Archive: Akademi
-
Aug 05, 2009
4 CommentsBengkel Pengenalan Dikir Barat UTEM
Kali ini jadual tugas hakiki hamba terus bersambung seperti biasa. Tamatnya musim Kesenian Anti Dadah peringkat sekolah menengah, kini tibalah masanya untuk menyentuh sessi luaran dari lingkungan pelajar sekolah menengah. *Sibuk menyalin nota…semoga jadi bekalan selamanya.. Sambungan dari Bengkel Pengenalan Dikir Barat yang telah diadakan pada tahun lepas, kali ini Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)...
-
Jun 29, 2009
11 CommentsDikir Mentor 3
Sudah sekian lama hamba tiada kesempatan untuk menjengah secara serius lelaman pengkalan ini. Di samping bebanan tugas yang agak padat, ditambah dengan beberapa masalah teknikal untuk kua melampirkan perkongsian diari perjalanan harian hamba bersama teman-teman sekalian. Setelah bertungkus lumus membantu lahirkan produk di kebangsaan anti dadah baru-baru ini…jadual hamba masih bersambung lagi sibuknya. Pada minggu...
-
May 07, 2009
14 CommentsTahniah Sulung
Musim tahun 2009 agak meningkat sibuknya berbanding tahun lepas. Demi memenuhi jemputan untuk menyuburkan benih dikir keseluruh tanahair tercinta ini, patah paruh sayap ku tongkat jua. Kalendar Karnival Seni Pencegahan Dadah 2009 disingkap tirai agak awal tahun ini. tidak seperti tahun sebelumnya yang bermula pada bulan Mac. Tahun ini diari hamba telah terconteng pada awal...
-
Apr 23, 2009
23 CommentsAkademi @ Juasseh, Negeri Sembilan
Agak terlewat entri ini…tapi untuk memenuhi perjalanan dan keadilan semua…hamba tetap laksanakan jua. Pertama kali sampai ke daerah ini, hamba agak rasa terasing dengan jalan yang bengkang bengkok mendaki lurah menuruni cerun. Tapi dirasakan segar dibantu semangat menyuburkan dikir barat pada pewaris anak seni seceruk alam sederap langkah ini. Sekolah Menengah Teknik Juasseh…pada tahun...
-
Apr 16, 2009
38 CommentsKursus Kejurulatihan Senamrobik
*Bergambar bersama sifu.. Kali ini hamba selitkan sedikit jalur luar dunia seni seperti alam biasa. Selama dua minggu hamba dikuarantin di Akademi Kastam, Melaka untuk menyelami modul-modul sebagai seorang Jurulatih Senamrobik. *Bersama Geng Selangor…vanakkam.. Alam ini tidak begitu asing bagi hamba kerana perihal ini telah hamba selusuri semenjak lapan tahun yang lalu. Tapi demi menghargai...
-
Apr 03, 2009
103 CommentsVCD Arjunasukma – Pakej Telah Dilancarkan
Kini..segalanya berjalan mengikut jadual. Impian sudah menjadi realiti. Setelah melalui tempoh percubaan selama sebulan, vcd ini telah mencatatkan jualan yang cukup memberansangkan. Memasuki fasa kedua, demi melengkapkan tanggungjawab sebagai penggiat dan pengembang seni dikir barat ini, kami dengan penuh daya upaya menjalankan langkah-langkah yang seterusnya. Berpangkal dari siapnya pembikinan Teknik Asas Muzik itu, sekarang proses...
-
Mar 24, 2009
28 CommentsKunjungan Kuala Kangsar – Uni Malaya
*Barisan kabinet yang turut membantu… Sudah terlalu lewat bingkisan ini dilakarkan, namun sebagai satu ruang untuk hamba berterima kasih kepada para sahabat yang memberi kerjasama menjayakan program ringkas ini. *Awak-awak enam orang…larat ke ni??hehe Kunjungan pendikir Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa, Kuala Kangsar ke Universiti Malaya baru-baru ini adalah untuk melihat sendiri bagaimana dikir...
-
Mar 17, 2009
41 CommentsDikir @ Caruk Puting, Temerloh…
Minggu lepas..dalam perjalanan ke Rompin sempat jua hamba singgah memenuhi jemputan saudara Hafizal selaku Pengurus Kumpulan Anak Naga Seri Keladan, Temerloh, Pahang. *Anak Naga Seri Keladan dalam persembahan…remaja tenaga melimpah. Jemputan dikir tersebut yang diadakan di Kampung Caruk Puting yang terletak beberapa KM dari Bandar Temerloh. Dalam keadaan hujan renyai-renyai tapi jadual seperti dirancang tetap...
-
Mar 09, 2009
18 CommentsAkademi @ Kolej Komuniti Rompin
*Kolej Komuniti Rompin..pembelajaran sepanjang hayat. Minggu ni agak kepenatan..tapi kalau ikut penat..hari ni penat, besok penat, lusa penat..smpai bila-bila pun penat. Namun kerja dengan minat, penat itu jadi debu ditiup angin saja. Balik rumah baru penat muncul balik. *Penuh tumpuan menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar.. Minggu ini hamba memenuhi jemputan dari salah seorang sahabat hamba merangkap...
-
Mar 03, 2009
39 CommentsBengkel Dikir Barat @ Kota Bharu, Kelantan
*Penulis sedang menyampaikan ceramah dikawal selia oleh Halim Yazid. Bersama saudara Halim Yazid, hamba balik ke Kelantan beberapa minggu lepas untuk menyahut panggilan dari Sek Keb Wakaf Mek Zainab (2) merangkap satu-satunya sekolah cluster Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekolah ini ingin menonjolkan kesenian tradisional kepada pelajarnya supaya terbilang dalam bidang yang ingin diserlahkan ini. *Antara...