Petang semalam, keluar minum-minum bersama teman dari Kelantan. Teman dari kampung perlu dilayan sebagai tetamu bila berkunjung ke Kuala Lumpur, walaupun Kuala Lumpur bukan kita tuan rumah yang hakiki.

Dalam perbualan memenuhi agenda perjumpaan itu, dia telah memaklumkan pada hamba bahawa album terkini ‘Jaguh 9′ sedang hangat di pasaran. Lantas hamba bertanya, apa kaitannya dengan hamba jika hangat sampai menyala pun. Maka dengan lembut mulus dia menjawab ” dia jawab apa yang a yie dengan asrul kata kat puak dia la”…

oooooo..kata hamba. Dia menyambung lagi..”ada satu lagu dalam album itu liriknya menyangkal dakwaan a yie yang lagu-lagunya bukan lagu dikir barat..tapi lagu daerah. Tak reti tak payah cakap la..kalau dah rasa reti sangat kenapa tak buat sendiri..”

hamba hanya mampu tersenyum. Mereka ada ruang itu untuk menjawab segalanya, menegakkan segalanya yang mereka rasakan betul. Teruskanlah…nak membentuk sesuatu yang sudah ‘rasa’ cerdik memang susah.

Sebelum berakhir pertemuan hamba malam itu, hamba hanya sempat bertanya satu soalan dari teman itu..”dalam lagu tu ada pelakon seksi tak, kalau seksi a yie nak tengok jugak”…teman hamba hanya jawab dengan sebuah senyuman mengiringi perjalanan pulang kembali ke kampung halaman…

9 Responses


  1. moka on 23 Sep 2010

    bila la nk insaf puak2 hok wt vcd nih….x reti2 lg, nk pertahankan benda hok huduh…semoga Allah membuka pintu hidayah kepada mereka

  2. munkyG on 23 Sep 2010

    kalu kita tgk pun kita pun buleh saham dia jugak.. tp gak sebelum nak wi komen ko pok2 nu pun, kita kena tgk dan kaji dulu vcd dia.. baru ada point nak bui… pah lagumana kira tuu?

  3. datuk d on 23 Sep 2010

    kawe obses ngan jaguh2 nih.. lagu mana eh?

  4. Lokanbertepuk on 24 Sep 2010

    Aku agak doh..dan ada bini gak, cara mmikir lain selalu..
    tu la…ore suruh bbini lamo doh…hehe

  5. mafaka on 25 Sep 2010

    diorg rasakan tidak bersalah kerana lagu2 mereka bukannya lagu dikir barat…lagu loghat..so org2 dikir barat yg tak suka jgn nak melatah…
    alahai dungunya otak kalau berfikiran sedemikian..perkara pokok adalah penampilan mereka..bukannya masalah lagu..malah blebe panjang2 akuh..

  6. arjunasukma on 25 Sep 2010

    kita di kalangan orang dikir barat tidak berhak menegur apa2..kerana mereka bukan dikir barat…mudah dan padat hujahnya..

    supo polis tanya tok cha…ore curi ada lalu kok ni ko?haha

  7. arjunasukma on 25 Sep 2010

    rentetan episod pengajaran selanjutnya boleh didapati di kedai mafaka.org

  8. nagaberapiproduction on 18 Jun 2011

    http://www.youtube.com/watch?v=S2ziMQhzvmU&feature=player_embedded#at=131
    jom tgk jagoh 11 – caro apo kokre

    • j_cheroh on 17 Dec 2011

      knpa nk buruk kn hiburan tanah air kita sdri,sdgkn yg barat2 tu lg buruk dan teruk sesetgh tu tak fhm maknanya pun blh jg di martabatkn dan jd ikutan.cuma dari segi penampilan je kena jaga.saya sokong irama ni tak semua tmpt ada dn blh dgr.jd berbangga lh org kltn..jaga imej negeri kita.


Leave your comment