Hujung minggu yang lepas, hamba tidak terlepas dari pengisian jadual seni yang berterusan. Jemputan dari Saudara Halim Yazid untuk mengiringi persembahannya tidak hamba sia-siakan. Walau tahap kesihatan agak tidak stabil tapi dengan semangat ‘hmene’ ini tetap hamba gagahkan jua.
Perjalanan yang memakan masa 6 jam ke Sungai Petani agak memenatkan bila dilambung penyerap hentak bas kecil. Sesekali nasi yang di makan mahu saja terhambur keluar tatkala melalui kepala jambatan jalanraya Malaysia. Jauh berbeza dengan jalan di Kyoto. Jam 5.30 petang kami sampai disambut oleh tuan kerja di sana iaitu En Hasnan. Kami di bawa ke tempat penginapan Nuriz Inn. Belum sempat membetulkan urat, kami terpaksa bergegas ke tempat persembahan untuk membuat pemeriksaan bunyi dan lampu. Rupanya persembahan kami sempena Program bubur asyura untuk penduduk tempatan di situ. Mereka berpenat lelah dari pagi lagi mengacau isi kawah. Setelah selesai urusan itu, kami terus kembali ke hotel dan bersiap untuk membuat persembahan pada malamnya.
*Dalam persembahan…
Tepat jam 9.15 malam, majlis terus bermula. Halim Yazid memulakan persembahan. Tak diduga, Tanjung Dawai merupakan perkampungan nelayan yang hampir 85% adalah anak jati Kelantan yang berhijrah mencari rezeki. Maka tidak mustahillah di depan pentas persembahan kami dipenuhi peminat fanatik yang begitu membanggakan.
*Lautan penonton memenuhi ruang..(susah betul nak ambil gambar masa main)
Persembahan diteruskan hingga 12 malam. Hamba cukup terasa terseksa dek kerana terpaksa bermain rebana secara solo sepanjang persembahan itu. Tapi dengan lautan penonton yang ramai begitu, lenguh penat hamba tidak begitu terasa semasa dalam persembahan. Tamat saja persembahan, hamba terbaring kekejangan. Kesempatan ini sekalung terima kasih kepada para anak didik hamba dari Alor Star dan juga Gurun kerana sudi bermain muzik bersama. Pentas persembahan Halim Yazid bukan perkara enteng..jadi peluang itu bukan senang untuk semuda anda berada di situ..layak dihargai juga peluang itu. Terima kasih sekalung budi juga kepada Pok Tih Latif yang menanggung segala-gala sepanjang kami di sana..hati rindu tangan nak peluk tak sampai…pok tih..pok tih..hehe
{ 7 comments… read them below or add one }
penuh penar manusia..alhamdulillah…smoga ada persembahan susulan di tanjung dawai..tahniah buat rombongan abe halim,abe yie,abe mat,dan yang lain2…lain kali nok gi,ajok getek..hahaha
kalah Konsert Muloh Micheal Jackson nih..
muslih – tidak tparok dengan exam kita ajok la..bereh
datuk d – hok pastinya, maikel jekson xrajin main di tanjung dawai..hok tu tetu lebih kita..haha
hoooo benah….kalu gitu bekali besar tanjung dawai pado albert hall dehhh….tekpon….
abe le asal kg puyuk jgk ko?haha
abe le pate dale ni ada jjadi alik mana mana ko eh ngan saing kita hok khijo akat bajo di kile bajo aceng ?
kakah le pata dale ni masuk mari tok beroyak kakku menah…