‘baji’. Tanpa baji maka tidak lengkaplah sifat sebuah rebana.
*Beraneka jenis baji
Baji diperbuat daripada sepotong kayu yang berfungsi sebagai pelaras kepada ketegangan kulit sesebuah rebana. Ianya dipotong dalam bentuk tirus tiga segi panjang (kon). Saiznya pula bergantung pada saiz rebana tersebut. Selalunya saiz baji untuk rebana ibu lebih kurang tiga inci panjang. Walaubagaimanapun, saiz lebar baji ini perlu diubah-ubah mengikut keperluan semasa sesebuah rebana. Sebagaimana rotan sedak, baji ini memikul tugas yang amat penting dalam menghasilkan kelunakan dan kesesuaian suara sesebuah rebana. Baji merupakan alat paling utama untuk melaraskan ketegangan tersebut kemudian diikuti oleh rotan sedak yang membantu tugas baji tadi.
*kedudukan baji pada rebana
Mengikut pemerhatian hamba, bentuk potongan baji ini agak berbeza dari antara tukang-tukang yang ada. Sesetengah tukang memotong baji dalam bentuk tirus sama rata kiri dan kanan baji dan ada juga memotong tirus pada sebelah luar sahaja. Mengikut kajian dan pemerhatian hamba, potongan tirus kiri dan kanan lebih praktikal kerana lebih memberi kesan yang sama rata dan tidak mudah tergelincir keluar dari kedudukannya. Tahap kecondongan potongan baji juga perlu diambil berat demi mengelakkan ianya tergelincir keluar dari kedudukannya.
Jenis kayu juga memainkan peranan penting dalam proses menghasilkan baji yang berkualiti tinggi dan mencapai tahap sebenar fungsinya. Tapi masih ada percanggahan dalam bab pemilihan kayu di kalangan tukang-tukang. Sesetengahnya memilih kayu keras dan ada pula yang memilih kayu lembut untuk membuat baji. Bagi hamba, kayu keras atau lembut mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Melihat dari sudut kelebihan, kayu keras lebih praktikal dalam bab mengekalkan ketegangan kulit mengikut pelarasan pemain semasa memalunya. Ianya berbeza jika baji itu diperbuat dari kayu lembut. Walaubagaimanapun, kayu lembut lebik praktikal dan sesuai jika dikira dari segi kemas pada kedudukan dan tidak licin dan mudah tergelincir dari kedudukannya, agak berbeza pada kayu keras yang selalunya agak licin dan tidak stabil semasa rotan sedak dikeluarkan untuk pelarasan semula. Kesimpulannya, pemilihan yang paling tepat adalah kayu yang mempunyai tahap elastik yang sederhana. Tidak terlalu lembut sehingga tidak boleh mengekalkan tahap pelarasan kulit rebana dan tidak terlalu keras sehingga tidak melekat pada kedudukan sebenar baji sebagaimana yang diperlukan.
*berbagai jenis pelapik baji.
Dalam pada itu, banyak jalan ikhtiar oleh tukang-tukang untuk mengelak dari perkara-perkara di atas terjadi. Sebagai contoh, jika kayu keras dan mudah terpelanting keluar, permukaan baji akan digosok dengan kertas pasir agar permukaan lebih kesat dan ditebuk lubang pada hujung baji untuk memasukkan benang sebagai pengikat supaya baji-baji tersebut tidak berterabur.
*kedudukan pelapik baji pada rebana
Satu aksesori tambahan dalam bab baji ini digelar pelapik. Sesetengah orang menyebutnya juga sebagai ‘kasut baji’. Tujuan pelapik baji ini adalah untuk menambah ketebalan baji setelah baji sedia ada tidak mampu untuk menegangkan kulit rebana tersebut. Ianya dibentuk lebih kecil dari baji berukuran lebih kurang satu inci dan mempunyai lekuk atau lurah di sebelah permukaan agar dapat mencengkam rotan bingkai rebana tersebut.
Sekian..arjunasukma@abeyie
{ 43 comments… read them below or add one }
owwhh…pehe2..
semasa menyimpan rebana.. elok di pasang atau dibuang baji ini?
semasa menyimpan rebana, baji-baji ini tidak perlu dibuang dan dibuka, tetapi memadai dengan longgarkan sedikit dari kedudukan asal semasa dimainkan. melonggarkan sedikit baji ini boleh membantu memanjangkan usia kulit rebana tersebut.
kaki bbaji wak lapik bbaji hok longgar? hahaha… ambo ingat ko nok wak lapik celoh bbaji sughuh bbano blh dok ccace molek maso nk mmalu hehehe…
tak byk gendang2/rebana di malaysia menggunakan bbaji
tapi rebana dikir memang bbaji main peranan…kalu gendang2 lain takdok rasanyer…
bbaji paling besar di dunia ialah rebana ubi..tok tahu laa..ore panggil gapo yiee??function samo rasanyor…
Itulah antara ciri-ciri perbezaan gendang dgn rebana…rebana pakai baji, gendang tak pakai baji…
tp kebanyakan orang kita masih memandang ringan lagi perkara2 sebegini termasuklah pemain2nya sendiri, semuanya disebut gendang.
kalo gendang panjang ore pakai getah paip..tok tahula panggil begapo..
function dia supo gak ngan baji tu…utk terikk kulittt…dahh dahh..ting tingg…
ada orang panggil ‘HNyipal’ atau ‘Sipal’
hnyipar atau sipa..dua tu sama jah..supo hanying nga anying..
aa parok
rid – hahaha..rebana xdok kudrat nak berdiri sebagaimana anak adam.
pokse – rebana kulit satu permukaan dan mempunyai baji dan gendang pula berkulit dua permukaan dan tiada berbaji. ramai org terlepas pandang bab ni sepertimana kata kertawila. rebana ubi pun pakai baji jgk..baji besar.
jarak antara dua baji berapa jaraknya??
genap atau ganjil bilangan baji adakah diambil kira??
jarak antara baji sebaiknya setapak tangan…lagi banyak baji lagi baik kerana lebih gagah untuk menarik kulit dan lebih sekata pelarasannya..baji digalakkan dalam angka ganjil tapi bukan wajib..
apakah kayu yang sesuai untuk dibuat baji?
Hnyipa = penyimpa = sipa = penyimpai = simpai
time kasih Yie…
bbano ambo baru ni Abg Stopa Sungai Rambai, Sega, ramee..
dio buat 8 baji jah…
kayu tok molek, baji hudoh2 jah..
dio suruh ambo buat sendiri baji, pah tu kalu bulih tamboh biar banyok dio kato..
ambo buat sepuluh baji atau 8-9 tali rotan ikat satu baji..
takpo.. ambo tamboh so lagi laaaa
jjadi 11 baji..
sbb d galakkan dengan angka ganjil 2 bakpo plok?
Hnyipa = penyimpa = sipa = penyimpai = simpai= nor jakpar
samad – setakat ini yg paling baik..kayu ketapang daun halus..
kertawila – klau exam nk pakai sebutan mana ye?yg lebih tepat..
juka – betul dh tu..lebih banyak lebih baik..
rid – pasal ganjil tu kena tanya tukang, dia bgtau gitu ajer..
moka – nak gomo ore smace nih..
Simpai..
nak kecek getek eh..ambo ado buat rebana kontemp(moden) utk lagu2 asli dgn menggunakan drum skin. dan ambo terbuat (bukan sengaja) tapak skru utk meregangkan kulit sebanyak 7 tempat di sekeliling body.
pikir punya pikir, sepatutnya mestilah angka genap supaya senang utk kita laraskan(tune)..rasa2 pon baji rebana dikir pon lagu tu jugok bokalih. kalu buat baji genap, makanya setiap baji mempunyai pasangan masing2 mengikut garis selari. dgn itu, permukaan kulit rebana dapat diregang dgn seimbang oleh baji2 tadi..itu pon kalu ikut teori sains..tok tahu pulok teori tukang dia akan gano gano..
gapo benda ado satu baji jah???
nak tteko pulok doh kakah pokse nih…bbaji cok laa..kkebah ado royak doh..
haha…baji kapok pun yo jugok..pahtu kok atah palo..haha
adakah bbaji cok blh diganti ke rebana jika bbaji rebana hilang
Nak tanya mafaka getek eh…
Kalu paka teori demo, bermakna jumlah baji ni mesti genap supaya ketegangan kulit tu seimbang… bakpo gendang ibu ada 6 tali penegang kulit sedangkan gendang anak hanya ada 5 tali sahaja…nk ikut sains ko nk ikut tukang??..hehehe
hamba biasa melihat dan melalui situasi seorang tukang rebana yang agak berpengalaman..sewaktu dia ingin melaraskan suara rebananya dalam masa yang cepat (emergency), dia akan longgarkan salah satu baji yang ganjil itu yang berkedudukan selari dengan tempat yang dipalunya..apa2 hikmah hamba sendiri tidak mengetahui..itu saja sebagai contoh..ini teori tukang.
bab gendang, bagi hamba, anak mempunyai 5 tali penegang kerana saiz dia lebih kecil dari gendang ibu..lagi besar lagi banyak tali penegang yang diperlukan..
Dia pecat seputong baji tu kerana nk suruh kendor kulit sikit, bkn kerana nk jadikan bilangan baji tu genap. Teknik nk cepat la tu….kalu nk kanjar semua baji atau nk tukar rotan sedak lain jadi makan masa pulak.
kalu sambil2 cabut baji ganjil tu sambil mulut kumat kamit, cukup dh untuk membuatkan regu lawan berkecamuk fikiran..mengganggu ketenangan..hehe..tp ambo xrajin buat ni..hahaha..royak tu ore lain..
loni pon blana kokna gendang anak ada 6 tali penegang..sebab body anak besar pada skala..
yie…yolo ko demo tak biasa buat tuh..hehehe..loni kawe tgh kaji persiapan seorang tukang rebana dikir sebelum dan semasa bermain…beringat sikit..kawe intai..
ore panggil tuke bana chewing gum…ambo kenal sapo..tapi ngak ngak mulut make sirihhh…
guano abe tanyo yie x jawab nih….ko yie pun ado kiro jugak nga nor jakpar….jupo nga abe, abe jijok lamo ke…..
uuummmmmhhhh…. x naik aangin kalu x kulum baji dulu….
mafaka – dok eh..bnyk lagi kan kijo lain..bakpo nk sibuk ita ore ni..ita la tok joro nga tuke karut tu..
pokse – kena poksoh lati gak..bbaco jampi sokmo la..sirih xputuh datuk tu
lanpatadale – muga kkebah ni..kawe kenal demo kkebah..xsah nyamar la..haha
mas gelan mas baru ni ada ore tua tuh intai dale bano abe yie, bele2 tanya nyo bubuh gapo namo eh bunyi pelik sgt nih(make dada)…aaaa kena royat etek weh, x menasaboh intai baji….
boh daun nibong la tuu…ambik nga pak jah gelang mas..hahaha
uummmmm moka, takut sawat lembu eh hok kulit dia tu wat gende pah sawat ambik wat pelapik baji
guano pok su towwwwww…………
hehehe…kumat kamit dih…
kan dok kunyah caklat getoh?
pecaya sgt la muga lagu tu…
acu tgk ore putih, jepun, korea main muzik dia, kagum kita tgk kemantapan dlm persembahan dia, sbb dia byk berlatih… kita ni xleh lepa ccaro nk kumat kamit..
baji ni kiro supo awok2 jugok la…saling melengkapi didalam sesebuah kumpulan dikir…terigt ambo pd sebuah kumpulan yg namanya diambil sempena nama BAJI ni…