Archive: Umum
-
May 09, 2012
2 CommentsPenerimaan Dikir Barat Di Arus Perdana
Assalamualaikum.. Sudah sekian lama blog ini tidak terusik kerana kecelaruan menyusun jadual tugas yang seringkali bertindih antara satu sama lain. Kali ini hamba ingin menyentuh bab yang berkait dengan salah satu misi Akademi Dikir Barat Arjunasukma. Akhir-akhir ini, hamba amat ghairah untuk berkongsi senyuman dengan penggiat seni dikir barat seluruh dunia. Mengapa keghairahan ini wujud?...
-
Oct 17, 2011
2 CommentsBukan hanya sekadar lagu..
Malam ini, sementara mata masih tidak mahu mengalah, hamba ingin berkongsi sedikit pandangan mengenai ramuan pentas dalam dikir barat. Kali ini hamba ingin menyentuh bab cara berkomunikasi di kalangan tok jogho/tukang karut/tukang nyanyi bila berada di pentas persembahan. Begitu ramai hamba perhatikan, antara kelemahan ketara artis dikir barat di pentas terbuka ialah cara berkomunikasi dengan...
-
Sep 26, 2011
5 CommentsAkulah Artis…
Assalamualaikum.. Malam ini, mengambil sedikit ruang untuk menulis setelah sekian lama blog hamba ini tidak berpenghuni. Sebagai ‘wat ggori’ atau pembuka musim, hamba ingin berkongsi rasa dengan pembaca sekalian tentang golongan artis dikir barat. Gelaran ‘artis’ adalah satu gelaran yang agak tinggi nilainya di dalam pasaran sesetengah orang yang ingin mengejar populariti. Hal ini juga...
-
Sep 17, 2009
16 CommentsMajlis Buka Puasa DikirBarat.net 2009
*ahli majlis tertinggi dikirbarat.net 2009 *berdiri dari kiri : cekgu Jo,munky g,datuk d,mie kkebah,wakil tmerloh,abelanun,juka,boss raub,chepar,ja tabuh pusaka,sri nara,saing abepar,saing abepar jgk,sriperindu,salok madu. duduk dari kiri : moka,muslih,arjunasukma,abe lan,lokan bertepuk,mafaka,senok. Alhamdulillah, majlis buka puasa kali ini berjalan lancar dan meriah. Sambutan amat menggalakkan dari semua ahli tegar. Kemeriahan lebih bertambah tahun ini apabila sahabat kita...
-
Jul 25, 2009
21 CommentsIsmaya Astagina…ceding bertunas…
*Gambaran kepuasan sebuah jiwa disebalik sehelai kain putih… Menanam anak benih, risiko mati sebelum tumbuh, yang tumbuh belum tentu hidup, yang hidup belum tentu tak mati dan sudah pasti akan mati. Begitulah mencuba sesuatu yang baru…lutut lemah rebahlah langkah.. Demi menganggung pusaka amanat taruh nenek awal guru mula, maka dengan rela hati hamba menceburkan diri...
-
Mar 30, 2009
13 CommentsSeni Silat Tari @ Perkasa
Kali ini hamba ingin menyelitkan sedikit kelainan dari kelompok dikir barat untuk disajikan pada pengunjung sekalian. Kelainan ini tidak lari jauh dari alam kesenian tradisional yang kami junjung seadanya…iaitu Seni Silat. *Sapo kata maskoby tak pandai bergendang..? Pada 22 Mac yang lepas, hamba dan para sahabat serta Ayahanda Lokan Bertepuk mencemar tapak kaki turun menapak...
-
Mar 06, 2009
3 CommentsSenandung Irama Dikir Barat (SIDRAT 09)
Senandung Irama Dikir Barat atau lebih dikenali sebagai SIDRAT merupakan acara tahunan bagi Pertandingan Dikir Barat di Universiti Putra Malaysia (UPM). Pertandingan ini terbuka kepada semua kolej-kolej di UPM. Setiap kumpulan akan bertarung untuk merebut johan pada setiap tahun. Pada tahun ini, hamba dipilih untuk menjadi juri pada pertandingan tersebut. Hamba dipilih untuk membantu Pok...
-
Feb 07, 2009
7 CommentsSelamat Pengantin Baru Al Senok
* Ketibaan rombongan pengantin perempuan.. Sebagaimana lumrah kejadian tuhan, kita perlu hidup berpasangan, maka tuntutan seseorang manusia normal juga telah menyerap ke dalam jiwa Mr Admin kita yakni En Yusran. Demi memenuhi dan melengkapkan hidup setelah lama berjuang melawan nafsu ammarah dalam kandang naluri. * Laju jer tangkap regu lawan..hehe..kasut pun xsmpat nk pakai tu....
-
Feb 02, 2009
12 CommentsLain padang, lain belalang..lain pacatnya..
*Penonton sedang khusyuk mendengar gesekan rebab dari ‘Abe Awe’.. Dunia Mak Yong..dunia yang baru hamba ceburi demi melengkapkan sifat dan tanggungjawab dilahirkan sebagai seorang yang terbenih minat pada kesenian tradisional peninggalan nenek moyang hamba ini. Mak Yong..merupakan abang yang jauh lebih tua dari dikir barat ini mempunyai keunikan yang tersendiri bila diselami dengan lebih...
-
Jan 29, 2009
14 CommentsFestival Seni Universiti Malaya 2009
*Chief Ali Baba sedang mendengar taklimat ringkas dari Mafaka… Setelah hampir seminggu bercuti sempena Tahun Baru Cina..maka pengisian dalam blog ini juga turut bercuti. Maklumlah dengan tekanan masa dan proses kejar kejaran sering membaluti diri maka tersepitlah hamba di celah-celah reranting waktu. *Barisan tentera berkuda Basa Diwana… Hari ini baru boleh mengecap hidup seorang ‘aku’...