Setelah hamba menyelusuri beberapa laman maya, maka terjumpalah hamba dengan berbagai genre dikir barat yang cukup mengejutkan genta rasa hamba. Pada masa ini, baru hamba terasa, siapalah hamba dalam dunia dikir barat ini. Rupanya banyak lagi jenis dikir barat yang hamba tidak tahu langsung akan kewujudannya.

Apa yang hamba perhatikan, dikir barat selalu dikaitkan dengan orang Kelantan. Asalkan nombor kad pengenalan 03 di tengahnya, pasti tahu tentang dikir barat. Secara automatik dilantik duta dan mahaguru dikir barat. Cukup senangkan??

Dalam keserabutan akal, sambil meledakkan kahak-kahak jiwa, hamba membelek-belek laman youtube untuk mencari sesuatu ketenangan yang jiwa perlukan, namun harapan sebegitu mungkin sukar dicapai. Setelah tekan kata kunci dikir barat, maka terpacullah hidangan dan santapan naluri yang cukup warna warni. Banyak lagi yang hamba jahil dalam dunia lingkup yang teramat jelek ini.

Hamba rasa, pemurnian akidah dikir amat perlu dilangsungkan kepada generasi yang menganggap dikir barat ini seumpama meratah kacang menglembu Ipoh. Tengok saja video dan persembahan dikir barat dan terus menjadi guru. Mudahkan??
Wahai insan-insan yang ghairah menjadi guru, ghairah untuk dipuja menghasilkan sesuatu, ghairah untuk memburu nama tersendiri…tolonglah sedarkan diri anda..dan cuba selami erti malu pada diri sendiri. Sesekali cuba tiliklah pada air di telapak tangan, adakah gambaran wajah anda palsu atau cuba bermuka-muka untuk menjadi jaguh pada tempat yang tidak sepatutnya.

Cuba fikir, kenapa Lewis Hamilton tidak cuba berniaga budu di Kg Genting, Tumpat…kenapa Rashid Sidek tidak jadi pengedar telur masin dan kenapa Siti Nurhaliza tidak menjual produk baja tahi kelawar? Jawapan pada hamba hanya satu..itu semua bukan kepakaran khusus mereka.

Di sini…hari ini…semakin banyak maruah dikir barat dicabul, harga dikir barat dilapah, nilai dikir barat rakus digondol oleh insan-insan yang kononnya pejuang seni juga. Hamba termenung..dan terus termenung.

Hamba tidak pernah melanggar tanah kepunyaan orang untuk mengubah bukit menjadi dataran, tapi kenapa harta pusaka peninggalan moyang hamba..tuan hamba ragut dari lembah subur menghijau diubah menjadi tangki najis…mengapa?

Arjunasukma180510

17 Responses


  1. datuk d on 19 May 2010

    Orang Melayu yang tidak faham erti perjuangan dalam seni warisan ini lebih suka merosakkan warisan bangsa sendiri daripada melihat ia dipunahkan oleh orang lain. Mungkin itu yang difikirkan. Dengan kata lain “Biar Punoh Toklih Pakai Selipar tuh, Daripada Toklih Ko Kawe”.. Pendapat dua puluh sen..

  2. pokse on 19 May 2010

    yie maroh ko sapo..gi nemo lau nihhh

  3. pokse on 19 May 2010

    yie maroh ko sapo..gi nemo lalu nihhh

  4. mafaka on 19 May 2010

    baso kakah pokse ni tok cekak reti2..
    napok ko pesen, kalu ore kkecek gak, sibuk la dia pon gi tadoh telinga..
    ini hal nasional nih…tokkan tak tahu??aaa…berat pokse…
    kita ada pesiban kan…nati kita wak kira laa…
    hidup pok tuo!!!!!

  5. muslih sang saka on 19 May 2010

    hahaha..pokse tanya jah..kehkeh..

    bia gi lah..oghe toksey wak kiro..hok tok tehe nyo,lepah ni puok hok ni jugok dok nanggung malu ni…Presiden pesiban tow..gi ngamok gih….

  6. Lokanbertepuk on 20 May 2010

    Dia maroh ore buat dikir b+++t..hehehe

  7. mafaka on 20 May 2010

    aaaaa….apo duk bubuh atah presiden nih…
    ambo bukan presiden dikir b*%#t..

  8. arjunasukma on 21 May 2010

    semoleknya kita tgk dlu sejauh mana ore nak buat tu..mungkin dia nak sesuaikan dengan alam global dan muzik dikir barat sebenar tak cukup kuat. Loh la mugo harta pak demo..nak kubang pun kubanglah. molek kong atah dahi..

    kita tgk dlu lah blako dikir b***t nih..tet tet pah sium..kalu braso tak betul baru kita pikir lagu mana..mgkin dia akan jawab ni dikir b*r*t..bkn dikir barat..kita nk kata gapo??

  9. mafaka on 21 May 2010

    kuat promosi dlm tv dan radio tow…persembahan dikir barat 5000 org..
    persembahan lain tak sebut..

  10. pokse on 21 May 2010

    haaa..kawe tanyor jahh…ooo dikir b+++t..ummm..

  11. muslih sang saka on 23 May 2010

    ddikir ko ggituh..mungkin lebih sesuai dipanggil tarian 5000 oghe…ngaber sugguh…

  12. pokse on 24 May 2010

    pak ngah punyer penangann,…dia kenal megat sore jerrr

  13. arjunasukma on 24 May 2010

    nak panggil sapa-sapa saya tak kisah..tapi bairlah dikir barat yang cukup sifat…jangan hanya ambil sebahagian dan iktiraf..marah kah orang kuda kepang sekiranya kita buat rekod seribu kuda kepang tapi gantikan kuda kepang dgn kukuran kelapa?

  14. mafaka on 25 May 2010

    ada sebab kenapa dikir barat dipandang ringan bentuk persembahannya oleh org luar…sebabnya org kelantan sdiri pon berlumba2 utk memusnahkannya..jarang sgt org kelantan yg berfikiran seperti ‘kita’. balik tanya org dikir barat di kelantan berkenaan dikir barat citrawarna yang lepas…apa kata mereka..kalau marah pon, taklah sehangat ‘kita’.
    nampaknya kita kena tiru org indonesia dlm menjaga produk seni..sanggup mengancam nyawa dgn buluh runcing sapa2 yg senang2 mengambil hasil seninya..

  15. Lokanbertepuk on 25 May 2010

    Ambo tak ccaro, asal ambo buleh masuk talibesen jah…

  16. arjunasukma on 26 May 2010

    “cinta”..mungkin mudah diungkap, tapi berapa orang yg sanggup untuk memperkasakan cinta.? walaupun hanya demi seorang ‘dikir barat’.

  17. Arieyl Msar on 30 May 2010

    emmm,.. :)


Leave your comment