Minggu ini..seperti biasa, keletihan dan kepenatan menjadi menu hidangan hamba tanpa pilihan. Tapi apakan daya, kita yang mencari, maka ia datanglah.
Hari Kraf Kebangsaan..satu program yang cukup gah dari segi penganjuran dan promosi. Hamba tumpang berbangga dengan program ini kerana memberi sedikit ruang untuk dikir barat menampakkan wajahnya, walau hanya dari sebalik tabir. Satu pertandingan telah diadakan dan telah selesai sepenuhnya dengan lancar. Alhamdulillah..syukur.
Malam semalam, berlangsungnya persembahan gabungan johan dan naib johan sebagai persembahan penutup majlis yang telah diadakan di pentas utama pameran. Hamba diberi masa selama satu jam untuk mengatur persembahan sebaik mungkin. Syukur, semuanya berjalan lancar dan mendapat sambutan hangat dari penonton yang baru kenal dikir barat.
Terima kasih kepada semua yang terlibat semalam. Ahli-ahli basa diwana, warisan muda dan tukang karut terbaik iaitu mat maskoby dan tukang karut naib johan..pak din lelayang. Anda semua memang penghibur. Tak lupa juga tok jogho yang baru nak memunculkan diri dalam arena…Sahar takdok nama lagi..
{ 13 comments… read them below or add one }
“Hamba tumpang berbangga dengan program ini kerana memberi sedikit *uang untuk dikir barat menampakkan wajahnya”…..jolo ko kawe copy paste ayat ni..hehehe
hahaha….toklih napok celoh sikit…
xlih lepo nak ketik nih…hahaha..
tu la..projek juta juta…wi kok re ddikir rm500 utk prsembahan…muzik cina main 4 orang…selama sejam jugak…jauh berbeza bayaran..kesian melayu di bumi sendiri..ahakss..
*ayat di atas telah memaksudkan siratan tersebut…harap maklum
Bila2 kalu ada program lagu ni, bawak rebab sebuah g tarik selampit jah.
tak payah nk g ramai2…
takpo mugo kita dok di tanah melayu doh ke…..tanah hak kito doh……tunggu sembam make tanah la tanah luah ke
tahniah untuk arjunasukma & team….
hehehe…
loni mace2 la jemiemkebah sengoti la palsu
dan nyo bsohor gak gitu la…ramai peminat..bkn palsu tu…paslu..hehe
paslu pasling, lalat kumbang beng maliking kopak puk…
ore telo mari duano ni..haha..dia royak ggapo lagu tu?
ni la salah satu dari hujung ayat cak kelepik kelepuk kelepak yg dok main masa budak2 dulu..
Cak kelepik kelepu kelepa
woh berange lokoh kulit
akat cerana tadak tebakar
mari same kita balik