Akademi Dikir Barat Arjunasukma

Menggapai Kerlipan Bintang
Bintang..siapa yang tidak tertawan dengan gemerlapan kelipannya. Begitu juga dengan gambaran indahnya menjadi artis atau selebriti. Berkejar kejar merebut tempat menuju puncak dengan berbagai bagai gaya dan ciptaan peluang dan ruang dengan niat yang berbeza beza. Ada yang menggunakan cara tersebut untuk mengejar wang semata mata, ada juga yang ingin dipuja dan ada juga yang benar benar menjual bakat untuk diteladani oleh orang lain.

Dunia artis..ramai yang memandang dari sudut kemilaunya. Tak ramai yang menyelusuri dari arah berbeza, yakni ujian dan dugaan di dalamnya. Hari ini, saya ingin menyentuh bab ini dalam skop yang lebih kecil..iaitu dunia artis dikir barat.

Dikir Barat..hari ini bagaikan satu planet kecil yang mempunyai kehidupan selebritinya yang tersendiri. Ada kelompok peminat tersendiri dan ada pengaruh yang begitu besar walaupun planetnya kecil. Untuk mengejar kerlipan menjadi bintang di planet ini pun sudah berbagai bagai ujian harus dilalui. Ada yang terpaksa menawarkan diri kepada syarikat rakaman dengan menggadaikan harga diri, prinsip hidup dan pegangan selama ini demi untuk menjadi seorang artis dikir barat. Yang benar benar berbakat tidak menjadi masalah sangat. Tapi yang bakat tidak seberapa..tergedik gedik langkah joget sumbang menebalkan kulit muka menjadi model videoklip dikir barat..sungguh memilukan.

Setelah menjadi artis, dugaan tidak berhenti begitu saja. Ramai lagi yang kecundang setelah dipuja. Mabuk lampu dan kerlipan cahaya cahaya neon glamour lantas membuatkan para muda remaja gagal membuat pilihan tepat dengan sesuatu keputusan yang diambil. Dari segi bakat, sesetengahnya begitu hebat, tapi terkandas di tengah jalan. Hancur juga destinasinya.

Sungguhpun muzik yang meletus kerancakan dunia seni suara ini bukanlah dikir barat semata mata, namun tetap berpangkal pada asas dikir barat. Orang akan nampak dikir barat yang kotor..tidak wangi. Walau anda penyanyi lagu daerah kelantan..lensa umum akan memaksa dikir barat juga yang akan memikul darah dan nanah penyakit ini. Mengapa hamba berkata begitu??

Hari ini, terpampang di dada akhbar lagi…artis dikir barat ditahan. Mereka tidak akan tulis penyanyi lagu lagu daerah. Jadi, planet dikir barat juga yang akan terima cemuhan ini. Berjoget goyang gerudi dengan hebatnya..tetap dipanggil artis dikir barat juga walau anda menyanyi lagu daerah. Kalau terlepas pada sesetengah yang mengerti, penyanyi lagu lagu daerah yang seksi..lagu daerah mana? Kelantan juga yang kena..huhuhu..

Di sini..hanya sedikit saja sedutan kisah yang hamba sedut untuk pengetahuan yang masih belum tahu. Jadi, kalau ada terniat untuk menjadi artis atau selebriti dalam ruang yang sempit ini, kuatkanlah prinsip diri..dan bekalkan diri dengan bakat sebenar bukan menggantikan maruah diri untuk disanjung sebagai bintang.

Arjunasukma@abeyie

Penerimaan Dikir Barat Di Arus Perdana
Assalamualaikum..

Sudah sekian lama blog ini tidak terusik kerana kecelaruan menyusun jadual tugas yang seringkali bertindih antara satu sama lain.

Kali ini hamba ingin menyentuh bab yang berkait dengan salah satu misi Akademi Dikir Barat Arjunasukma.

Akhir-akhir ini, hamba amat ghairah untuk berkongsi senyuman dengan penggiat seni dikir barat seluruh dunia. Mengapa keghairahan ini wujud? Sesungguhnya, untuk membawa seni warisan tradisional ini teramatlah besar cabarannya. Apatah lagi dengan kemajuan dan kecanggihan muzik moden yang pesat menguasai minat lantas mempengaruhi pemuja trend semasa.

Dengan berbekal semangat dan sokongan dari penggiat dari segenap lapisan yang menongkat kiri, kanan, depan dan belakang..maka hamba kayuh semampu kudrat untuk meneroka arus perdana yang begitu tebal dinding sempadannya. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini..walaupun belum berjaya sepenuhnya namun kita yang mendokong perjuangan seni tradisional ini harus bersyukur. Walau kejayaan ini dianggap tidak seberapa oleh sesetengah pihak, namun bagi kita yang rendah ini, ianya sudah cukup bermakna.

Untuk melangkah dengan lebih selesa, kita perlu ketepikan perihal semut semut halus dijalanan yang menggigit dan anggaplah gatal kesan gigitan tidak menghasilkan mudarat. Tidak dinafikan, sesebuah perjalanan pasti ada ujian. Samada ujian dalaman dan luaran. Cuma, permintaan hamba..ujilah hamba dengan kadar kemampuan hamba untuk memikulnya. Jangan terlalu berat sehingga hamba berserta seni ini jatuh terjelepuk. Harap kekanda dan adinda sekalian memahami seadanya.

Jutaan terima kasih juga kepada adinda sekeliling yang merupakan teras penyokong setia hamba. Hamba juga sedia maklum, adinda semua memang amat mengetahui perjuangan kanda ini bukanlah untuk diri semata mata, tapi untuk generasi pewaris bangsa yang pernah wujud dan tidak akan pupus.

Berbekalkan sokongan yang tidak berbelah bagi, pengorbanan masa dan tenaga, maka akan terus sukseslah Pentas Dikir, Salam Pantai Timur, Karoot Komedia dan Dikir Warriors.

Salam perjuangan seni,

Arjunasukma@abe yie

Pertandingan Dikir Barat Perbadanan Putrajaya
‎28 OKT 2011 pukul 8.30 malam di Komplek Kejiranan Presint 11 PUTRAJAYA, datanglah menyaksikan persembahan dikir barat istimewa oleh kumpulan dikir orang asli kaum Batek Pos Lebir Gua Musang Kelantan, serta 3 kumpulan dikir terhebat Lembah Kelang – juga persembahan Halim Yazid – Datanglah untuk menghayati dan mengaprisiasikannnya !! PERCUMA..

Bukan hanya sekadar lagu..
Malam ini, sementara mata masih tidak mahu mengalah, hamba ingin berkongsi sedikit pandangan mengenai ramuan pentas dalam dikir barat.

Kali ini hamba ingin menyentuh bab cara berkomunikasi di kalangan tok jogho/tukang karut/tukang nyanyi bila berada di pentas persembahan. Begitu ramai hamba perhatikan, antara kelemahan ketara artis dikir barat di pentas terbuka ialah cara berkomunikasi dengan penonton diantara tamatnya sesebuah lagu yang dinyanyikan. Ilmu cara berkomunikasi ini haruslah diberi penekanan oleh setiap artis kita jika mahu dikir barat terus dihormati.

Kerap kali hamba perhatikan, seseorang artis dikir barat bangun menyanyikan lagu demi lagu tanpa bercakap walau sepatah kata, seolah diri itu hanya makhluk yang bergerak dan berbunyi menggunakan kuasa bateri. Robot pun boleh bercakap, juga pakai bateri. Segan la skit derrr.. Mungkin sebelum ini sesetengah orang tidak perasan tapi cuba anda sama perhatikan terutamanya dikalangan tok jogho.

Cubalah perhatikan juga bagaimana artis dikir barat yang memang tertera nama dalam dunia dikir seperti Halim Yazid, Zaidi Buluh Perindu, Megat Nordin dan lain lain lagi..cara mereka berkomunikasi dalam bersahaja itu adalah salah satu sumber kekuatan seorang penghibur.

Ingatlah, sebagai seorang penghibur di pentas terbuka, anda bukanlah sekadar seorang penyanyi, tapi medium penyampaian dalam berbagai bentuk dalam sudut yang menarik untuk diresapi zatnya oleh minda penonton.

Ini hanya sekadar kanta pandangan seorang pemain rebana..hamba bukan penyanyi dikir barat..tak biasa pakai skirt singkat, sarung kaki carik di lutut..apatah lagi bergoyang inul..ahaks..

Ukurlah kemampuan dan realiti..
Assalamualaikum..

Di kesempatan merehatkan anggota badan, menenangkan minda usang ini, hamba mendapat makluman dari beberapa orang yang agak aktif dalam bidang kejurulatihan dikir barat bahawa ada satu pertandingan terbuka anjuran satu intitusi pengajian di Malaysia.

Mengikut kefahaman hamba, pertandingan ini akan diadakan dalam bentuk berperingkat hampir searas dengan pertandingan dikir barat peringkat kebangsaan, yang mana pendikir akan diuji dalam beberapa peringkat seperti saringan, separuh akhir dan akhir. Cara ini agak menarik dan mencabar para pendikir yang menyertainya.

Hamba menyokong dengan sepenuh hati pertandingan sebegini, kerana ianya sedikit sebanyak membantu memeriahkan suasana dikir barat Malaysia. Tahniah kepada penganjur.

Di sebalik kebanggaan itu, ada sesuatu yang terkilan pada hemat hamba. Pertandingan itu akan diadakan dalam masa yang agak singkat, dan setiap peringkat peserta akan diberi tajuk yang berlainan. Di sini timbul sedikit masalah dengan persediaan setiap kumpulan. Jika dilihat pada situasi di atas kertas, setiap kumpulan perlu bersedia dengan latihan yang cukup padu serta bersedia bertarung dengan tiga tajuk yang berbeza.

Apa yang menjadi sedikit masalah pada pandangan hamba ialah, soal persediaan dengan tiga tajuk berlainan. Jika diperhatikan dengan situasi sebelum ini, untuk melatih pendikir dengan satu tajuk pun belum tentu dapat memantapkan sesebuah kumpulan, apatah lagi dengan tiga tajuk berbeza.

Mencabar peserta biarlah ada sempadannya. Seeloknya sedarilah realiti dan kemampuan pendikir. Bukan semua intitusi pendidikan mempunyai bakat seseorang yang layak profesional. Hal ini sedikit sebanyak memberi beban kepada semua jurulatih. Bukan itu saja, malah kualiti sebenar dikir barat mungkin tidak boleh diukur dengan pertandingan sebegini.

Kami sebagai penggiat serta jurulatih bukan takut untuk menyahut cabaran, tapi hal ini perlu realistik dengan keadaan serta kemampuan pendikir keseluruhan ipta/s. Semoga kita boleh memikirkan bagaimana pendekatan yang lebih relevan.

Fahamilah perasaan kami sebagai jurulatih, beban dan tekanan kepada peserta dan daya usaha untuk menghasilkan yang terbaiki untuk dunia dikir barat.

Akulah Artis…
Assalamualaikum..

Malam ini, mengambil sedikit ruang untuk menulis setelah sekian lama blog hamba ini tidak berpenghuni. Sebagai ‘wat ggori’ atau pembuka musim, hamba ingin berkongsi rasa dengan pembaca sekalian tentang golongan artis dikir barat.

Gelaran ‘artis’ adalah satu gelaran yang agak tinggi nilainya di dalam pasaran sesetengah orang yang ingin mengejar populariti. Hal ini juga turut melanda dunia dikir barat juga. Kekadang hamba sendiri turut kabur dengan sempadan kategori yang boleh digelar sebagai artis. Tapi, di sini kita bukan mahu bergaduh pasal siapa artis dan siapa tidak, tetapi hamba ingin berkongsi rasa tentang ‘perasaan’ dan ‘perasan’ seorang artis dikir barat.

Perlu kita sedari, dunia dikir barat bukanlah luas mana pun. Jadi tahap kerlipan bintang glamournya pun tidak sehebat britney spears ataupun Justin Bieber. Menyedari hakikat ini, maka seseorang artis dalam dikir barat tak perlu meninggikan hidung sehingga boleh dikategorikan sebagai berlagak dipandangan mata awam. Walau kita dah beratus album..beratus ribu terjual dipasaran, namun kesombongan yang diseimbangkan dengan statistik jualan album itu adalah tidak wajar sama sekali.

Suatu hari, hamba sendiri terserempak dengan seorang artis dikir barat. Dengan murah senyuman hamba sedekahkan, langsung tidak diendah. Hamba sedar, hamba bukanlah sesiapa..jauh sekali setanding artis itu, namun senyuman bukanlah bermodal ringgit yang boleh menyusutkan nilai dalam dompet seseorang. Pada masa itu, jelaslah di fikiran hamba…artis dikir barat kita sudah tinggi tarafnya. Jika membalas senyuman peminat, maka peminat akan menyerbu untuk didekati dan bergambar..lantas terganggu jadual dan kesibukan penggambaran vcd, terganggu jadual rakaman di studio dan sebagainya…selamat menjadi artis dikir barat..

Salam penghubung bicara…
Assalamualaikum..

Sudah sekian lama blog hamba tergantung tanpa kata, bak tikar mengkuang lapuk dek hujan..insyaallah, bermula malam ini hamba akan menyambung diari maya ini untuk perkongsian bersama pengetahuan dunia terkini dikir barat dari pemandangan kanta hamba..

Ulasan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan RTM 2010
Alhamdulillah, segala persiapan dan perjalanan pertandingan telah berlalu dengan lancarnya di Auditorium RTM Kuantan, Pahang. Di sini hamba ingin mengulas sedikit sebanyak berdasarkan pemerhatian dan merupakan pendapat peribadi semata-mata. Tidak mewakili sebarang pertubuhan dan organisasi.

Perlawanan peringkat akhir tahun ini merupakan pertembungan di antara Kumpulan Seri Gedombak, Pasir Puteh, Kelantan bertemu dengan Titih Pusaka UITM Shah Alam, Selangor. Pentas akhir tahun ini, seperti yang ramai sedia maklum, merupakan pentas yang hampir sepenuhnya berkait rapat dengan hamba. Pertembungan dua tukang karut bagaikan dua beradik ini adalah permusuhan bersandarkan cetusan sususan akal berpencak dalam gelanggang seni…dikir barat.

Di bawah ini hamba menurunkan lontaran pandangan beberapa kelebihan dan kekurangan pada pertandingan tersebut.

1. Tok Jogho

1.1 Seri Gedombak

Man Tok Raja, adalah seorang tok jogho yang cukup ‘cool’ dalam gayanya yang tersendiri. Sukar dipengaruhi dan kalis provokasi. Kemerduan lemak manis suaranya juga telah diakui umum. Namun pada malam tersebut, mungkin pemilihan melodi lagu yang terlalu singkat masanya untuk beliau menguasai melodi itu sepenuhnya, menjadi punca beliau terbabas dari lenggok sebenar lagu yang beliau dendangkan. Dengan nada yang tidak konsisten pada setiap pantun telah mengurangkan kehebatan Seri Gedombak. Kesilapan ini tidak sepatutnya terjadi jika persediaan rapi telah dijalankan. Mungkin masa untuk latihan tidak mencukupi.

1.2 Titih Pusaka

Amar Lipan Bara, mungkin tidak berapa dikenali di kalangan pendikir Malaysia tetapi jika di lembah klang, beliau antara tok jogho yang digeruni. Seorang yang mudah tercabar dalam perletakan lagu-lagunya. Pada malam itu, beliau dapat mengawal emosi dengan baik. Kawalan nada perletakan lagu dengan tepat dan tidak tertekan membuatkan lagu itu menjadi lebih sempurna untuk sahutan awak-awak. Ini bermakna, apa yang telah diterapkan oleh para pembantu melatih beliau dapat diamali dengan baik. Walau beliau sendiri tidak mendapat kepuasan sepenuhnya melantunkan vokalnya, namun harus diingat..dikir barat bukanlah untuk kepuasan seorang tok jogho, tapi ramai yang bergantung padanya untuk menghasilkan satu lagu yang sempurna.

2. Tukang Karut.

2.1 Muslih Sang Saka (Seri Gedombak)

Muslih Sang Saka, merupakan tukang karut yang juga dihasilkan di Lembah Klang. Seorang yang berpotensi dan berperwatakan. Pada malam itu beliau telah membuat sesuatu yang agak baik dalam mengangkat kualiti dikir barat. Dari segi susunan isi, kemantapan vocal, kemerduan lenggok suara dan gaya. Dalam pada itu ada beberapa kelemahan merencatkan persembahannya. Pertama, pada pusingan pertama, suara beliau begitu tenat dan hampir-hampir terbabas kawalan nadanya. Hal ini terjadi setelah beliau terpaksa menerima nada yang agak tinggi dari sambungan lagu jogho yang telah diangkat adanya oleh tok jogho. Sang Saka tiada pilihan lain, selain dari menerima keadaan itu seadanya. Kedua, dalam karut kelantan pusingan kedua, beliau agak hilang fokus bila menghampiri penghujung karutnya. Namun menjawab hujah dengan penuh yakin dan berperwatakan itu mampu menutup kelemahan-kelemahan beliau pada pusingan pertama. Lantunan vokal ‘jantan’nya menguasai lagu penutup@wau bulan untuk mengakhiri persembahannya dengan begitu baik. Walaubagaimanapun, ekspresi air muka masih lagi tidak membantu menghangatkan suasana dan mendekatkan diri dengan hati rela penonton, walau orang yang mengenalinya tahu, itu sudah cukup baik bagi seorang Muslih b Aling. Anugerah Tukang Karut Terbaik memang selayaknya untuk beliau kalungi jika penilaian berdasarkan keutamaan komponen-komponen dikir barat sebenar.

2.2 Isey Salok Madu (Titih Pusaka)

Isey Salok Madu, seorang yang mempunyai watak yang tersendiri sebagai seorang tukang karut dikir barat. Walau kekadang agak keterlaluan pada sesetengah sudut di mata sesetengah orang, namun itulah diri beliau. Pada malam tersebut, isey telah menguasai persembahan dengan agak baik. Pemilihan lagu yang melodi agak kena dengan gayanya banyak membantu memberi aura pada penonton. Pergerakan yang hyperaktif dan agresif dapat menutup kelemahan lain. Nada yang tepat dari tok jogho menamatkan lagu juga membantu beliau mengambil yengki dengan selesa. Lontaran isi karut lebih berkesan dan mudah dihadam oleh penonton banyak mempengaruhi mood penonton. Dalam gerak yang aktif menguasai pentas, beliau juga tidak boleh lari dari tenaga yang berkurangan. Tibanya penghujung pusingan kedua, lagu penutup..kepenatan beliau gagal disembunyikan setelah nada yang sedikit lemah pada setiap pantunnya. Namun dari sudut persembahan, beliau juga terbaik.

3. Awak-awak.

3.1 Seri Gedombak.

Awak-awak Seri Gedombak terkenal dengan agresif dan kuat. Pada malam tersebut, bermulanya tabuh sehingga akhir masa, awak-awak seri gedombak menampilkan satu persembahan yang begitu bertenaga sebagaimana yang telah sedia maklum. Dengan suara yang lasak, gerak yang agak jantan sepenuhnya, seri gedombak terus mencuri tumpuan penonton. Sedikit kelemahan bermula tatkala perletakan nada lagu jogho telah merencatkan gaya persembahan kumpulan ini. Bila nada yang silap telah dihantar kepada sahutan awak-awak, secara automatic awak-awak akan terbabas dalam penerimaan nada tersebut. Inilah yang menjadi punca ketara yang membuatkan seri gedombak menjadi tidak berapa sempurna seperti tahun yang lepas-lepas. Gerak tari yang tidak berapa sekata juga memberi sedikit masalah pada kecantikan persembahan awak-awak. Sedikit pembaharuan dari segi bunga juga tidak menepati dengan kesesuaian lagu. Namun seri gedombak tetap kumpulan yang hebat.

3.2 Titih Pusaka.

Awak-awak Titih Pusaka teramat baru dan muda dalam selok belok dikir barat sebenar. Namun begitu, disiplin dan penerimaan secara terbuka dengan pelajaran dikir barat ini membuatkan mereka mampu untuk mengikuti dan mengejar larian seri gedombak. Dari segi tenaga dan aura seorang pendikir, memang ada sedikit kelemahan pada sesetengah awak-awak kumpulan ini. Dalam lagu jogho contohnya, awak-awak masih tidak boleh menguasai tenaga sepenuhnya. Jika tok jogho masih menyambung satu pantun lagi dalam lagunya, mungkin kerosakan akan terhasil pada awak-awak. Tapi mereka bernasib baik, kerana dilatih dengan tiga pantun, maka setakat itulah kemampuan tenaga mereka. Gerak gaya tidak perlu diulas kerana bagi hamba, itu yang terbaik untuk mereka, biarkan orang lain pula yang menilainya.

4. Pemuz

ik.

4.1 Seri Gedombak.

Pemuzik kumpulan ini boleh dikira baik namun tidaklah cemerlang. Sebolehnya pada tahap kebangsaan begini, susunan bunga paluan lebih tersusun dan rapi. Bermula dengan tabuh pemain rebana ibu seolah tercari cari pattern paluannya. Istilah ‘sesat’ selalu digunakan bila bunga paluan yang berulang-ulang terjadi. Kualiti bunyi dan keserasian alat muzik agak baik.

4.2 Titih Pusaka.

Pemuzik kumpulan ini juga dalam kelas baik namun tidaklah cemerlang. Paluan yang agak ‘cermat’ kurang membantu memberi tenaga kepada peserta lain. Namun begitu, bantuan alat muzik lain masih mampu menutup kelemahan tersebut. Tapi peningkatan amat ketara telah ditunjukkan oleh pemain rebana ibu dalam bab keyakinan diri. Bermula dari tabuh buka panggung yang nampak belum berani, kemudian keyakinan datang secara perlahan berjaya disudahkan dengan agak baik. Jika ada anugerah pemuzik terbaik, agak sukar untuk dipilih antara dua kumpulan ini kerana kelebihan dan kekurangan hampir seimbang.

Kesimpulan.

Pada keseluruhannya, pertandingan tahun ini telah menghasilkan satu pertandingan yang berkualiti berbanding yang lepas. Tahniah kepada seluruh peserta peringkat akhir, kerana anda semua sememangnya terbaik. Kalau nak ikut kehendak semua orang..mati la..ada saja yang tak kena..hehe. Arjunasukma pun apa ada, tahu mengulas aje, buat apa pun tak tahu..tapi kena ingat juga, mengikut fakta, ibu bapa yang bisu hampir sepenuhnya melahirkan anak yang boleh bercakap..hehe

[Foto oleh En. Kasmara]

Mini Dikir TV1
Dikir barat tidaklah sebesar mana di mata masyarakat umum dunia. Begitu juga di Malaysia sendiri. Ini realiti. Namun ianya tetap ada pengikut dan peminatnya tersendiri. Walau dalam kelompok yang tidak berapa besar, ianya tetap berkembang secara beransur-ansur dalam caranya yang tersendiri. Perkembangan ini juga cukup membanggakan hamba. Walau dalam skala yang perlahan dan suam-suam telinga, ianya tetap melangkah.

Berdasarkan kenyataan di atas, hamba tumpang berbangga kerana dapat membantu bertatih bersama teman-teman untuk mengorak langkah ke depan membawa seni ’orang tua’ ini ke lapangan yang lebih global. Berbagai cara diatur, diolah supaya ianya dapat anjakan dari dunia sedia ada. Usaha ini akan hamba teruskan bersama rakan-rakan dikir sedunia.

Sungguhpun begitu, ruang yang ada untuk melangkah amatlah terhad. Jika ada sedikit ruang pun, tidaklah selancar yang kita jangkakan untuk langkah-langkah seterusnya. Contoh yang paling hampir pada masa kini dalam diari harian hamba ialah Mini Dikir. Hamba diberi sedikit ruang serta kepercayaan oleh TV1 untuk mengenengahkan Dikir Barat ini mengikut acuan dan kehendak penerbit. Ruang ini amat berharga bagi hamba tatkala diruang ruang lain dikir barat langsung diketepikan. Dalam ruang yang terhad ini hamba cuba isi dan manfaatkan dengan sebaik mungkin. Namun hamba tidak terdaya untuk menguasainya dengan seorang diri, sebatang tubuh. Hal ini perlu sokongan dari rakan-rakan seperjuangan untuk terus memberi kekuatan pada hamba. Insyaallah, dengan sokongan yang sedia ada dan akan datang, hamba akan terus berkayuh menuju ke muara kejayaan.

Cuma, kekadang sedih dan pilu menjelma jua dalam fikiran sekiranya usaha kita yang kerdil ini ada saja yang tidak kena di mata sesetengah pihak. Suara suara sumbang tetap kedengaran dari kejauhan. Beberapa patah lontaran kata yang menghukum hamba sebagai perosak dikir barat. Dikir Barat apa kebenda ahli 6 orang..Dikir Barat apa hanya 2 minit..dan macam-macam lagi. Insan-insan sebegini perlu memahami dan memandang juga dari sudut realiti apa yang hamba lalui. Janganlah terus menghukum tanpa penilaian dengan keadaan dan ruang yang cukup sempit. Bagi hamba, dalam ruang yang terhad ini, hamba akan usahakan sebaik mungkin untuk membawa dikir barat ke mata umum. Biarlah melangkah secara mengatur tapak itu lebih baik dari berdiri setempat yang tidak tahu bila kita akan sampai ke destinasi dicita.

Jaguh Pesona 9
Petang semalam, keluar minum-minum bersama teman dari Kelantan. Teman dari kampung perlu dilayan sebagai tetamu bila berkunjung ke Kuala Lumpur, walaupun Kuala Lumpur bukan kita tuan rumah yang hakiki.

Dalam perbualan memenuhi agenda perjumpaan itu, dia telah memaklumkan pada hamba bahawa album terkini ‘Jaguh 9′ sedang hangat di pasaran. Lantas hamba bertanya, apa kaitannya dengan hamba jika hangat sampai menyala pun. Maka dengan lembut mulus dia menjawab ” dia jawab apa yang a yie dengan asrul kata kat puak dia la”…

oooooo..kata hamba. Dia menyambung lagi..”ada satu lagu dalam album itu liriknya menyangkal dakwaan a yie yang lagu-lagunya bukan lagu dikir barat..tapi lagu daerah. Tak reti tak payah cakap la..kalau dah rasa reti sangat kenapa tak buat sendiri..”

hamba hanya mampu tersenyum. Mereka ada ruang itu untuk menjawab segalanya, menegakkan segalanya yang mereka rasakan betul. Teruskanlah…nak membentuk sesuatu yang sudah ‘rasa’ cerdik memang susah.

Sebelum berakhir pertemuan hamba malam itu, hamba hanya sempat bertanya satu soalan dari teman itu..”dalam lagu tu ada pelakon seksi tak, kalau seksi a yie nak tengok jugak”…teman hamba hanya jawab dengan sebuah senyuman mengiringi perjalanan pulang kembali ke kampung halaman…