Archive: Dikir Barat
-
Oct 23, 2011
No CommentsPertandingan Dikir Barat Perbadanan Putrajaya
28 OKT 2011 pukul 8.30 malam di Komplek Kejiranan Presint 11 PUTRAJAYA, datanglah menyaksikan persembahan dikir barat istimewa oleh kumpulan dikir orang asli kaum Batek Pos Lebir Gua Musang Kelantan, serta 3 kumpulan dikir terhebat Lembah Kelang – juga persembahan Halim Yazid – Datanglah untuk menghayati dan mengaprisiasikannnya !!...
-
Sep 25, 2011
No CommentsSalam penghubung bicara…
Assalamualaikum.. Sudah sekian lama blog hamba tergantung tanpa kata, bak tikar mengkuang lapuk dek hujan..insyaallah, bermula malam ini hamba akan menyambung diari maya ini untuk perkongsian bersama pengetahuan dunia terkini dikir barat dari pemandangan kanta...
-
Oct 21, 2010
4 CommentsMini Dikir TV1
Dikir barat tidaklah sebesar mana di mata masyarakat umum dunia. Begitu juga di Malaysia sendiri. Ini realiti. Namun ianya tetap ada pengikut dan peminatnya tersendiri. Walau dalam kelompok yang tidak berapa besar, ianya tetap berkembang secara beransur-ansur dalam caranya yang tersendiri. Perkembangan ini juga cukup membanggakan hamba. Walau dalam skala yang perlahan dan suam-suam telinga,...
-
Sep 23, 2010
8 CommentsJaguh Pesona 9
Petang semalam, keluar minum-minum bersama teman dari Kelantan. Teman dari kampung perlu dilayan sebagai tetamu bila berkunjung ke Kuala Lumpur, walaupun Kuala Lumpur bukan kita tuan rumah yang hakiki. Dalam perbualan memenuhi agenda perjumpaan itu, dia telah memaklumkan pada hamba bahawa album terkini ‘Jaguh 9′ sedang hangat di pasaran. Lantas hamba bertanya, apa kaitannya dengan...
-
Sep 16, 2010
4 CommentsDikir Hari Raya 2010
Dalam kesibukan menyambut lebaran, sempat jua hamba meluangkan sedikit masa untuk bersama dengan adik-adik Titih Pusaka UITM Shah Alam. Masa yang diluangkan ini amat berharga kerana sempat mengisi jadual dikir barat silaturrahim bersama adik-adik ini. Pertembungan Dikir Barat ini menemukan Kumpulan Titih Pusaka UITM Shah Alam melawan Sri Istana, Tumpat, Kelantan. Setelah mendapat jemputan dari...
-
Sep 06, 2010
10 CommentsSyahdu Si Ibu Tua
Di mana lagi anakku saye Lama sudah ibu tunggu Sapa loni tak napok lagi baye Pikiran ibu terganggu… Nasi gulai ibu telah hidang Kerabu putik pauh muda.. Nak tunggu kita sama likung makan Ibu rindu kisah kita mula… Dulu..kita susah sengoti Nak bbesar anak seorang senyawa Kais pagi hanya bulih makan pagi Asalkan anak bahagia…...
-
Aug 30, 2010
14 CommentsGila Gong Tembaga
Semenjak puasa bermula, kepala otak pun tidak seaktif biasa untuk sediakan modal untuk mengarang. Mungkin kerana kesuntukan masa, keletihan badan dan yang paling wajar jawapannya adalah ‘malas’. Kali ini, hamba ini berkongsi kisah perjalanan hamba mencari ‘ttawak jawa’. Abah hamba selalu menggunakan istilah ttawak jawa dari hamba kecil lagi. Tapi hamba tak pernah ambil peduli...
-
Aug 08, 2010
11 CommentsMata Celik Telinga Rabun..
Dunia dikir barat adalah layangan pengalaman memenuhi waktu kehidupan bagi penggiat aktifnya. Berbagai suka duka mewarnai plot plot yang diimbas bersama memori tatkala mata redup menunggu berlabuh kelopaknya. Semakin banyak terlibat dengan seni yang melibatkan ramai makhluk bernama manusia ini, semakin banyaklah ragam dan pe’el yang kita boleh jadikan sempadan serta landasan memandu hidup seharian....
-
Jul 27, 2010
11 CommentsNasib Seorang Cikgu Dikir Barat
Bila seorang dipanggil guru tanpa kelayakan yang diiktiraf, kebanyakannya tidak menjadi sanjungan sepertimana guru-guru yang lain. Kenyataan ini agak benar bila anda terjelepuk ke dalam bidang yang hamba maksudkan ini. Perjalanan hamba jika ditoleh ke belakang, sudah nampak sayup-sayup penglihatan dengan tempat bermulanya perjalanan suatu ketika dahulu. Banyak juga ragam ditemui setelah memegang jawatan tanpa...
-
Jun 10, 2010
5 CommentsPembesar Suara
Pembesar suara merupakan alat yang amat penting dalam persembahan dikir barat. Walau di zaman awal kewujudan dikir barat tidak menggunakan alat pembesar suara, namun perubahan dan pembaharuan dalam bab ini amat perlu untuk membawa dikir barat terus setanding dengan zaman. Menurut pemerhatian hamba, masih banyak lagi kelemahan dalam bab menyediakan alat pembesar suara ini dalam...