Cubitan Sang Durjana…

by arjunasukma on July 2, 2009

toyol

Kutebarkan ruang kenangan
Menyelongkar sudut-sudut memori
Daerah ini cukup nyaman…aman..
Penuh kedamaian..

Murai berkicau gagak bersahut sahutan
Cengkerik berdecit mengalun lagu ria
Rimbunan dedaun melontar pucuk dan sulur
Menyambut sang suria menghampar cahayanya
Merestui rantaian mekarnya cinta sebuah daerah sunyi..
Bertaut kalungan haruman kasturi silaturrahim

Suatu senja..
Petir memecah sebuah kesunyian
Menghulur bibit-bibit bisikan
Berkiblat suara dengusan syaitan
Menyesatkan arah suci pemikiran
Memalapkan sinar ukhwah yang sebelumnya bersemarak

Panah dilontar bersilang-silang
Hujung dipalit wasangka berpekung
Busur bersalut fitnah bernanah
Mengocak dasar tasik pauh janggi
Terjaga sang rajuna dari lena

Berseka mata berpinar mencari punca
Dari mana batu litar bersepuh mengejar arah
Terkedu dek lantang sisipan sergah cerca
Tercari…renung..tatap…
Bibir direntap penuh tanda tanya
Musuh sukar untuk dikenali
Seteru madu wujudnya jauh sekali

Tapi…
Mungkin bisikan sang durjana
Berhasrat melagakan anak-anak adam
Sedang leka berehat di taman firdausi penuh harmoni
Mahu menguji kekulit bawang iman..
Atau setebal dinding-dinding qalbi…

“”ditujukan khas untuk manusia yang bersifat ala syaitan””

abeyie@arjunasukma

{ 10 comments… read them below or add one }

senok 07.02.09 at 1:24 am

adeh..mendalam menusuk kalbu…dibc smbl di iringi gesekan Rebab Pak Lokan…

Gmbr toyol jepun kow atah tue? siap kena kunci kaki lg tuh…

datuk d 07.02.09 at 1:49 am

tangkislah..
amukan
bota durjana
jayasang dan suranala..
bertopeng
saburanung tilam tila perjangga..
lantaran mereka
bukan anak pribumi pakian..

tepislah..
angkara
perawi sifat
mahraja wana

Usah gusar,
Mah Babu Sanam
pasti menyeru
garuda dan jentayu
menghalang
ular-ular besar
Mah Nerajit
yang terhapus
tikaman panah sakti
sang Laksamana,
tepat di dada

lagenda memahat
keagungan Sertapura
kembali lagi
aman pasti
selagi jasad
belum semadi

———————

datuk d
sederhana, seri kembangan
1 julai 2009

munkyG 07.02.09 at 8:41 am

nk buat sajak takdan masa, jadi kawe akan buat haiku utk aban yi..

Hati kamu yang hitam, kelam, kusam,
Bagaikan cemburu pada pelangi yang unggul warnanya.

jemie kebah 07.02.09 at 1:43 pm

jejari ku mematuk
kepingan abjad menyusun aksara
lembaran kata buat penawar
ku susunkan dalam ruangan maya
bisa bahasa
munngkin dapat menawar racun nista
yang membuak dalam lunak jiwa
cahaya ilmu
penghujung biasannya menyuluh
menerangi langkah
bersama kalam tuhan
pembeza antara hak dan batil
setiap nama
terhimpun menjadi wujud
tuhan maha kuasa
menakluk antara jiwa
hanya telunjuk takdir
bisa menuding
arah dan laluan

muslih uia 07.02.09 at 2:04 pm

biarlah pada si luncai..
melompat bersorak,
menjerit teriak…

biarlah pada si kaduk..
girang terjual,
sorak tergadai…

jangan pula lebai,
hanyut perasaan terbuai,

jangan pula si imam,
marahkan nafsu meninggalkan makmum..

cerdiklah,
fikirlah…
amatilah…

malu…
mengapa otak yang satu,
akal yang wahid,
disiakan kerana dengki halwa nafsu.

sedih…
kau berkata cerdik pandai,
namun hatimu busuk bak bangkai…
kata mengalah pak lebai..

aku,
menunggumu dengan penuh bersedia..
hehehh

-muslih sangsaka-

arjunasukma 07.02.09 at 5:07 pm

gomo gih…bisa berpatukan hujung jemari pun tidak terkejar, usahkan nak berpencak di gelanggang semar..hehe

risha suara mas 07.03.09 at 10:22 am

wahai barang
barang puako
tok keno smale
tido tok jenero
tok lalu make
air liur tu gak blenjo
kesoh mat gian mabuk dadoh pil kudo…
…tkang karut trbaik malaysia 2009..

moka 07.03.09 at 11:13 am

tak reti nk wt sajak..kita wt versi video la nati…

juka 07.19.09 at 2:50 am

Sewaktu Adam dan Hawa

memakan Quldi larangan,

Allah murka,

lalu mencampakkan mereka ke bumi nyata

Allah yang maha besar maha pengampun,

Mengampuni dosa mereka,

Walaupun dosanya seluas langit sebesar bintang

Itulah Allah pencipta kita

Segala dosa manusia,

Diampuninya

Apakah kita hambanya?

Tidak mahu mengampuni sesama kita?

Malulah kita kepada Allah

Tiada manusia sebesar Allah

Tiada manusia setanding Rasullulah

Tiada manusia sempurna sepenuhnya

Tiada manusia bebas dari kesilapannya

Ingatilah,

Setiap kesilapan bisa diperbaiki

Bimbinglah, pimpinlah mereka yang bersalah

Bukan mengeji bukan menghina bukan membenci

Kita Siapa untuk merebas sesama kita?

Sedarkah kita?

Jari yang menuding ke arah mereka,

Tiga jari ke arah kita,

Sebelum mengata, sebelum mengeji,

Cerminlah dahulu diri kita sendiri

Ingatilah,

Setiap kesilapan bisa diperbaiki

Bimbinglah, pimpinlah mereka yang bersalah

Bukan mengeji bukan menghina bukan membenci

Kita bukan Allah untuk merebas sesama kita

Sebelum mengata, sebelum mengeji,

Cerminlah dahulu diri kita sendiri

::Juka::

juka 07.19.09 at 2:54 am

Akhir zaman kekayaan menjadi ukuran
PITIH

Kemuliaan seseorang
tergantung dengan kekayaan
Hafiz dan Hafizah
tidak pula dipandang

Punya pitih Punyalah kawan,
Tiada pitih tiada kekayaan,
kawan hilang, dihina orang
Saudara mara tiada yang peduli
Anak isteri hilang hormat, silap sedikit mereka meradang

Punya pitih punya punya kekayaan, datanglah, banyaklah kawan
Tiba miskin, papa di tengah ramai, hidup keseorangan
Dihina Dicerca
Di mana pergi, dicemek orang
Isteri cuba lari, anak-anak semakin benci
kawan-kawan tidak peduli

Mula mula disanjung, tiba-tiba miskin
kawan lari teman sembunyi
silap sedikit, orang hamun, orang maki
Jika tidak sabar pasti cabut lari, hidup bersendiri
Jika iman lemah, sakit jiwa susah hati

Itulah pitih itulah kekayaan

di dalam kehidupan menjadi tuan
Ada orang, pitih dan kekayaan menjadi Tuhan
Sekalipun tidak dipanggil Tuhan
Punya wang dihormat orang
walaupun tidak sembahyang
Mudah menang dalam pilihanraya jika menjadi calon

Ada kekayaan, dalam keluarga dialah yang paling disayang
Di tengah masyarakat ramai
dipandang dan dihormat orang
Dalam kumpulan teman-teman, akan selalu diziarah orang
Tapi, pabila jatuh miskin semuanya habis menghilang.

::Juka::

Leave a Comment

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>