Barisan juara dan tenaga pengajar serta bintang-bintang lagenda.Daud Bukit Abal, Megat Nordin, Pok Su Agel dan Pok Jeng Chawas.
Mungkin sudah begitu terlambat bagi hamba mengucapkan tahniah buat anak didikku sendiri SMK SANZAC, Kota Kinabalu, Sabah kerana telah berjaya mengungguli carta dikir barat anti dadah kebangsaan 2008 pada ogos yang lepas. Seperti yang telah sedia maklum, dalam edisi anti dadah setiap tahun, hanya ‘keajaiban’ sahaja yang mampu mengubah kedudukan pendahului seperti Kelantan dan Trengganu. Sudah menjadi satu kelebihan pada dua negeri ini kerana dikurniakan bakat-bakat semulajadi dan dekat pula dengan lahirnya dikir barat yang dipusakakan. Sebelum ini juga, negeri lain merasa jika mampu berada di tangga ketiga itu pun sudah terasa bagai johan keseluruhan…
Antara peserta di bawah lembayung Akademi Arjunasukma..Wakil negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.
Dalam kebanggaan itu, masih ada sisa-sisa kesilapan yang perlu diperbetulkan untuk sampai pada tahap sebenar dikir barat. Maklum saja bayi baru berjalan…tersadung itu perkara biasa..bangun jatuh, berdiri rebah sudah jadi adat biasa. Antara kesilapan yang telah dilakukan pada pertandingan itu pertamanya ialah : Tok Jogho…tok jogho meletak lagu dalam nada yang terlebih tinggi dari tahap keselesaan sebenar. Dalam bab tok jogho, perletakan kepala lagu inilah yang menjadi ketakutan pada penjawat jawatan ini. Bila tersalah tinggi nadanya, kesan terus akan ditanggung kepada awak-awak yang menyambut lagu. Hal ini tidak dapat dielakkan jika kesalahan tersebut sudah dilakukan.
Kedua :…Tukang karut…Tempo terlalu laju pada lagu matang pertama…irama lagu matang selepas karut yengki tidak boleh terlalu laju kerana selepas lagu matang pertama, karut kelantan akan dialunkan…jika lagu matang sebelum karut kelantan itu laju, maka permulaan karut kelantan terpaksa laju juga demi mengelakkan dari menurunnya graf persembahan. Jika permulaan karut kelantan sudah laju, ketidak fahaman isi akan berlaku ditengah dan penghujung karut kelantan kerana ianya disebut dalam keadaan tergopoh gapah. Hal ini juga perlu diambil berat oleh tukang karut.
Ketiga : …Tukang karut telah mengulangi ayat sama dalam pantun pertama baris pertama dan pantun kedua wau bulan..Hal ini mungkin terjadi disebabkan gangguan emosi yang ditanggung oleh tukang karut yang telah melalui kejutan adegan microfon terputus-putus bunyinya..gangguan sebegini boleh memberi kesan emosi yang amat besar kepada pendikir jika tidak membuat persediaan berbagai kemungkinan di pentas pada anak didik masing-masing…
Membaca di sini mungkin tidak akan faham sepenuhnya apa yang hamba maksudkan….jika nak lebih faham sila dapatkan DVD Pilihan pasukan terbaik anti dadah 2008 di www.dikirbarat.net
Anak murid ambo pung…tepat tak kena..TETAP tak kena..
{ 5 comments… read them below or add one }
seronok dikir barat ni.. saya tahun depan akan organize pertandingan Senandung Irama Dikir Barat (SIDRAT 09)… UPM… nant nak cari hakim…
ok..tahun 2006 tahun akhir saya menghakimi SIDRAT..tapi ada permintaan boleh berkunjung lagi..
dikir barat sngt sronok,walaupun saya sebagai pemain rebana ibu sekolah ,saya tetap berpuas hati akan kemajuan dikir sekolah saya…,kalo bleh abe yie ajar kmi thun dpn…..kmi sngtb ingin kn jurulatih yg berbakat seperti abe yie…salam
tidak mustahil a yie terbang ke sana kerana laluan itu sudah biasa a yie rentasi..cuma sayapnya perlu gagah dari setiap sudut untuk kumpul kekuatan ke sana..ehehe..dikir merentasi laut china selatan..
mmg bnar kta abe 2……tp dgn kta2 abe 2….
sya,guru n rkn2..sngat berbanngga..sbb kmi mng
dlm prtndingan dikir piala dun dlm tawau ni jgk bru2 ni…
sya dah dpt kn plapis utk kppda thun dpn melalui ujibkt yg skolah lakukn…terima kasih abe yie….